11.21
Dalam aku dok ushar tangga gaji pensyarah Uitm, aku kini sedar bahawa Skim Perkhidmatan Pensyarah Uitm (Gred DM) ada kekurangannya berbanding dengan Skim Perkhidmatan Pendidikan (Guru Gred DG). DM adalah bermaksud “Didik Mara”, DG pulak bermaksud “Didik Guru”, DS pulak untuk pensyarah IPTA iaitu “Didik Syarah” dan aku pulak dalam skim DH iaitu “Didik Higher”.
Anda mungkin mencari Gaji Penjawat Awam yang baru (Gaji SSM Minimum Maksimum) seperti yang diumukan oleh PM pada 8hb Mac 2012 di perhimpunan Penjawat Awam 2012 di Putrajaya. SILA KLIK SINI
Sebenarnya aku tertarik kepada satu kertas kerja yang dilampirkan oleh Persatuan Akademik Universiti Teknologi Mara mengenai “KERTAS KERJA 1 UNTUK PERTIMBANGAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI & JABATAN PERKHIDMATAN AWAM POLISI KENAIKAN PANGKAT PENSYARAH UNIVERSITI:
LALUAN KERJAYA YANG LEBIH FLEKSIBEL” Klik sini
Nampaknya perkhidmatan pendidkan perguruan adalah terbaik setakat blog ini ditulis. Ini dapat dilihat dari kertas kerja yang membuat perbandingan gaji yang diperolehi oleh oleh skim DM dan lain-lain skim perkhidmatan kerajaan dalam satu gred yang sama.
Sebagai contoh, lihat jadual dibawah:-
Gaji permulaan pensyarah di gred DS45 (P1T1) ialah RM2546.05 manakala bagi seorang guru pada gred DG44 (P1T1) ialah RM2982.99. Maka secara kesimpulannya, seorang guru yg Gred gaji 44 mempunyai gred gaji yang lebih menarik dari seorang yang berstatus pensyrah di gred yang lebih sedikit 45.
Juga terlibat ialah Gred lantikan 52
Berikut ialah perbandingan gred 54
Anda mungkin berminat post ini juga:Tunjukkan tanda sokongan anda pada blog saya dengan KLIK IKLAN Nuffnang di sebelah.. Terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya..





cikgu sekolah boleh cuti time cuti skolah..lecturer kena datang ofis..cuti mcm org bekerja yg laen..
Ni first time sy baca perbalahan antara guru dan pensyarah.. Pendapat sy la, xkish gaji sapa tinggi yg penting ikhlas, nnti akan dpt rezeki dr tmpat lain, hidup pun diberkati.nak kaya wat la bisnes…
salam. sape yang jadi cikgu pasti faham beban tugas yang perlu dihadapi. kerja guru dari semua segi, dari aspek pendidikan, kesihatan, keselamatan, kebersihan, keceriaan & macam2 lagi. jangan x percaya, ada guru-guru bertugas sesi petang yang perlu tunggu di sekolah hingga SEMUA pelajar telah pualng. xperlulah dipertikaikan tetang gaji masing-masing.pensyarah pun ade beban tugas sendiri. sepatutnya guru dan pensyarah berganding bahu dan bekerjasama untuk memantapkan sistem pendidikan negara yang sentiasa berubah mengikut pertukaran pemimpin. kita sebagai pendidik perlu lebih lantang untuk mencorakkan hala tuju pendidikan negara. sekadar pendapat. =)
Tulisan macam hebat…cuma penulis NYANYUK satu satu fakta….Guru yang gred DG44 sudah berkhidmat 8-10 tahun, berbanding DS 45 adalah baru bekerja…sudah pasti gaji permulaan tidak sama kerana Guru DG44 sebelum ini adalah guru DG41 semasa awal perkhidmatan…tak kan sama budak baru lahir dengan budak dah umur 10 tahun!
