04.28
Nampaknya saham yang menjadi kontroversi telah disiarkan dalam MITI. Jadi tanpa membuang masa aku cuba menjadi salah seorang pemegang saham FGVH. Harga par diletakkan pada RM1.00 seunit dan harga sebenar belum dimaklumkan lagi.
Yang menjadi kelecehan kepada aku sebagai seorang penjawat awam ialah untuk mendapatkan kebenaran Ketua Jabatan. Nampaknya hari Isnin ni aku kena pi mengadap Pengarah tempat aku bekerja utk mendapatkan kebenaran membeli saham.
Kepada rakan-rakan yang berminat nak melabur dalam saham-saham terbitan awam atau IPO (Initial Public Offers) pastikan anda mempunyai no akaun cds di atas nama anda sendiri terlebih dahulu.Kemudian barulah apply kat sini http://saham.miti.gov.my/tawaran_saham.php
Setelah mengisi borang secara ONLINE, laman ini akan dipaparkan. Cetak borang secara manual dan kembalikan kepada MITI sebelum 5hb Mei 2012. Fuh… nampakya aku kena cepat…
Cuba nasib, jika ada rezeki dari Allah swt harapnya semua dipermudahkan permohonan ini.
SILA AMBIL PERHATIAN.. Bumiputera bagi pelabur individu :
1. Wajib mengisi borang secara atas talian (online) bagi memudahkan proses permohonan, peruntukkan dan penyimpanan data; (SELEPAS SELESAI KEY IN, PASTIKAN ANDA SAVE DOKUMEN TERSEBUT DAN SETERUSNYA MENCETAKNYA.
2. Selepas mencetak borang online yang telah lengkap diisi tersebut, lampirkan bersama dokumen-dokumen seperti dalam senarai semak MITI iaitu :-
• Salinan kad pengenalan/surat pengesahan status Bumiputera yang jelas;
• Salinan akaun sistem depositori pusat (CDS) atas nama sendiri ;
• Salinan penyata bank 3 bulan TERKINI ( transaksi berserta baki) dan disahkan oleh pegawai bank (nama & nombor staf) berserta cop bank ; dan
• Salinan penyata buku ASB/Tabung Haji TERKINI (transaksi) dan disahkan oleh pegawai bank (nama & nombor staf ) berserta tarikh dan cop bank .
• Surat sokongan pembiayaan kewangan (jika ada);
Bermula pada April 2012 :
1. Semua permohonan Saham Khas Bumiputera untuk pelabur Syarikat dan Koperasi mestilah menggunakan Borang Permohonan yang terkini seperti di ruangan Muat Turun Borang (Download Forms)
2. Salinan penyata buku ASB/ASN/ASD/ASW atau Tabung Haji yang mempunyai muka hadapan (maklumat pelabur) dan 3 mukasurat terakhir bertransaksi yang disahkan oleh pegawai bank/institusi berkaitan (nama & nombor staf) berserta tarikh dan cop bank/institusi berkaitan.
Garispanduan lain ;
1. Pelajar adalah tidak layak memohon.
2. Bagi pegawai Kerajaan , sila dapatkan surat kebenaran daripada Ketua Jabatan untuk melanggan saham khas ini.
Anda mungkin berminat post ini juga:






Macam mana surat kebenaran dari ketua jabatan tu..boleh share ke?
Minta pegawai eksekutif tertinggi yg sediakan.. Depa tau nak buat macam mana? Saya dah serahkan surat tu semasa memohon.. jadi dah tak ada salinan kat tangan.
setiap pelaburan ada risikonya,boleh terangkan apa positif dan negatif pasal ipo ni?
nak cerita positifnya senang saja.. Harga naik UNTUNG.. syukur alhamdulillah… NEGATIFNYA.. kalau harga turun, menangis ler…..
ada peluang join lg ke?
minimum bp nak labur?
boleh send ke email sy x cara mula sehingga akhir..
tq
untuk saham FGVH dah tutup, so rasanya tak perlu cerita lagi kot… Kat blog pun saya dah cerita A-Z cara nak create CDS acc dan sebagainya…
Akhirnya saya dapat juga saham ni.. http://matkedah.com/blog/2012/05/31/akhirnya-dapat-jugaaaa/
apa beza beli saham bumiputera yang MITI dengan beli IPO yang biasa apply online dengan bank eg. Maybank CIMB..apa kelebihan dia..kalau bumiputera dapat diskaun ka?
