MaT KeDaH

ALL ABOUT MY LIFE

  • HOME
  • About
  • IKLAN kat MaTKeDaH
  • POLITEKNIK
    • 1L5G
    • DEP S4
  • rss feed
2012
02.19

Dividen KWSP Tahun 2011 diberi 6%, tertinggi sejak 10 tahun

Category: Macam-Macam / Tags: no tag / Add Comment

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6 peratus untuk pencarumnya bagi tahun kewangan berakhir Dis 31 2011, iaitu meningkat 20 mata asas berbanding 5.8 peratus untuk tahun 2010.

Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman berkata kadar dividen ini merupakan kadar tertinggi dalam tempoh 10 tahun dengan bayaran sebanyak RM24.47 bilion akan diagihkan kepada pencarumnya, berbanding RM21.61 bilion yang dibuat untuk tahun kewangan 2010.

image
Berdasarkan laporan sebelum ini, dividen tertinggi yang pernah diumumkan oleh kumpulan itu ialah sebanyak 8.5 peratus, dibayar kepada pencarum pada tahun 1983 sehingga 1987.

Samsudin berkata tahun 2011 menandakan satu lagi pencapaian baik KWSP, walaupun menghadapi persekitaran pelaburan yang mencabar dengan memperolehi pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM27.24 bilion, meningkat 13.18 peratus daripada 2010.

“Ia merupakan prestasi terbaik sejak tahun 2001 hasil strategi pelaburan jangka panjang dan berhemah KWSP, berserta usaha berterusan pasukan pelaburannya,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

“Sementara pelaburan berpendapatan tetap memberikan pulangan yang stabil, prestasi keseluruhan KWSP, sebahagian besarnya disumbangkan oleh perolehan dalam kedua-dua ekuiti tersenarai awam domestik dan global, serta program pengurusan yang aktif,” katanya.

Setakat 31 Disember 2011, Samsudin berkata jumlah aset pelaburan KWSP terus mencatatkan pertumbuhan sihat sebanyak 6.52 peratus kepada RM469.22 bilion daripada RM440.52 bilion pada tahun 2010.

image

“Pertumbuhan ini disumbangkan sebahagian besarnya oleh caruman tahunan bersih yang positif daripada pencarum dan majikan serta prestasi pelaburan yang konsisten dan menggalakkan,” kata Samsudin.

Beliau juga berkata ekuiti merupakan penyumbang pendapatan terbesar sebanyak RM13.29 bilion atau 48.81 peratus daripada keseluruhan pendapatan pelaburan.

“Ini diikuti oleh pinjaman dan bon, Sekuriti Kerajaan Malaysia dan instrumen pasaran wang, masing-masing menyumbang RM7.54 bilion, RM5.63 bilion dan RM656.36 juta. Baki sebanyak RM115.41 juta atau 0.43 peratus disumbangkan oleh hartanah dan pendapatan pelaburan lain,” katanya.

Samsudin berkata KWSP juga telah secara beransur-ansur beralih kepada aset yang memberikan pulangan lebih tinggi dengan had risiko yang boleh diterima di mana ia memberikan kesan yang baik, melebihi jangkaan kerana berjaya mengatasi kadar simpanan tetap dan faedah semasa.

“Salah satu pencapaian utama aktiviti pelaburan KWSP pada tahun 2011 ialah penyelesaian pengambilalihan bersama (dengan kumpulan UEM) Plus Expressway Berhad melalui syarikat pelaburan bersama PLUS Malaysia Sdn Bhd, selain meluaskan pelaburan global dalam hartanah, ekuiti dan sukuk,” katanya.

Perluasan ini adalah selaras dengan objektif dan strategi pelaburan yang berpandukan Alokasi Aset Strategik dan Rangka Kerja Pengurusan Risiko KWSP, katanya.

Katanya pencarum KWSP boleh mendapatkan Penyata Kira-Kira KWSP untuk menyemak pengkreditan dividen 2011 melalui kiosk KWSP, kaunter atau i-Akaun mulai esok.

Anda mungkin berminat post ini juga:
Kayuhan pertama di SARAWAK.
AirAsia oh AirAsia
Rindu pada Universiti Malaya

No Comment.

Add Your Comment

Your Comment

Change mind? Click here to cancel.

  • Iklan kejap


     Powered by Max Banner Ads 
  • Hadis


    Random Hadith Widget
  • LIKE it OKAY..

  • Jom Sembang

  • Tweet Me

  • Where I am

  • Tag

    Agama AirAsia Alor Star ASNB Berita Bisnes Education Emas Financial Gadjet Gold Government HAK KITA Investment IPO Jalan Jalan Jamboree Kedah Kerajaan Kuching Makan-makan MITI Mountain Bike MOVIE REVIEW MTB Challenge MTB review MTB Trails My Family NEWS Pelaburan Pemandangan Penang Penjawat Awam Politeknik Promotion Rakan-rakan Saham Sarawak Sport Tiket Updated from Email
  • Komentar terkini

    • zealot1377 on Gaji Guru VS Gaji Pensyarah Uitm
    • MAT KEDAH on Jadual Gaji Minimum & Maksimum SSM 2012
    • MAN on Jadual Gaji Minimum & Maksimum SSM 2012
    • PendidikSwasta on Gaji Guru VS Gaji Pensyarah Uitm
    • Mat Sempoi on Gaji Guru VS Gaji Pensyarah Uitm
  • Post terdahulu

  • Post Terkini Mat Kedah

    • 4 Jun diisytihar cuti umum di Sarawak
    • Kajian: 65% pengurus Felda percaya penyenaraian akan gagal
    • Pramugari AIRASIA dengan Uniform Baru
    • Gara-Gara Jualan Murah Tiket AirAsia (Jualan bagi Feb~Mei 2013)
    • Jualan Tiket Airasia Percuma!!!!!!
    • Tikar Evamatik Import Dari Sarawak (packing proses)
    • 419.54 juta saham FGVH dapat sambutan
    • PM: RM15,000 setiap peneroka, bonus tambahan k’tangan Felda
    • Tikar Evamatik Import dari Sarawak
    • FGVH: Menang Sorak Kampung Tergadai
    • Terus Menyimpan Di Arrahnu atau Tebus Sahaja
    • SOAL JAWAB BERKENAAN PENYENARAIAN FELDA GLOBAL VENTURES HOLDINGS (FGVH)
    • Borang Permohonan Saham FGVH MITI dah sampai
    • Kubah National Park – panjat Gunung Serapi
    • Saham Felda Global Ventures Holdings ditawar pada RM4.65
  • M’sia Cycling Event & Blogs

  • Visitor tracking

    eXTReMe Tracker
  • Live visitor

  • Meta

    • Register
    • Log in
    • Entries RSS
    • Comments RSS
    • WordPress.org
© MaT KeDaH. Powered by Montres and Replique Montre.