*tulisan ini menggambarkan penulis yang membuat perbandingan tanpa kajian mendalam
Saya rasa tuan adeh adeh tidak tahu cara berkomunikasi dgn bijak. Komentar tuan dibawah/diatas sana lebih menunjukkan kepada provokasi. Tuan meletakkan PENULIS nyanyuk (Mungkin tuan maksudkan saya atau org yg membuat kajian)… saya rasa biarlah pembaca lain menilai sendiri siapakah tuan sebenarnya. Yang pasti saya tidak akan delete pernyataan tuan kerana komentar tuan ini cukup menunjukkan tuan sendiri seorang yg tidak tahu kaedah berkomunikasi dan hanya tahu melabelkan seseorang.. Semua org buat kajian (tuan juga mempunyai master dan pernah terlibat dalam kajian ilmiah), dan kajian kekadang itu tidak semestinya bernas… semasa itulah diperlukan perbincangan… Disini org akan melihat tuan ADEH ADEH SEOLAH-OLAH TIDAK MATANG dalam MENYAMPAIKAN MAKSUD dan TIDAK BIJAK. Saya hairan bagaimana tuan menjadi seorang pendidik.. jgn melulu meletakkan seseorang itu nyanyuk dan sebagainya. semoga di bulan mulia Allah swt merahmati tuan Adeh Adeh dan biarlah org menilai kematangan fikiran tuan adeh adeh…
jika nak dapat gaji yang tinggi tanpa mengira jangka masa kerja, sektor swasta lah tempat yang sesuai. Sektor swasta tidak mementingkan sangat kelulusan, yang penting pengalaman, kreatif, berkemahiran berbicara yang baik dan yang paling penting pandai bodek bos. Sektor swasta juga menawarkan persekitaran kerja yang baik dengan bilangan pekerja yang tidak ramai dan ini memudahkan kenaikan pangkat dan gaji pada bila-bila masa. Lagipun, pekerja swasta boleh bertukar tempat kerja pada bila-bila masa mereka nak bila dapat tawaran yang lebih bagus, tidak seperti pekerja kerajaan yang terpaksa menduduki pejabat yang sama sehingga pencen jika tidak bertukar pejabat. Dan kepada mana-mana guru dan pensyarah yang tidak puas hati sesama mereka, jom lah sertai sektor swasta.
Menarik komen dari tuan/puan…. Untuk pengetahuan, saya pernah bekerja di sektor swasta lebih dari 6 tahun pengalaman (2002 – 2009). Setelah menyertai sektor awam, saya amat bersyukur. Tidak saya nafikan gaji saya terdahulu cukup lumayan, namun bukan kerana ingin memilih kerja lebih mudah (nak rilek) tapi memilih sektor awam adalah kerana saya inginkan JOB SECURE..
Pernah sekali saya lihat ketika recession, company tempat saya bekerja memberi pilihan VSS (Voluntary Self Suspension) kepada staf mereka. Saya cukup risau akan hal sedemikian kerana apabila memilih jalan VSS sudah tentu akan hilang pekerjaan dan terpaksa mengharungi mencari pekerjaan baru. Perkara ini terjadi didepan mata saya di mana seorang Senior Engineer Melayu di usia awal 40-an (hidupnya lebih kepada familyman, dan performance kerja beliau tidak setanding fresh graduate dan ala kadar sahaja) diberi pilihan utk VSS dan beliau terpaksa menerima tawaran VSS kerana ugutan dari syarikat (jika tidak mengambil akan diberi warning letter selama 3 bulan dan jika dibuang kerja dek kerana warning letter maka satu sen pun tidak dpt).
Sejak dari kejadian seumpama itu, saya memikirkan bahawa saya tidak akan menerima nasib yg sama seperti Sr. engineer tadi, jsdi sebelum usia saya meningkat dan usaha kerja saya tidak disia-siakan oleh mereka yg tidak tahu rasa hormat pada org melayu kita.. Jalan terbaik ialah keluar dari sektor swasta yang didominasi oleh kaum tertentu (bukan saya racist tapi ini terjadi kepada saya, dimana kaum kita ditindas dan dinafikan hak utk naik pangkat)… banyak lagi saya nak explain jika diceritakan perbandingan antara swasta dan kerajaan.. Cukuplah setakat ini…
Mungkin tuan bernasib baik kerana mendapat tempat kerja yg tidak racist dan kurang tekanan. namun 3 tempat kerja saya terdahulu (Sektor perkilangan pembuatan semuanya..) tekanan kerja amat dirasai.
syok jugak baca komen2 kt atas tu. tq u olls bg mklumat yg berfaedah wlupn kdgkala ada yg emosional. sy pun ckgu gak….. tgh berkira2 nk tukar option nk jd pensyarah….. time dgr kena bwt research ke, jurnal berwasit ke smpai pencen, terpaksa pulak pkr 2 kali…..
