MaT KeDaH

ALL ABOUT MY LIFE

  • HOME
  • About
  • IKLAN kat MaTKeDaH
  • POLITEKNIK
    • 1L5G
    • DEP S4
  • rss feed
2012
06.28

Saham Felda Global Venture (FGV) melonjak 19% pada hari pertama penyenaraian

Category: Macam-Macam / Tag: Berita, Financial, Investment, IPO, Kerajaan, Pelaburan, Saham / Add Comment

Alhamdulillah, Saham FGV aku melonjak 19% pada jam pertama penyenaraian. Ini seperti petanda baik utk aku terus memegang saham FGV. Jika dilihat harga yang diletakkan adalah RM4.45 bagi belian runcit (eShare/bank) dan RM4.55 bagi belian institusi (MITI). Aku yang dapat melalui MiTi sebanyak 9400 unit tengah standby kot kot harga naik lagi… apapun tunggu jer laaa..

Fair Value RM5.32 pada jam 8.46pagi sebelum penyenaraian dalam Bursa & harga rujukan ialah RM4.55 (harga yg aku langgan)

4 minit sebelum penyenaraian harga meningkat kepada RM5.38

Masuk sahaja pasaran harga TERUS MENINGKAT kepada RM5.45 iaitu kenaikan 19.78%, namun semasa blog ini ditulis pada jam 1.31pm harga telah turun sedikit kepada RM5.29

Namun perlu diingatkan bahawa ini adalah saham yg di gembar gembur olah Kerajaan malaysia yg bakal menjadi saham terbaik di Asia. Mari kita berdoa agar saham ini terus meningkat dan memberi manfaat kepada semua.

mari kita baca sedikit dari malaysiakini:-

Harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) mencatatkan peningkatan 19 peratus walaupun hanya selepas dua puluh minit mula didagangkan di Bursa Malaysia hari ini.

Dibuka pada harga RM4.55, harga saham FGV meningkat 18 peratus kepada RM5.41 pada jam 9.19 pagi – menjadikan ia saham syarikat paling laris didagangkan di pasaran.

FGV merupakan IPO terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia, selepas Facebook.

Syarikat gergasi minyak sawit Malaysia itu telah menarik senarai pelabur terkemuka, termasuk pelaburan global Qatar Investment Authority dan syarikat insurans Hong Kong, AIA Group Ltd

FGV menganggar akan mengumpul RM9.93 bilion (AS$3.12 bilion) daripada IPO, yang telah banyak terlebih dilanggan.

Merupakan pengendali ladang kelapa sawit ketiga terbesar di dunia, FGV adalah syarikat milik Felda – sebuah agensi kerajaan yang menyediakan tanah kepada golongan miskin di luar bandar.

FGV kini menjual buah kelapa atau minyak sawit mentah serta minyak sawit diproses kepada pihak ketiga.

Menurut FGV, dana yang diperoleh daripada penyenaraiannya itu akan digunakan untuk menanam semula pokok kelapa sawit yang sudah matang serta untuk mengembangkan lagi perniagaan hiliran untuk menjadi pemain global yang lebih lengkap.

Anda mungkin berminat post ini juga:
Jalan–Jalan SABAH (Part V ~ Kota Kinabalu)
Rumah Mesra Rakyat
Derma Darah Kali ke 27

No Comment.

Add Your Comment

Your Comment

Change mind? Click here to cancel.

  • Iklan kejap


     Powered by Max Banner Ads 
  • Hadis


    Random Hadith Widget
  • LIKE it OKAY..

  • Tinggalkan Komen FB anda

  • Tweet Me

  • Where I am

  • Tag

    2013 AirAsia Alor Star ASNB Berita Bisnes DIY Education Emas Evamatik FGVH Financial Gadjet Gold Government HAK KITA Investment IPO Jalan Jalan Jamboree Kedah Kerajaan Kuching Makan-makan MITI Mountain Bike MOVIE REVIEW MTB Challenge MTB review MTB Trails My Family NEWS Pelaburan Pemandangan Penang Penjawat Awam Politeknik Promotion Rakan-rakan Saham Sarawak Sport Tanah Tikar Tiket
  • Komentar terkini

    • Mat Kedah on Beli, Tambun, dan Bina…
    • Mat Kedah on Skim Pengeluaran KWSP Bagi Pekerja Berpencen
    • farra on Skim Pengeluaran KWSP Bagi Pekerja Berpencen
    • azli on Beli, Tambun, dan Bina…
    • Embun Pagi on Tips Membeli Tiket AirAsia dengan MURAH
  • Post terdahulu

  • Post Terkini Mat Kedah

    • Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pinang
    • Derma Darah Kali ke 27
    • Urusan Tanah yang tak kesampaian
    • Selamat Hari Guru (Pendidik)
    • Jalan Jalan HomePro Hatyai, Thailand
    • IKLAN BLOG anda DI matkedah.com
    • Interior Look of New Toyota Vios 2013
    • Tanah Oh Tanah…..
    • Sistem Saraan Transformatif 2013
    • Borang BE bagi Cukai Pendapatan Individu 2012
    • FGVH bagi 8.5sen Final Dividen
    • Beli, Tambun, dan Bina…
    • Jalan Jalan Cari Makan – Restoran Arabian Mendy
    • Jalan Jalan Pak Bara, Thailand
    • Borang Permohonan Perjalanan Pegawai Awam Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian
  • M’sia Cycling Event & Blogs

  • Visitor tracking

    eXTReMe Tracker
  • Live visitor

  • Meta

    • Register
    • Log in
    • Entries RSS
    • Comments RSS
    • WordPress.org
  • Current Online


    widgeo.net
© MaT KeDaH. Powered by Montres and Replique Montre.