06.12
Aku ni rajin juga dok follow blog remisier Faizal Yusof, antara poast yg menarik perhatian aku ialah mengenai Harga Sasaran FGVH yang bakal dilancarkan pada 28hb june 2012 ini. Dari fakta-fakta yg diperolehi ramai mensasarkan harga saham FGVH akan bermain dari RM5.00 hingga RM6.00. Ini sudah menarik.. Untuk maklumat lebih lanjut sila baca post yg aku copy dari blog beliau..
“Para penganalisis dihubungi meletakkan nilai sasaran FGV adalah diantara RM5.50 dan RM6.00. Tarikh sasaran penyenaraian saham FGV di Pasaran Utama Bursa Malaysia ialah 28 Jun 2012. Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank Dr Nazri Khan, ketika dihubungi semalam, mengunjurkan nilai sasaran saham FGV RM5.50 sesaham berdasarkan PE 18 kali bagi tahun kewangan semasa.
“FGV adalah sebuah syarikat perladangan besar yang beroperasi 343.521 hektar ladang kelapa sawit di Malaysia dengan kapasiti pengeluaran 5.2 juta tan metrik buah kelapa sawit.”
Ia juga pada masa ini pada jejak pengembangan, memperolehi ladang baru dan mengembangkan aktiviti hiliran. Langkah-langkah ini akan menarik minat pelabur dan membantu menyokong kestabilan harga saham, ” katanya.
Ketua Penyelidikan Interpacific, Pong Teng Siew, mengunjurkan nilai sasaran RM5.80 sesaham bagi FGV dalam bulan pertama penyenaraian. Beliau berkata penilaian, antara lain, berdasarkan potensi pengembangan geografi syarikat dan pengurangan kos apabila tumpuan utama dilatih perniagaan di pasaran antarabangsa.”
Manfaat yang diperoleh daripada kerjasama dengan pelabur asing juga akan memainkan peranan penting bukan sahaja berkenaan skala ekonomi tetapi juga meningkat daya saing serta membuka ruang untuk pengembangan perniagaan, tambah beliau.
Sementara itu, ketua pegawai eksekutif Maybank Investment Bank, Datuk Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata nilai sasaran saham FGV boleh mencecah RM6.00 jika tiada apa-apa luar dari yang biasa berlaku. “Kita telah melihat prestasi Gas Malaysia apabila IPO telah terlebih langganan beberapa kali walaupun pasaran adalah tidak menentu pada masa ini.”
FGV dijangka menunjukkan prestasi yang serupa kerana ia mempunyai kualiti yang sama dari segi kekuatan kewangan, pembayaran dividen, dan penglibatan dalam sektor perniagaan yang betul,” katanya.
Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Md Hasrin Md Hassim juga meletakkan nilai sasaran saham FGV pada RM6.00 sesaham.
www.faizalyusup.net
Remisier
012 654 0130″





No Comment.
Add Your Comment