03.08
Setelah hangat dibahaskan mengenai post jadual gaji matriks SSM 2012 dalam blog aku. Kini aku rasa ada kebenarannya juga sebab merujuk kepada video “Majlis Perhimpunan Penjawat Awam di Putrajaya pada 8hb Mac 2012″ dalam pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib kepada penjawat awam. Pada minit ke 29:00 video tersebut Perdana Menteri ada memberitahu bahawa
“Struktur gaji SSM dari Jadual Gaji Matriks kepada Jadual Gaji Minimum Maksimum dengan kadar kenaikan gaji tahunan (KGT) bagi gred 1 hingga 54 ditetapkan diantara RM80 hingga Rm320 mengikut gred”
Maka dengan ini saya membuat spekulasi awal bahawa tangga gaji SSM baru bagi Jadual Gaji Minimum Maksimum adalah seperti berikut:-
SITUASI 1
Mari kita lihat pada kes yang saya highlightkan tu, katakan pada 1hb Januari 2012, Gaji SSM anda sebagai contoh P1T10 ialah RM 2509.90
Maka kenaikan 13% X RM2509.90 = RM2836.19 (maka kemungkinan ini gaji baru anda pada KGT 1hb Januari 2012) dan tahun berikutnya barulah dinaikkan RM225 bagi gaji tahun 2013.
SITUASI 2 (update : TERPAKAI oleh Pekeliling Perkhidmatan Awam bil. 1 tahun 2012)
Mungkin juga pengiraan begini. Pada akhir Disember 2011. gaji terakhir anda ialah pada P1T9 iaitu RM2419.45
Maka kenaikan 13% bagi gaji ini ialah RM2733.98, oleh demikian disebabkan pergerakkan gaji tahunan (PGT) anda berlaku pada 1hb Januari 2012. Maka RM2733.98 + RM225 (PGT Jan 2012) = Gaji yang sepatutnya anda terima pada Januari 2012 ialah RM2958.98
Oleh yang demikian, jika dibandingkan antara Situasi 1 dan Situasi 2, nampaknya Situasi 2 lebih memberikan sedikit keuntungan kepada Penjawat Awam. Jadi sama-samalah kita tunggu jadua gaji minimum maksimum yang sebenar dari JPA
Jadual Gaji diatas saya buat sejurus Datuk Seri Najib buat pengumuman di kaca tv pada 8hb Mac 2012

Jadual Gaji diatas saya buat pembetulan pada Gaji Maksimum kerana Pekeliling menetapkan Gaji Maksimum (Gaji Mati) seorang penjawat awam Gred p1 DG41 ialah pada RM5474.81
Tunjukkan sokongan anda pada blog ini dengan terus klik pada iklan nuffnang di sebelah kanan blog ini
Anda mungkin berminat post ini juga:





abg cik
assalamualaikum semua.. saya ada persoalan sni. jika saya t4 2011 rm2222.94. slps kgt pd April ke t5 2012 rm2447.94 @ rm 2550.14? trima kasih
RASANYA PTK ELOK DITERUSKAN SEBAGAI PILIHAN PERTAMA, DAN CIPTA SATU LAGI PENILAIAN. SO ADA 2 PEPERIKSAAN. MAKA KAKITANGAN PERKHIDMATAN AWAM BOLEH PILIH SALAH SATU DARIPADA 2 TERSEBUT.
