MaT KeDaH

ALL ABOUT MY LIFE

  • HOME
  • About
  • IKLAN kat MaTKeDaH
  • POLITEKNIK
    • 1L5G
    • DEP S4
  • rss feed
2012
03.02

e-Filing LHDN

Category: Macam-Macam / Tag: Berita, Education, Government, HAK KITA, NEWS, Rakan-rakan / Add Comment

Seingat aku laaaa, pada tahun 2005 Kerajaan Malaysia melalui IRB (LHDN) telah memulakan sistem e-Filing bagi orang ramai utk menghantar borang Cukai Pendapatan secara online. Pada masa tu aku dah jadi seorang pembayar cukai.. Sebenarnya bukan seronok pun jadi seorang pembayar cukai, namun semua ni adalah kerana terpaksa sejak kilang tempat aku bekerja telah membuat Potongan Cukai Berjadual (PCB), jadi mau tak mau..aku kena bayar cukai.. Seperkara lagi ialah, pada tahun 2002 aku telah mula bekerja sebagai macai kat Kilang lepas tamat belajar di universiti. Selepas beberapa bulan bekerja, aku ada terima surat dari LHDN. Aku ignore jer..sebab fikirkan yg gaji aku ketika itu masih belum patut dikenakan cukai. Jadi buat apa aku nak sibuk-sibuk declare kat LHDN.

Ternyata aku silap, dan pada tahun 2004 semasa aku mula-mula nak declare income tax. Pihak LHDN minta aku untuk declare tahun kebelakangan. Paling tak best, bila kita kena declare tahun kebelakangan, kita akan dikenakan PENALTI.. Bab tu memang tak best langsung.

Masa tu semua pakai manual.. maksudnya kita kena submit borang BE ke mana-mana cawangan LHDN yang ada di sekitar negara. Mengisi borang LHDN secara manual ni memang MEMBOSANKAN.. Mana taknya, kita kena buat pengiraan sendiri seperti nilai Jumlah Pendapatan dikotak “A” kena tolak sumbangan di kotak “B12″ kemudian tambah pulak bayaran insentif di kotak “C5″.. Ish tak ke pening dibuatnya… Dan aku yakin ramai org ambik short cut tak declare langsung hasil pendapatan mereka tahun lepas-lepas.

Bermula tahun 2006 (bagi pengistiharaan Jumlah Pendapatan berCukai 2005), LHDN telah memulakan langkah bijak dengan mengadakan e-Filing. Aku pada masa tu, memang excited sangat nak declare Online.

image

Pamplet Promosi e-Filing (2005)

Bermula dari saat itulah aku mula daftarkan diri untuk e-Filing. Seingat aku laa, dalam kilang tempat aku kerja tu. Aku dikira pioneer laaa dalam declare income tax secara online ni.

Masa tu jika anda memohon utk e-filing, slip pendaftaran sijil digital akan diberi seperti dibawah. Dalam slip tu akan diberi no pin yang kemudiannya digunakan utk mengaktifkan e-Filing dalam talian.

image

Slip Pendaftaran Sijil Digital dimana selepas selasai proses mengisi borang secara online, Sijil Digital ini akan menjadi gantian tandatangan anda kelak.

Paling otai ialah bila aku masih menyimpan disket yang memuatkan sijil digital untuk di install ke mana-mana komputer yang akan aku gunakan. Kini, keperluan utk install sijil digital secara disket/file tidak lagi diperlukan kerana sijil digital anda kini sudah disediakan dalam talian.

image

Sijil Digital yang dahulunya dimuatkan dalam disket seperti ini dan perlu diinstall pada mana-mana PC yang akan anda gunakan untuk buat e-Filing

Kini jika anda ingin menggunakan e-Filing, semuanya mudah. Anda hanya perlu walk in ke mana-mana pejabat LHDN dan minta no pin bagi pembukaan e-Filing. Setelah semuanya diperolehi, anda diminta untuk Log In kali pertama di http://e.hasil.gov.my

Hasilnya anda akan dapat lihat borang e-BE anda secara online dan tak lupa juga sijil digital anda seperti dibawah

Anda mungkin berminat post ini juga:
Sarawak here I come
No Akaun CDS
Bayar Hutang atau Simpan Wang?

1 comment so far

Add Your Comment
  1. Reply
    latifah said: 2012.04.22 19:32

    geli hati akak baca …. terkenang masa dulu…

Your Comment

Change mind? Click here to cancel.

  • Iklan kejap


     Powered by Max Banner Ads 
  • Hadis


    Random Hadith Widget
  • LIKE it OKAY..

  • Jom Sembang

  • Tweet Me

  • Where I am

  • Tag

    Agama AirAsia Alor Star ASNB Berita Bisnes Education Emas Financial Gadjet Gold Government HAK KITA Investment IPO Jalan Jalan Jamboree Kedah Kerajaan Kuching Makan-makan MITI Mountain Bike MOVIE REVIEW MTB Challenge MTB review MTB Trails My Family NEWS Pelaburan Pemandangan Penang Penjawat Awam Politeknik Promotion Rakan-rakan Saham Sarawak Sport Tiket Updated from Email
  • Komentar terkini

    • zealot1377 on Gaji Guru VS Gaji Pensyarah Uitm
    • MAT KEDAH on Jadual Gaji Minimum & Maksimum SSM 2012
    • MAN on Jadual Gaji Minimum & Maksimum SSM 2012
    • PendidikSwasta on Gaji Guru VS Gaji Pensyarah Uitm
    • Mat Sempoi on Gaji Guru VS Gaji Pensyarah Uitm
  • Post terdahulu

  • Post Terkini Mat Kedah

    • 4 Jun diisytihar cuti umum di Sarawak
    • Kajian: 65% pengurus Felda percaya penyenaraian akan gagal
    • Pramugari AIRASIA dengan Uniform Baru
    • Gara-Gara Jualan Murah Tiket AirAsia (Jualan bagi Feb~Mei 2013)
    • Jualan Tiket Airasia Percuma!!!!!!
    • Tikar Evamatik Import Dari Sarawak (packing proses)
    • 419.54 juta saham FGVH dapat sambutan
    • PM: RM15,000 setiap peneroka, bonus tambahan k’tangan Felda
    • Tikar Evamatik Import dari Sarawak
    • FGVH: Menang Sorak Kampung Tergadai
    • Terus Menyimpan Di Arrahnu atau Tebus Sahaja
    • SOAL JAWAB BERKENAAN PENYENARAIAN FELDA GLOBAL VENTURES HOLDINGS (FGVH)
    • Borang Permohonan Saham FGVH MITI dah sampai
    • Kubah National Park – panjat Gunung Serapi
    • Saham Felda Global Ventures Holdings ditawar pada RM4.65
  • M’sia Cycling Event & Blogs

  • Visitor tracking

    eXTReMe Tracker
  • Live visitor

  • Meta

    • Register
    • Log in
    • Entries RSS
    • Comments RSS
    • WordPress.org
© MaT KeDaH. Powered by Montres and Replique Montre.