MaT KeDaH

ALL ABOUT MY LIFE

  • HOME
  • About
  • IKLAN kat MaTKeDaH
  • POLITEKNIK
    • 1L5G
    • DEP S4
  • rss feed
2012
03.04

Ganda Kekayaan Dengan Bersedekah

Category: Macam-Macam / Tag: HAK KITA, Investment / Add Comment

Semalam aku ada terbaca entry kat blog http://www.mohdzulkifli.com mengenai “Ganjaran dari Allah jika kita bersedekah”. Aku memang setuju sangat dengan apa yang beliau sampaikan. Pernah aku ingat, suatu hari Jumaat ketika aku bersolat di Masjid Negeri Sarawak. Aku ada sedikit bersedekah kat tabung masjid. Betul laaaa petikan dlm Al Quran.. Semasa balik dari masjid bersama rakan sepejabat aku tu.. tak sangka pulak dia nak belanja aku makan. Benarlah apa yang dikatakan dalam Al-Quran

  • “Barang siapa membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya” [Al-An’aam 6:160]
  • “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui” [Al-Baqarah 2:261]

Entry di bawah dipetik dari blog http://www.mohdzulkifli.com/2012/02/ganda-kekayaan-dengan-bersedekah.html?showComment=1330787172111#c7940594458415855258

Salah satu hikmah yang saya belajar akhir-akhir ni ialah, kalau nak Allah gandakan rezeki, perbanyakkan sedekah. Allah akan ganti 10 KALI GANDA. Ada satu hari tu, saya nak test power untuk kuatkan keyakinan saya tentang janji Allah.Ada seorang student belajar Mesir dalam kesempitan. So, saya sedekahkan RM50, keluarkan dari tabung infaq bisnes kami. Seminggu lepas tu, Allah ganti balik dengan 3 urusniaga yang untungnya sekitar RM1,100! 20 KALI GANDA! Alhamdulillah…

Kami untung bersih sekitar RM1,000 sebab setiap hasil untung bisnes, kami akan potong 12.5%. 10% kami kembalikan ke tabung infaq, 2.5% kami masukkan ke tabung zakat.

Bersedekah Dulu, Baru Datang “Kaya”

Nasihat saya pada semua sahabat, kalau rasa sempit, perbanyakkanlah sedekah. Masa saya sempit dulu, saya pun lokek bersedekah sebab saya rasa untuk diri sendiri pun tak cukup, macam mana nak keluarkan sedekah? Tapi sampai satu masa, saya fikir sampai bila nak lokek macam ni. Then, saya start sedekah sikit-sikit. Mulakan masukkkan duit dalam tabung masjid RM1 seminggu. Lama-lama, sedekah tu makin hari makin bertambah sampai ianya dah jadi habit.

Pesan Chef Li, kalau ada orang mintak sedekat, bagi jer walaupun seringgit. Tak banyak tak apa, asalkan berterusan kata Nabi. Samada mereka betul-betul susah ataupun ‘sindiket’ itu bukan kerja kita. Kalau bagi dengan ikhlas, Tuhan pasti akan balas, insyaAllah.

Rezeki Lebih Lapang Bila Bersedekah

Start dari situ lah, saya perasan rezeki kami makin hari makin lapang, alhamdulillah… Dulu, nak dapat EXTRA income RM10 sebulan pun punyalah payah. Tapi sekarang, setakat RM1,000 sebulan tu biasa jer. Pendek kata, sambil ‘main-main’ pun boleh dapat, alhamdulillah.

Dan memang macam tu lah yang saya perhati. Ada seorang sahabat saya yang kerjanya biasa jer, tapi dia memang suka belanja kawan. Kalau keluar minum-minum, memang tak pernah sempat saya bayarkan. Mesti dia jer yang bayarkan dulu. Dan saya tengok hidup dia senang jer dan boleh dikatakan tak ada apa-apa masalah kewangan walaupun kerja taklah seberapa.

Memang benarlah janji Tuhan. Barang siapa yang keluarkan infaq, PASTI Dia akan ganti balik dengan nilai yang berkali-kali ganda banyaknya.

Anda mungkin berminat post ini juga:
New MTB Blog
KAYUH LASAK kembali!!!
Xpedo MTB Pedal

No Comment.

Add Your Comment

Your Comment

Change mind? Click here to cancel.

  • Iklan kejap


     Powered by Max Banner Ads 
  • Hadis


    Random Hadith Widget
  • LIKE it OKAY..

  • Jom Sembang

  • Tweet Me

  • Where I am

  • Tag

    Agama AirAsia Alor Star ASNB Berita Bisnes Education Emas Financial Gadjet Gold Government HAK KITA Investment IPO Jalan Jalan Jamboree Kedah Kerajaan Kuching Makan-makan MITI Mountain Bike MOVIE REVIEW MTB Challenge MTB review MTB Trails My Family NEWS Pelaburan Pemandangan Penang Penjawat Awam Politeknik Promotion Rakan-rakan Saham Sarawak Sport Tiket Updated from Email
  • Komentar terkini

    • zealot1377 on Gaji Guru VS Gaji Pensyarah Uitm
    • MAT KEDAH on Jadual Gaji Minimum & Maksimum SSM 2012
    • MAN on Jadual Gaji Minimum & Maksimum SSM 2012
    • PendidikSwasta on Gaji Guru VS Gaji Pensyarah Uitm
    • Mat Sempoi on Gaji Guru VS Gaji Pensyarah Uitm
  • Post terdahulu

  • Post Terkini Mat Kedah

    • 4 Jun diisytihar cuti umum di Sarawak
    • Kajian: 65% pengurus Felda percaya penyenaraian akan gagal
    • Pramugari AIRASIA dengan Uniform Baru
    • Gara-Gara Jualan Murah Tiket AirAsia (Jualan bagi Feb~Mei 2013)
    • Jualan Tiket Airasia Percuma!!!!!!
    • Tikar Evamatik Import Dari Sarawak (packing proses)
    • 419.54 juta saham FGVH dapat sambutan
    • PM: RM15,000 setiap peneroka, bonus tambahan k’tangan Felda
    • Tikar Evamatik Import dari Sarawak
    • FGVH: Menang Sorak Kampung Tergadai
    • Terus Menyimpan Di Arrahnu atau Tebus Sahaja
    • SOAL JAWAB BERKENAAN PENYENARAIAN FELDA GLOBAL VENTURES HOLDINGS (FGVH)
    • Borang Permohonan Saham FGVH MITI dah sampai
    • Kubah National Park – panjat Gunung Serapi
    • Saham Felda Global Ventures Holdings ditawar pada RM4.65
  • M’sia Cycling Event & Blogs

  • Visitor tracking

    eXTReMe Tracker
  • Live visitor

  • Meta

    • Register
    • Log in
    • Entries RSS
    • Comments RSS
    • WordPress.org
© MaT KeDaH. Powered by Montres and Replique Montre.