Kajian lebih mendalam harus dibuat mengenai PTK…
PEGAWAI A
masuk kerja 1.1.2011.. anjakan jan.. P1t1 gaji rm 2560
pada 31 dec 2011 gaji = RM 2560
Pada 1.1.2012 gaji= rm2893
pergerakan gaji jan.. jadi pada 24 jan gaji baru RM2893+255=RM 3148.00
SEPANJANG 2012 JUMLAH GAJI = 3148X 12= RM 37776.00
PEGAWAI B
masuk kerja 1.10.2010.. anjakan OCT.. P1t2 gaji rm 2640
Pada 1.1.2012 gaji= rm2983.20
pergerakan gaji OCT.. jadi pada 24 jan gaji baru RM2983.20 (Selama 9 bulan hingga SEP 2012)
Pada oct 2012, gaji baru Rm2983.20+255= rm3238.20 (selama 3 bulan)
SEPANJANG 2012 JUMLAH GAJI =( 2983.20X 9)+(3238.20×3)= RM 36563.40
Perkara yang sama akan berlanjutan hingga pencen… sian senior 3bulan,7bulan, 9 bulan.. gaji mereka lagi sikit dari junior…
jadi SOLUTIONNYA: pergerakan gaji perlu ditukar (JUNIOR)
bagi P1T1,3,5,7,9..n= anjakan gaji jan & april ditukar kepada JULAI
bagi P1T1,3,5,7,9..n= anjakan gaji july & octl ditukar kepada OCT
jadi SOLUTIONNYA: pergerakan gaji perlu ditukar (SENIOR)
bagi P1T2,4,6,8,10..n= anjakan gaji jan & april ditukar kepada JAN
bagi P1T2,4,6,8,10..n= anjakan gaji july & octl ditukar kepada APRIL
barulah gaji junior tak kan lebih dari senior… kalau xpercaya try la kira gaji ni antara senior and junior… sebab perkara ni bukan terjadi kepada T1&T2 saja… tp T3 dan T4..T5&t6 dan seterusnya… semoga SSM SEDAR TENTANG HAL INI..ATAU KONTROVERSI TERJADI LAGI…kesiannn semua pihak
saya setuju dengan rozia said..saya sudah 3 tahun bekerja tetapi basic saya skrg lbh rendah daripada org junior setahun @ 2thn disebabkan KGT sy pada bln 10..
mmg sgt tidak adil…saya mmg amat2 b’harap SSM SEDAR HAL INI dan perlu adakan perubahan..mungkin selaraskan kGT pada Januari & April sahaja…
kalau ada t1…t2…t3…untung dekat kenaikan gred sbb dia ambik gaji tertinggi yang paling hampir. tapi kalau gaji minimum/maksimum hanya increament saja laa nampak gayanya…lagi satu gaji maksimum rendah sikit maaa…boleh cepat langgar dinding.
Salam Wantar, TQVM atas link tersebut..
Akhirnya konpem gred 41 KGT RM225, 44 KGT RM250 dan seterusnya di http://docs.jpa.gov.my/ssm (Lampiran A).
Tiada lagi T1, T2, T3 dan T27… Yg ada hanya minimum dan maksimum… Yg tinggal hanyalah P1, P2 dan P3… Rasanya ini lebih adil…
Pekeliling Kenaikan Gaji Bagi Perkhidmatan Polis DiRaja Malaysia Di Bawah Sistem Saraan Malaysia dah keluar. Boleh tengok contoh jadual gaji minimum-maksimum yg polis dapat di Laman JPA…
uik!start gaji baru bln 7 ke? KGT ikut masa sign SBPA ke atau ikut asal balik?
T27 utk gred 41 ni rase dah langgar dinding, so tertakluk gaji maksimum DG41..
kalau gaji maksimum DG41 RM7000 so anda berpeluang naik gaji lagi sehingga 2019.
tapi aku sure xda guru DG41 T27 sebab bile dah 10 tahun naik DG44 ikut sistem lama.
Sebenarnya xperlu pakai table utk lihat gaji setiap tahun, kira je:
1) gaji skang selepas 13% tambahan (plarasan).
2) pastu bile time naik gaji ikut kenaikan tahunan yg dinyatakan.
3)gaji akan naik setiap tahun sampailah mencecah gaji maksimum yg ditetapkan.
4)Bile naik pangkat, gaji semasa akan akan follow gaji min gred baru (mana yg tertinggi) pastu kenaikan tahunanikut gred tersebut..
ps: ikut kefahaman sahaja, kalo berbeza dgn pekeliling sorry ek.
cuba tgk pada web beritasemasa.com ada menyata julat KGT RM80-RM320 kekal seperti yg diumumkan dlm SBPA mengikut gred.
jangan risau, berkemungkinan jadual gaji yang diberikan itu tak sama dengan apa yang akan dikeluarkan oleh JPA. harap bersabar.
tajul…memang la naik tapi berdasarkan jadual gaji, sya akan terus kekal dlm T12 sehingga tahun 2020..byk beza antara T12 dan T13
en effendy,
nanti bln 7 naik lah gaji. Dah memang sebelum2 ni pun en effendy naik gaji bulan 7. heheheheh. kena tunggu lah turn.
tahun ni patut sya dah T13 tapi pergerakan bulan Julai…kalau dilaksanakan sebelum Julai, maknanya aku termasuk dlm T12…rugi2..
enthla xphm sgt la biler gak nye pekeliling dr JPA nk kuar ye
Apa yang dicadangkan Mat Kedah ini sebijik macam yang saya paham,
cuma ramai PA termasuk saya masih kabur dengan STRUKTUR GAJI MIN MAKSIMUM.