Sama saja.. cuma kalau apply melalui MITI peratus nak dpt tu mungkin mudah.. Semuanya rezeki Allah swt.. kita berusaha..
Saya menunggu peluang IPO yg di tawarkan pada arwah bapa saya, tapi dari keterangan yg awk bagi tahu mungkin 1 atau 2 lot saja setiap peneroka yg akan dapat. melepaslah saya untuk dump 100k. xde rezeki kot.
Saham nih x boleh beli guna kaedah biasa tu ker..kne isi online jugak?
selepas diizinkan, macam mana saya membuat pembayaran saham ke MITI?
saya pun tak tau mcm mana? sebab tak pernah pun dapat offer dari miti.. tunggu offer je laaa, lepas tu ada laaa instruction of payment etc….
macam mana saya tahu saham IPO yang dipohon telah dapat?
rujuk website miti… nanti ada link result kat sana http://saham.miti.gov.my/semak_saham.php
Roy > Rezeki Allah swt….
40000 x 4.65 = hampir 200k. tahniah mat kedah kerana telah berjaya kaya raya. tahniah tahniah
Ini juga mungkin info yg berguna.. http://www.mynewstory.net/kewangan/cara-membuka-akaun-cds-dan-memohon-ipo-secara-online-banking.html
Mungkin tuan boleh baca kat sini http://www.mynewstory.net/kewangan/apa-itu-saham-ipo.html
saya xpham psal ipo…bleh jelaskn ckit mcm mn..kalo harga jatuh, kita kena tmbah bayar ka?berminat tp ilmu ipo kosong ni..
Mat Kedah>> saya sudah hantar pos laju ke alamat MITI & kakitangan pos malaysia cakap envelope itu akan diterima esok, macam mana saya tahu mereka mengizinkan permohonan saya? macam mana saya nak buat pembayaran selepas permohonan diizinkan? terima kasih ya..
Saham jatuh, lepas tu kena umum bankrap laaaaa…. ha ha ha ha.. Saham ini adalah saham terbitan awam. Faktor kenaikan mungkin positif pada hari pertama pelancaran kerana Kerajaan pasti kena jaga saham ini kerana bumiputera banyak dalam felda. Jika saham ini jatuh, faktor pilihanraya mungkin berpihak kpd pembangkang kerana apa yg dicanangkan mereka telah menjadi kenyataan. Oleh demikian DS Najib akan memastikan saham ni melonjak pada hari pertama di dagangkan di pasaran.
Saya harap cjboy kena banyak membaca bagaimana IPO berfungsi. Jika sahamjatuh.. jgnlah tergesa -gesa atau panik utk menjual pegangan tersebut.. kerana saham tidak berfungsi seperti emas. Pemegang saham pasti akan menerima dividen jika cukup setahun pegangan mereka manakala emas hanya memegang nilai. Tiada bayaran dividen jika cukup setahun.
Saya harap saudara CJBOY meletakkan email utk memastikan saudara di terima dlm comment ini
kalau saham jatuh, macam mana kamu bayar itu loan balance?
cjboy> InsyaAllah.. ada… Ah Loan kan ada.. perlu diberitahu bahawa Investment Bank seperti maybank, ambank akan bersedia memberi pinjaman apabila kita mendapat offer letter dari MITI
klau harga rm5 seunit, kamu ada rm200k untuk beli itu saham? macam mana klau tak cukup duit?
Banyak info pasal IPO kalau MINAT…
IEYFAN> aku labur kat IPO saja.. bukan utk tempoh lama.. (3+1) Day1 trade off.. lepas harga dah naik aku CILOK JUAL SEMUA laaaa.. seriously PENEROKA takkan melabur kat sini sebab perlu banyak songeh + koperasi FELDA tak join…
TEBOK> Aku tak yakin harga akan turun sebab KERAJAAN sure kena BUKTIKAN PERFORMANCE FGVH.. kalau gagal sure kena tiau dgn pembangkang. ingat IPO adalah saham terbitan awal utk awam. dan biasanya harga saham lebih murah.
return dia bagus ke mat?
Apa yg bestnyer mat? Duit hang labur nnt sampai ke kat peneroka? Ke membesarkan tembolok serigala jer..