11.21
Dalam aku dok ushar tangga gaji pensyarah Uitm, aku kini sedar bahawa Skim Perkhidmatan Pensyarah Uitm (Gred DM) ada kekurangannya berbanding dengan Skim Perkhidmatan Pendidikan (Guru Gred DG). DM adalah bermaksud “Didik Mara”, DG pulak bermaksud “Didik Guru”, DS pulak untuk pensyarah IPTA iaitu “Didik Syarah” dan aku pulak dalam skim DH iaitu “Didik Higher”.
Anda mungkin mencari Gaji Penjawat Awam yang baru (Gaji SSM Minimum Maksimum) seperti yang diumukan oleh PM pada 8hb Mac 2012 di perhimpunan Penjawat Awam 2012 di Putrajaya. SILA KLIK SINI
Sebenarnya aku tertarik kepada satu kertas kerja yang dilampirkan oleh Persatuan Akademik Universiti Teknologi Mara mengenai “KERTAS KERJA 1 UNTUK PERTIMBANGAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI & JABATAN PERKHIDMATAN AWAM POLISI KENAIKAN PANGKAT PENSYARAH UNIVERSITI:
LALUAN KERJAYA YANG LEBIH FLEKSIBEL” Klik sini
Nampaknya perkhidmatan pendidkan perguruan adalah terbaik setakat blog ini ditulis. Ini dapat dilihat dari kertas kerja yang membuat perbandingan gaji yang diperolehi oleh oleh skim DM dan lain-lain skim perkhidmatan kerajaan dalam satu gred yang sama.
Sebagai contoh, lihat jadual dibawah:-
Gaji permulaan pensyarah di gred DS45 (P1T1) ialah RM2546.05 manakala bagi seorang guru pada gred DG44 (P1T1) ialah RM2982.99. Maka secara kesimpulannya, seorang guru yg Gred gaji 44 mempunyai gred gaji yang lebih menarik dari seorang yang berstatus pensyrah di gred yang lebih sedikit 45.
Juga terlibat ialah Gred lantikan 52
Berikut ialah perbandingan gred 54
Anda mungkin berminat post ini juga:Tunjukkan tanda sokongan anda pada blog saya dengan KLIK IKLAN Nuffnang di sebelah.. Terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya..





perbandingan x lengkap sbb..
1) x banding dgn gaji guru dg41
2) tempoh perkhidmatan
3) laluan kerjaya
Mungkin tuan boleh sama-sama berkongsi perbandingan yang lebih lengkap… In sha Allah saya boleh membuat rujukan bersama.
Assalam
Bagi saya kenaikan gaji setiap skim xsama..kalau cikgu dipermudahkan utk naik pangkat..dengn skop kerja sekarang..byk duit yg perlu digunakan kerajaan..nk dibandingkan dgn jumlah pensyarah di ipt yg jauh lbh sedikit..
Tq
Salam, terima kasih..maklumat ini sangat membantu saya..
Saya minat bidang kimia Dan juga pendidikan..selepaas spm saya ada meminta kursus perguruan lepasan spm dalam kimia tapi tak dapat. Selepas itu saya pergi asasi uitm dan mendapat ijazah farmasi ( berkaitan kimia juga,love it) tapi minat saya dalam pengajaran dan interaksi sangat tinggi terutama sekali berdepan dengan kanak2..boleh tak bagitau saya laluan menjadi pensyarah dalam bidang farmasi di uitm..?