Yang digunapakai sebelum ni adalah gaji sebaris (T shj) dan gaji banyak baris (P dan T).
Kalau idea Gaji MIN MAKSIMUM yang dimaksudkan adalah seperti di atas, rasenye penyelesaian ini adalah terbaik dari SBPA dalm bab penggajian utk 1-54 sebab:
1)13% tu tentulah semua suka sebab naik gaji (walaupun 1x sahaja)
2) Kenaikan gaji tahunan besar (KGT setiap tahun tu..)
3) Tidak berlaku kehilangan senioriti sepertimana SBPA. (kalau gred 41 terpaksa 3 tahun kumpul 1 tempat, gred 54 lagi teruk.., itu yg saya dpt tahu. gred2 bawah juga dgr2nya situasi sama)
4) Next time kalo government nak buat kenaikan tahunan base on prestasi xda masalah sebab tidak lagi wujud matrix gaji yang perlu dipadankan.
note : sistem begini dipraktikkan dlm syarikat2 swasta. (diorang ada gaji min max utk setiap jawatan, kenaikan tahunan termasuk bonus ikut prestasi individu, jabatan dan syarikat)
kekurangan: tidak dpt meramalkan gaji kawan2 yang lain. sebab dlm sistem matrix kita skang, kita dah tahu gaji junior 1 tahun kita adalah gaji kita sebelum naik gaji yang terkini. xpun tanya je ko dah t brapa skang?
kesimpulan : Tunggu pekeliling JPA.. Jangan mengharap sangat.. redha segala ketentuannya, rezeki yang berkat tu lebih utama.
Harapan: JPA laksanakan semua yang telah disyorkan dlm SBPA utk kecemerlangan.
saudara Hisham yusly,
Saya minta maaf kalau ada buat anda terasa. saya tajk penah berbangga pun memiliki ijazah master atau phd sekali pun. Dan sy tak ada maksd kan begitu pn. Tp sy berbangga pada pencapaian sy sekarang. Saya bukan bermula dari atas, Sy bekerja sbg seorg guru pada tahun 1990 (mungkin En Hisham pn tak abes sekolah lg masa tu) dengan gaji taraf SPM RM525. Kemudian sambung belajar lg dan lg dan lg, sehingga sy berada dalam kedudukan sy sekarang. Sy rasa bersyukur ALLAH permudahkan hidup saya dengan rezeki dan pangkat stelah lebih 20 tahun saya bekerja dalam goverment. Dan say ada ramai rakan2 yang macam ni, semua nya bermula dari bawah. Saya bukan bekerja terus dapat ijazah. tp usaha.
pendapatan org bawah kecik??? sy pn penah rasa… tp kami tak mengeluh pun. Dah mmg kami tahu masa tu tahap kami hanya SPM sahaja. Jgn lah bandingkan dlu dan sekarang. Dlu gaji permulaan SPM berapa, Skrg dah berapa??? So, pandai2 lah kita uruskan diri dan kewangan kita,
Saya bersyukur dengan kerajaan yang telah menaikkan gaji sebanyak 13%. Semenjak sy keje lebih 20 tahun, sy telah melalui pelbagai skim gaji. Tp ntah ye… kenapa org2 lama yg bekerja tak penah pun merungut pasal gaji. Pape pn sy tetap saya. Saya pn ada staff bawahan yg sgt sy hormati dan sy ada bos sy juga hormati.
