08.03
Nampaknya impian untuk bertukar ke Semenanjung telah menjadi kenyataan. InsyaAllah aku akan mula menjalankan tugas di tempat baru di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan meninggalkan kenangan indah di Politeknik Kuching Sarawak. Usaha permohonan pertukaran yang aku buat sejak mendapat first posting tidak pernah terhenti. Rasanya hampir 7 kali aku memohon pertukaran dan kali ini usaha aku tidak sia-sia. Mungkin berkat doa dari EMAK, ISTERI dan semua rakan-rakan kot. Syukur Alhamdulillah.
Masih di ingatan aku 3 tahun setengah yg lalu aku datang ke Kuching dengan harapan untuk menjadi seorang pendidik dan ketika itu aku terpaksa meninggalkan isteri seorang diri di semenanjung.

Gambar yang diambil di Penang International Airport ketika saat mula-mula nak ke Sarawak meninggalkan isteri seorang diri. Aku nampak happy (tapi sebenarnya AKU SEDIH sebab masa tu aku tak tahu apa yg akan aku hadapi di Kuching.. Kesian isteriku dan alhamdulillah beliau cekal dan tabah..) Cerita kat sini

He he he he, masa ni pi layan free show kat Gazebo Waterfornt, Kuching, Perasaan sedih keseorangan di Kuching pun boleh hilang kalau selalu macam ni..
Bila dah dok Kuching (seberang laut katakan), banyak benda juga aku dah explore:-
- Pernah sesat sorang diri mencari dimanakah Politeknik Kuching Sarawak
- Makan kek Lapis percuma kat Dayang Salhah (ye laa sebab dia letak sample banyak, pulun makan free, kebuluq betui kata org Kedah)
- Pernah naik motorsikal ke Kampung Gedong, Serian dan pulang ke Kuching naik bas henti-henti.
- Pernah jadi Tok Penghulu masa kursus Induksi Kumpulan 1 Bil 37 di Hotel Olimpik, KL
- Pernah kayuh beskal sorang diri keliling Bandaraya Kuching yang bersih
- Pernah kayuh beskal ke tempat kerja pada hari bukan kerja…
- Layan program Eidul Fitri di PKS


- Pernah sampai Lawas dan Limbang sebab melawat pelajar latihan industri di sana. Dan berpeluang ke Labuan.
- Pernah naik bot ekspress LIMBANG – LABUAN dan LIMBANG – LAWAS.
- Pernah naik kapal terbang TWIN OTTER yang bergegar teruk sebab meredah hujan lebat.
- Pernah naik kapal terbang ATR MasWing
- Pernah kayuh basikal OFF ROAD dari 3 Petang hingga ke 10 malam bersama geng Kuching Cyclist di SEMANTAN.
- Pernah pi Semenggoh Wildlife kununnya nak tengok orang hutan.. tapi masa tu yang ada hanya ORANG (pengunjung) dan HUTAN sahaja sebab Orang Utan tak turun.
- Pergi jalan-jalan kat Kg Budaya Sarawak.. syiok..
- Pernah menyumpit semasa ada show di Waterfront
- Pernah kayuh beskal seorang diri dari Samariang ke Santubong
- Pernah beberapa kali teroka Highway Baru Off Road dalam pembinaan
- naik feri menyeberang Sungai Rambungan menuju ke Semantan
- DAN BACA LAGI KENANGAN & PENGALAMAN INDAH DI KUCHING SARAWAK YANG TIDAK DAPAT SAYA NYATAKAN DISINI.

Akhir kata, banyaklah sudah tiket aku yang tidak akan digunakan.. Adakah Encik Tony Fernandez akan menerima semula tiket aku tu..
Dan juga selamat tinggal kepada awek-awek AirAsia flight AK6505 dan AK6506 yang kerap aku gunakan. Aku naiki laaaa… bukan guna depa.. guna kapal terbang jer tau.. Terima kasih kerana d\sudi bergambar.. he he he he
Tak lupa juga kepada rakan-rakan pensyarah, staf-staf sokongan, ketua-ketua unit dan ketua jabatan dan tak lupa kepada bekas Pengarah dan Pengarah Politeknik Kuching Sarawak.. Saya nak ucapkan selamat MAJU JAYA kepada PKS dan MOHON MAAF dari SAYA sekiranya ada…
Anda mungkin berminat post ini juga:










Juga selamat bertugas di tanah kelahiran saya…
Alhamdulillah ALLAH mendengar jeritan batinmu…:)