04.28
Hari Isnin (23/4/2012) aku ada PI menghantar borang KWSP 9J (AHL) di Pejabat KWSP Kuching, Sarawak . Tujuan aku adalah satu, nak keluarkan semua wang KWSP aku yg ciput tu dan simpan kat tempat yg lebih mendatangkan lebih dividen. Kenapa aku cakap tempat lain lebih dividen? Ya jawapannya ialah KWSP “TIDAK PERNAH” beri dividen lebih tinggi dari dividen seperti ASNB (ASB, AS1M, ASW2020 dan sebagainya). Jadi dari dok biar dalam KWSP adalah lebih baik aku pasifkan pendapatan tu dijana oleh unit amanah ASNB.
Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal diversify duit tu kat Post aku kali ini sebab sejak 2 tahun lepas aku dah cerita dah… Cuba baca kat SINI. Tapi aku nak fokuskan kepada PERKHIDMATAN CEKAP yang ditunjukkan oleh KWSP. TAHNIAH aku ucapkan kepada pihak KWSP kerana Pengeluaran Pekerja Berpencen (bagi pekerja Perkhidmatan Sektor Awam) dilakukan hanya dalam tempoh 5 hari sahaja. Ada rakan sekerja aku mengambil masa 4 hari bekerja sahaja. 4~5 hari bekerja itu meliputi HARI BORANG HANTAR hingga ke HARI WANG MASUK KEDALAM AKAUN BANK.
Jika dilihat pada screen capture diatas, Tarikh permohonan bagi pengeluaran pekerja berpencen dilakukan pada 23 April 2012 dan tertera tarikh bayaran ialah 27 April 2012. Ini menunjukkan bahawa perkhidmatan yang KWSP sediakan adalah yang terbaik sekali.
Anda mungkin berminat post ini juga:





ini kwsp mane? kenapa cepat sgt? kwsp kajang lmbt je
KWSP Sarawak
dah msk 2 mggu…tp x dpt lg
Cuba pi pejabat KWSP dan bawa slip yg ada no proses pengeluaran anda
dari tarikh lulus tu bape ari plak baru masuk duit??
saya punya kes tak sampai seminggu pun
btul tu …esok dah msuk 2 mggu tp x dpt2 lg pun…lmbat betul
aku dh tunggu 6hari xdapat pun..huhu
biar betui KWSP ni…
sy dh lebih 7 hari…msh tak dpt lg..hampeh btl….x semua kwsp tu cekap….
ya kaaa… heran juga sebab saya selalu buat pengeluaran KWSP (Pengeluaran utk SKIM PELABURAN SAHAM, PENGELUARAN ANSURAN BULANAN RUMAH dan TERAKHIR PENGELUARAN SKIM PENCEN).. Semua masuk tak kurag dari seminggu
dah 5 hari aku tunggu x masuk2 pun lagi.