So, jd lah pekrja yg bersyukur, aminnn
kENAIKAN GAJI 13% BERDASARKAN GAJI MULA GRED MASING2 CTHNYA, DG41: P1T1: 1695.85 X13% = 1916.31, P1T2=1916.31 + 225 = 2141.31, P1T3 = 2366.31dan seterusnya.. P2T1: Gaji mula X 13% menjadi 2023.23, P2T2:2248.23, P2T3: 2473.23dan seterusnya.. P3T1: Gaji mula X 13% menjadi 2134.87, P3T3:2359.87, P3T3: 2587.87 dan seterusnya hingga PX TX GAJI MAKSIMUM DG41: CTHNYA; P1T20: 6191.31, P2T20: 6298.23, P3T20: 6412.87
Tajul Ahmad…haha..jadi kamu banggalah dengan PHD kamu tu..dah buat kajiankah bagi mereka yang berada di gred bawah tu..jangan ikut sedap jari jer awak taip..apahal kebanyakan gred di bawah kadar kenaikkan banyak tak sampai 6%..tk teraniayakah macam tu?..
Saya (Matnoq) pilih cara 2…pasti dan yakin JPA ikut telunjuk matkedah…sebab depa bukan ada idea…sbpa pun lingkop….hancur…klu bg depa goreng….
saya setuju dengan zikri said…yg tu lebih logik kalo nak nampak sama rata dlm setiap baris gaji ..
salam.. nak bagi satu lagi situasi .
1. kupeks minta kenaikan 700 ke 2500
2. kalu tgk pada sifir gaji mat kedah tu.. setiap orang akan mempunyai sifir gaji yang lain walapun akan melalui T yang sama.
3. kenaikan untuk 41 aku rasa dari 170 ke 225 disebabkan dia mempunyai P1, P2 dan P3, setiap P kenaikan dia lain…
rasanya situasi dua tu lebih logik, klu ikut situasi 1, mcmana dengan org yg kenaikannnya bukan januari? klu org januari dpt pelarasan pd tangga baru untuk tahun 2012, adakah org lain kena tunggu apr, jul n sep br dpt pelarasan. klu la org yg kenaikan apr, jul n sep dpt pelarasan sekarang n dpt lagi kgt pada tarikh kenaikan gj 2012 nnt, tak adil la bg yg bulan januari… mungkin ada yg tak faham apa yg saya maksudkan…
Betul jugak tuu.. Situasi 2 lebih berciri pelarasan.
mmg hampir sama seperti diumumkan dalam SBPA tapi MUNGKIN tak serupa. kenaikan gaji sebanyak 13% pun bila diliha pada KGT pun semua masih dalam ruang 80 -320. SBPA ada beberapa gred dijumudkan dan di naikkan ke Gred 5-1. Tp dalam SSM gred N1 bukan gred N11. so????
BUKTI YANG AGAK KUAT KENAPA KGT UTK IMPROVED SSM = SBPA
Penambahbaikan SSM =
“1 hingga 54 ditetapkan diantara RM80 hingga Rm320 mengikut gred”
SBPA =
source Abu Bakar Haji Abdullah, KPPA facebook
Gred N5-1 (SSM – N11) 850 – 2390 kgt 80
Gred N4-1 (SSM – N17) 955 – 2780 kgt 95
Gred N4-3 (SSM – N22) 1920-3530 kgt 115
Gred N3-1 (SSM – N27) 1410-4185 kgt 145
Gred N3-4 (SSM – N36) 3035-5555 kgt 180
Guru source: http://beritasemasa.com/tangga-gaji-baru-2012-sbpa
Gred DG1-1 SSM DG41 (230
Gred DG1-1 DG44 250
Gred DG1-1 DG48 270
Gred DG1-1 DG52 290
Gred DG1-1 DG54 320
so nampaktak sebijik kenaikan gaji tahunan sama cam SBPA, sebab tu ramai yang buat andaian KGT sama cam SBPA….
Kenaikan KGT yang berjumlah rm225 tersebut adalah andaian semata2 kerana pendapat itu diambil dari kenaikan KGT dalam SBPA dlu. tetapi kenyataan DS najib mengenai kenaikan KGT antara RM80-RM320 terlalu longgar sebab tidak dikhususkan pada mana2 gred. katakan pada gred N11, kenaikan KGT sebelum ini adalah sekitar RM45. Tetapi dalam cadangan SBPA mereka akan naik RM90. iaitu kenaikan 100% pada KGT mereka. begitu juga dengan gred DG41 kenaikan KGT sebelum ini RM90 dan kenaikan KGT dalam SBPA adalah RM225. Peratus kenaikan KGT lebih daripada 100%. bagaimana pula dengan KGT gred 52??? sblm ini RM207 setahun. dalam cadangan SBPA hanya RM290. kenaikan tak sampai 100%.