Setiap bidang itu ada pro dan contranya
Pandangan saya, tak perlulah dibanding2kan gaji.. sbb cara kerja, beban tugas guru dan pensyarah adalah berlainan.. kalau ingin gaji tinggi, buatlah tuntutan mengikut cara yg sepatutnya, tak perlulah bandingkn dgn gaji guru.. kami semasa mbuat tuntutan kenaikan gaji, kami tidakpun mbandingkan gaji kami dgn pensyarah, doktor, peguam, pegawai petronas, perdana menteri dan sebagainya.. saya seorg guru, saya tiada pengetahuan dlm dunia pensyarah, tiada pengalaman dan tak tahu susah senang seorg pensyarah dlm kerjayanya.. begitu juga dgn pensyarah, pensyarah juga tak tahu susah senang seorg guru, apa yg mereka buat di sekolah dr pukul 7.30pg hingga 2.00ptg dan dr pukul 3.00ptg hingga 12.00mlm, dan juga pd waktu cuti sekolah.. mgkin ada pensyarah yg pernah jd guru sblm ini.. kenapa bertukar profesion dr guru ke pensyarah kalau mahu gaji yg lebih tinggi.. kenapa tak terus mjadi guru? Tentu ada sebab mengapa memilih kerjaya pensyarah setelah bertahun2 mjadi guru.
KITA DAH PILIH KERJAYA MASING2 KENAPA NAK DIBANDING-BANDINGKAN. KENAPA TAK BANDINGKAN GAJI CIKGU DGN GAJI PM? KENAPA MASING2 TAK PUAS HATI. SIAPA SURUH KAU JADI CIKGU DAN SIAPA PULAK SURUH KAU JADI PENSYARAH? ADA AKU YANG SURUH BENGONG.. ITU KAN PILIHAN MASING2 JADI BUAT LA KERJA MASING2. DAH ITU SKIM GAJI MASING2. TERIMALAH DENGAN RASA SYUKUR.
Nak sampai gaji 2,500…. guru kena keja 10 thn lebih yunk…. nak naik ke DG44 pula punya la susah. Bukan mentang2 dah 10 thn t automatik boleh naik dari DG41 ke 44.
Alhamdulillah skrg ada la kenaikan sedikit selepas pelarasan. Apa2pun, kalau nak bandingkan gaji penyarah muda, baik banding dgn gaji guru permulaan DG41. Baru lah NAMPAK sikit betapa banyaknya PENSYARAH patut bersyukur dgn apa yg ada…..
kat malaysia ni berepa kerat je guru sempat merasa dg 52 sebelum menghebus nafas terakhir.. kebanyakan pencen dengan dg44 je. mana tidaknye pengetua pun dg48 je kat sekolah aku. klu sklh ada form6 baru pgetua dpt dg52. mmg x boleh compare gaji lecturer ngan guru. ibarat langit dan bumi. klu nak kata cikgu x study silap jugak sebab klu sambung master atau phd pun gaji guru x berubah juge.sbb tu cgu kurang minat nk sambung belajar.perabih duit je. nak cepat naik pangkat dalam guru nie kena ikut laluan Guru Cemerlang (GC).
nak tahu kenapa gaji cikgu lebih murah dari pensyarah..
1. pensyrah kena publish paper 9cikgu ada nak publish paper)
2.pensyarah kena wat jurnal(cikgu ada wat jurnal selagi tak ok jurnal jgn harap universiti nak terima if universiti suruh buat, coz jurnal wajib dibuat oleh lec)
3.lec kena wat research (cikgu ada wat researh, research nie yang digunakan oleh cikgu dalam kelas nanti)
4. pensyrh ingat senang nak dapat cuti
5.pensyarah tak ada masa dengan family ( kena siapkan research dan buka)
6. pensyarah kena bentang kan kertas kerja, keras projek, pergi oversea conference dan bentangkan kertas kerja, cikga ada.)
7. cikgu pun yang ambek master n phd pun belajar under penyrh nak lawan tokey nampak.