Sy tak pk kenaikan KGT akan berlaku seperti dalam cadangan SBPA iaitu kenaikan sebab dalam SSM, gred gaji terlalu besar iaitu antara 1-54, manakalah dalam SBPA yg dicadangkan hanya ada 5 kumpulan sahaja. itu pun kenaikan terpaksa diagih2an sedemikian rumah. kemungkinan KGT bagi setiap gred akan dikira berdasarkan kepada gaji minimum dan maksimum dala gaji sebaris dan kemudian akan diagih2kan mengikut bilangan mata gaji yang ada.
Katakan selepas kenaikan 13% pada gaji asas dalam sesuatu gred dan kenaikan 13% pada gaji tertinggi pada skim lama. dalam perbezaaan antara gaji minimum dan maksium yg dinaikkan sbnyak 13% dipecahkan kepada 20 mata gaji (T20) dan dibahagikan sama banyak kenaikannya. Maka itu lah jumlah KGT yang akan diterima setiap tahun. – INI HANYA ANDAIAN SAHAJA.
Tetapi akan timbul isu sekiranya gred ssm lama yang mempunyai P2 dan P3, bagaimana gaji mereka akan bergerak??? cari gaji terhampir (dh jadi macam SBPA lah plak).. ntah la
hehehehehe
Salam
Satu maklumat yg saya dapat dr blog NUTP iaitu:
“Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan kembali ke SSM menggunakan gaji matrik 3 lapis P1,P2 dan P3 tetapi Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) masih dimansuhkan.
Sekian, harap maklum.
Pn Lok Yim Pheng
Setiausaha Agung KPPK”
Ini bermaksud, pekeliling bayangan boleh kita lihat pada PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2007 bertajuk PEMBERIAN KENAIKAN GAJI KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA dimana kenaikan gaji ketika itu adalah dr 7.5% hingga 35%. KGT ketika itu bg gred 41 sekitar RM90…
Yg masih menjadi tanda tanya, berapakah KGT utk setiap gred? Maklumat yg ada hanya diberitahu KGT antara RM80-RM320…
Berkenaan jangkaan KGT gaji gred 41 sekitar RM225, angka ini diambil dr satu blog yg menunjukkan cadangan CUEPACS bagi kenaikan setiap gred yg bermula dr RM80-RM320. Jadi kebetulan angka tersebut sama seperti yg PM umum, maka dapatlah diandaikan bahawa gred 41 akan memperoleh KGT RM225. Tp jgn mengharap sgt, takut2 dapat kurang dr angka tersebut… Sekadar berangan2 sebelum pekeliling berkaitan dikeluarkan…
kenyataan saudara tag ada benarnya….apabila gaji dijadikan dalam bentuk minimum dan maksimum adakah 13% akan di ambil dari P1T1 dan maksimum akan diambil dari P3T20 (jika T20 gaji terakhir dalam P3), kemudian baru akan disusun semula dalam pergerakan gaji mendatar (Sebaris) ?????
sebenarnya SBPA banyak kebaikannya tapi sebab PA kumpulan sokongan merasa mereka teraniaya (sebenarnya tidak pun) maka keuntungan untuk PA dalam jangka panjang (sebab akan ada semakan gaji dan elaun bagi setiap 3 tahun) maka tak ada lah keuntungan yang dapat (keuntunagn bersifat sementara).
Sebenarnya apa yg berlaku adalah rasa dengki terhadap sesama PA sahaja. Tp tak pe lah. dah berlalu pun benda tu. Pada saya yang berada di gred 52 saya tak rasa rugi, kenaikan SBPA dan kenaikan SSM baru ni sama je, Keje tetap berlambak jugak macam dlu. hehehehehe. Saya bekerja bermula dari bawah dengan sijil perguruan pada matagaji Rm545. kemudian dinaikkan dari sijil perguruan kepada diploma perguruan. Naik dalam berapa puluh ringgit je dapat. sambung belajar baru dapat pindah dari DGA29 ke DG41, belajar lg sampai dapat masters dan phd. dapat naik dari DG41 ke DS45 dan terus ke DS52.
Pada saya, jika nak berada di atas dan dapat gaji besar dengan kenaikan yang besar. USAHA… tu je. bukan dengki. kita boleh iri hati dengan pencapaian org sebab iri hati boleh membuat kita lebih bermotivasi. Tapi kalau dah dengki (ni siap dilakukan dengan perbuatan), maka kita juga yang rugi.
Jika ikutkan keadilan, bg je semua 13% tak kira dari kumpulan yang mana…skongan ke, PnP ke, JUSA ke, Premier ke… adil.
aku konfius ler dgn jadual…apa yg aku paham dari jadual ni, org yg masuk tahun 2013 lebih besar gajinya dari org yg masuk 2012.
gomen nk guna SSM balik, maknanya bukan skim gaji baru seperti SBPA..
tapi hanya penyelarasan skim SSM yg sedia ada..
utk gred41, kenaikkan tahunan dari RM90 kpd RM102 (ini penyelarasan)
mana mungkin kenaikkan tahunan jd RM225, sbb itu ialah tawaran dlm SBPA (yg ‘ramai’ org xmau) -_-’
kalo aku jadi tauke kilang,
aku tawar kenaikkan gaji RM200 sthn kpd pekerja aku tp ada skit masalah dgn senioriti..
kendian ramai bdk kilang xsetuju, sbb diorang nak kekal senioriti & nak gaji naik 15%.. iaitu bersamaan kenaikkan tahunan RM90 jer (tanpa mereka sedari)
pastinya aku SETUJU….
saudara MAT KEDAH,
cuba saudara kira kalo kenaikkan gaji 20% atau 50% sekali pun kenaikkan tahunan tetap tidak dpt tandingi yg SBPA tawarkan iaitu RM225 sethn.. cuba kira..
kita nk gaji naik byk % dan dlm masa sama kenaikkan tahunan juga tinggi spt SBPA.. Sebenarnya HAMPIR SEMUA penjawat awam tak tahu bahawa perkara ini AGAK MUSTAHIL utk dihasilkan tanpa mengorbankan GRED SENIORITY..
Gred seniority boleh dikekalkan, tapi KGT sedikit.. anda mahu???
biarlah gaji junior kita (1-2thn) sama dgn kita asalkan KGT semua org dpt tinggi…
satu lagi, diorang LUPA bahawa walopun gred junior sama dgn kita pada mulanya, tapi siniority kita tetap ada sbb kita akan naik Gred44 dahulu sblm mereka.. maka pd masa dpn gaji kita tetap lebih tinggi dari junior…. INI MEREKA LUPA..
trimaa kasih..
Tuan Wantar,
Saya sebenarnya tercari-cari juga apakah makna Jadual Gaji Minimun-Maksimum tuh. Setakat nih pandangan tuan paling praktikal dan mudah difahami. Tahniah! matrik takdak sebarispun lenyap… Apa-apapun tunggu ja “lampiran C” versi JPA.
Salam
Pandangan saya pula, mungkin lepas ni tiada lagi jadual tangga gaji berbentuk tangga. Jika ikut SSM lama, ia menggunakan Jadual Gaji Matriks. Dlm SBPA yg telah batal, ia menggunakan Jadual Gaji Sebaris, maka pada SSM yg baru hanya akan ada ialah Jadual Gaji Minimun-Maksimum.
Apa yg saya faham dan saya andaikan (jadi ahli nujum sementara menunggu pekeliling sebenar keluar), pada Jadual Gaji Minimum-Maksimum ini tidak terdapat Peringkat (P) dan Tangga (T) lagi. Ianya hanya akan tertera jumlah gaji minimum dan maksimum sahaja. Mungkin lepas ni kat borang2 dah tak de lagi ruangan utk PXTX dan yg ada hanya ruangan gaji pokok.