8.cikgu more dipression dengan research, projek, conference (untuk cikgu mengajar dalam kelas gak)
Kalau mcm tu, jom la jadi cikgu dik.. boleh dpt gaji tinggi smbil goyang kaki dlm bilik guru yg hampir runtuh dan panas, kejar students ponteng, dtg kelas tmbahan pd cuti hujung minggu, kena serang dgn ibu bapa, berurusan dgn hospital dan polis, latih budak berkawad, ajar subject yg bkn bidang kita, ajar 30-50 org students dlm satu2 kelas yg suka tidur dan bising, buat sidang kes bagi kesalahan disiplin, berkebun, hias bilik kelas, latih sukan dan permainan, pujuk/kejar students utk buat kerja kursus, tolong dahulukan bayaran yuran dan perbelanjaan aktiviti pelajar (yg akhirnya kira hangus sbb pelajar tak bayar balik), tolong bwk pelajar mengandung ke hospital (takut kalau2 terbersalin semasa exam), paksa pelajar solat, marking PMR dan SPM, kena serang dgn parents dan pengetua kalau pencapaian PMR dan SPM tak memuaskan, buat action research, buat post mortem/analisis peperiksaan, terima panggilan drp PPD atau JPN yg mintak sesuatu yg mustahil semasa sedang mengajar, terpaksa keluar drp skolah kerana ada pertandingan peringkat daerah atau negeri selama beberapa hari dan bila balik semula ke sekolah, bertimbun2 kerja yg tertangguh kena buat dlm masa satu hari, buat projek kecemerlangan, buat program kokurikulum, perkhemahan, kena observe 4-5 kali setahun, pelajar pancitkan tayar dan guris cat kereta.. last skali, parents pelajar yg bagus akan kata, “anak saya mmg rajin belajar sbb tu la dia dpt straight As”.. dan parents yg anaknya tak berjaya akan kata “cikgu anak saya ni mmg tak pandai ngajar, sbb tu la anak saya tak lulus subjek ni”.. Seronok jd ckgu ni dik.. jom la..
saya cuma nak masing sedar diri je….semua yang ada ini adalah ketentuan Allah…kita dipilih untuk jadi pensyarah atau cikgu…kedua2nya pendidik….jadi laksanakan tugas kera Allah….gaji ke habuan ke….semua sementara je…. saya suka dengar orang tua2 cakap….”cikgu kalau mati orang gelar dia masih ada gelaran cikgu…..tapi kalau pensyarah ke engineer ke….orang tak gelar pon jawatan dia….so tanpa cikgu siapa la kita…tanpa pensyarah pula tiada la cikgu…..
Rasanya sesiapa yang pernah jadi guru than upgrade jd pensyarah, mungkin dia lebih memahami perbezaan gaji dan bersesuaian dengan tugas kerja. Bagi yang jadi pensyarah dari degree upgrade master dan seterusnya phd dia x akan faham kerja seorang guru yang mungkin dianggap cuti banyak, kerja balik awal dan sebagainya begitu juga yang jadi guru dia x akan faham kerja seorang pensyarah dengan kesusahan study buat research, journal dan sebagainya Wallahua’lam
Saya merupakan seorang pensyarah di salam satu IPTA, saya sudah bekerja selama 6 tahun dan alhamdullilah saya kini meruapakan Pensyarah Kanan. Bagi saya tugas sebagai Pensyarah memerlukan usaha yang kuat, kena rajin dan perlu bijak mencari peluang. Kenaikan pangkat pensyarah tidak bergantung kepada timed based, tetapi ianya bergantung kepada performance kita..jadi sekiranya hendak merasa pangkat yang lebih tinggi, Pensyarah perlu bekerja kuat tidak mengira masa dan tenaga. Sebenarnya bagi saya skim pensyarah ini adalah sesuatu yang istimewa, memanglah kedengaran macam banyak kerja, tetapi sekiranya minat , banyak macamana kerja pun tidak mempunyai masalah. Tak menjadi masalah jika seorang pensyarah yang berumur 35 tahun atau 40 tahun boleh memakai VK7( atau Profesor).
Setuju dgn tuan, kami di Politeknik pula pun ikut kaedah yg sama. Usaha saja yg menentukan kita layak atau tidak.. Buat semua kajian kes, pembentangan, dan sebagainya.. InsyaAllah kenaikan pangkat akan ada jika itu sudah ditentukan rezeki dari Allah swt
laluan guru dan pensyarah berlainan. tidak boleh buat perbandingan secara terus. guru siswazah nak ke 44 kena tunggu 8 ke 10 tahun dan tak perlu master tp umur dah lanjut. nak menyampai ke 48( kalau bkn pengetua) umur dah dekat 50 thn. kat u bermula dgn master dan phd. kena banyak research utk naik. jalan tk sama antara sekolah ngan u.