Alasannya, jika masih ada tangga gaji berbentuk tangga (T), mungkin akan berlaku gaji junior akan berada pada tangga yg sama dgn senior apabila gaji dari SSM lama di bawa ke SSM baru (seperti kes yg telah berlaku masa SBPA dulu- contoh: lantikan 2005 dan 2006 dapat tangga gaji sama dlm Jadual Gaji Sebaris).
Jadi, untuk memenuhi permintaan CUEPACS yg meminta supaya senioriti dikekalkan, maka gaji sedia ada di darab dgn 13% dan ditambah dengan KGT dr RM80 hingga RM320 (Gred 41 mungkin dlm RM225). Jadi gaji junior tak akan melangkau atau sama dgn gaji senior memandangkan gaji setiap PA berbeza mengikut tahun lantikan dan setiap orang akan mendapat gaji berlainan – rasanya ini lebih adil.
Jika kita merujuk kpd pekeliling SBPA yg batal, gaji Minimum – Maksimum hanyalah diperuntuk untuk Jawatan Utama dan Jawatan Gred Khas di bawah Kumpulan Pengurusan Tertinggi sahaja. Tapi selepas pengumuman PM, bentuk gaji tersebut dipanjangkan pula kepada gred 1-54 manakala gred JUSA ke atas guna pakai sistem SSM lama.
Apa2pun, yg sahih setelah PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN X TAHUN 2012 keluar nanti.
Sekian.
macamana dengan gred 22 plk
Terima kasih kpd En Tajul dan Zikri atas pandangan anda berdua. Saya pun mula berfikiran macam tu. Cuba tgk post saya sebelum ini ( http://matkedah.com/blog/2012/03/08/tangga-gaji-ssm-2012/ ), jika pergerakkan dimulakan dengan kenaikan 13% pada P1T1. jadual akan jadi seperti poast saya sebelum ini (rujuk link tadi). Dan ini menunjukkan KGT kita di Gred 41 hanya RM102.21 , namun semua ini hanya pandangan pengiraan saya secara umum. Mungkin yg terbaik adalah dari JPA sendiri.
salam,
Pada saya yang dimaksudkan dengan gaji sebaris adalah hanya 1 baris dan bukan berlapis macam ni, maksud nya ada dalam baris P1 sahaja dan tiada P2 dan P3. kalau kita pernah bekerja semasa SSB sewaktu menggunakan gaji sebaris, jadual gaji hanya akan jadi sebaris sahaja T1 (minimum) dan T20 sbgai cth akan jd gaji maksimum. JPA tak ada mambuat gaji seperti yang tuan cadangkan yang akan menyusahkan pihak pembuat dasar gaji untuk pengiraan. dan kenaikan yg tidak sama bg setiap org.
Apa yg akan berlaku ni, akan ada PA yg akan mendapat kenaikan lebih sikit daripada 13% disebabkan pelarasan pada P2 dan P3 yang akan mencari gaji terhampir untuk diletakkan dalam gaji sebaris. atau mungkin keuntungan bagi PA yg berada di P1 dan P2 sekiranya kenaikan 13% dikira dari basic di P3. Tapi kita tunggu sahaja jadual gaji yg akan dikeluarkan oleh JPA.
Salam dan tahniah diucapkan kepada sape yg buat jadual diatas,
mmg pada mulanya sblm sy lihat jadual ini sy dah pun kira, mmg mcm ni la outputnya.
tp bila difikirkan semula ianya mcm xlogik, sbb:
kenaikan 13% tu dimulakan dari tangga gaji semasa seseorang bukannya dari tangga gaji awal, ia akan beri kesan beza pada setiap tangga. contoh 13% dari T5 lepas tu tambah plak KGT 225 setiap tahun.
kesannya gaji setiap tahun seseorg tu xsama dgn T yg lain. Jap lg tahun 2020 kerani buat gaji ko tanya “ko T berapa skrg” jenuh le nak tgk balik 2012 ko T berapa. sepatutnya kenaikan perlu selaras dari T1 x13% lagi dan setiap tahun KGT ialah 225, br le selaras. bermakna akan ada jadual baru. akan dtg org akan maklum bhw T5 = 2816, T7 = 3266, contoh je.
mintak maaf, ni hanya pandangan sy je
itu yg dinama MINIMUM MAKSIMUM
ni gaji sebaris ke gaji banyak baris dh ni. hehehehehe