Salam. saya bakal menjadi tutor tidak lama lagi. dan ini adalah pilihan kerjaya saya, memandangkan rezeki saya untuk menjadi guru tidak kesampaian. tetapi saya berasa syukur kerana saya masih lagi mendapat peluang untuk mendidik anak bangsa walaupun hanya pada jawatan tutor sahaja. menjadi tutor perlu mengajar kelas dan di samping menyambung pengajian ke peringkat phd. ramai yang menyuarakan pandangan bhw phd sangat memeningkan. saya juga berfikiran sedemikian pada mulanya. tetapi rasa pening dan susah itu bagi saya hanya pada peringkat permulaan. saya yakin setelah melalui peringkat-peringkat yang seterusnya, insyaAllah, kita akan menjadi lebih cekal dan tabah menghadapi rintangan. Inilah kelebihan seorang pensyarah, kerana minatnya yang mendalam terhadap bidang penyelidikan.
Pandangan peribadi saya, kerjaya seorang guru dan pensyarah masing-masing ada pro dan kontranya. pada saya, gaji bukanlah pokok utama. yang menjadi keutamaannya ialah niat kita pada kerjaya masing-masing. guru dan pensyarah ada masing-masing tujuannya. menjadi guru untuk mendidik anak bangsa, kadangnya perlu bekerja lebih masa kerana kerja di sekolah yang menimbun. Ini tidak dinafikan kerana ramai di kalangan rakan-rakan saya yang bekerja sebagai guru. ada yang terpaksa pulang lewat kerana menjadi guru sukan, ko-k dan sebagainya. itu belum lagi terpaksa bawak pulang buku-buku pelajar untuk disemak. saya hargai kerjaya seorang guru yang bukan sahaja berkorban tenaga, tetapi juga berkorban waktu. sedangkan waktu itu sebenarnya untuk keluarga.
Menjadi seorang pensyarah pula, adalah untuk mendidik pelajar-pelajar di peringkat universiti di samping menghasilkan lebih banyak penyelidikan yang berkualiti demi masa depan negara. masa yang dimiliki oleh pensyarah lebih fleksibel jika dibandingkan dengan masa yang dimiliki oleh guru.
Saya percaya guru dan pensyarah masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya. yang penting kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. hindarkan diri dari prasangka yang negatif. dan tanamkan lebih rasa positif dalam diri. peace! ^_^
Aku ada diploma, degree, master & phd in civil engineering (geotechnical) dan dah 2-3 tahun pengalaman kerja consultan/contractor dan 16 tahun pengalam kerja kerajaan (PBT)… masih gred j44 tau…. any comments?
Mungkin tuan boleh mencuba masuk sektor pendidikan pulak lepas ni… insyaAllah rezeki bagi yg berusaha..
ic…sadis
Hebat tuan. Kerajaan amat bertuah mempunyai kepakaran seperti tuan. Tuan boleh majukan cadangan tuan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, melalui Ketua Pengarah Kerja Raya untuk kemajuan kerjaya tuan. Saya doakan tuan mendapat apa yang tuan impikan. Saya tidak menafikan sistem “Pangkat” dalam sektor awam ini amat “rigid” dan banyak kelemahannya. Pilihan terakhir tuan ialah menceburkan diri ke syarikat swasta memandangkan tuan mempunyai kelayakan yang amat tinggi.
Perbandingan yang kurang bijak…perangai orang melayu suka memandang rendah pada cikgu,sebab itu orang melayu masih terkebelakang dalam pelajaran,dm 45 tu fresh graduate yang starting menggunakan ijazah PHD, manakala dg44 tu gaji bagi guru yang sudah 10 tahun mengajar (sblm tahun 2012) guru nak sampai ke gred 44 tu perlu mengajar selama 10 tahun bagi sistem lama,dan bagi sistem baru 2012 hanya 8 tahun pengalman,ini ke dikatakan tidak adil,dm 45 startin dengan fresh tiada pengalaman = 10 /8 thn pengalaman. memang bodoh siapa yang buat perbandingan…pensyrah keje dengan segala kemudahan yang mewah di sediakan oleh pihak univerisiti, tk kejar peperiksaan, mcm guru sekolah keje all out terutama skali guru spm,pmr,stpm,upsr.bilik guru mcm setinggan padat.jgn la memandang rendah pada guru yang byk menyumbang dn tidak meminta apa-apa kelebihan,sbb ramai guru dr pelbagai lulusan yang baik..sperti enginering,akauntan,undang2 lain2 yang profesinal….tp pensyrah mereka ni bukan semuanya dpt 1st clas,ada spm pangkt 3,ijzh kelas 3 pun ada sbb mereka rajin belajar tu dpt jadik pensyarah…tk semesti jdik cikgu ni mereka yang berijzah murahan kelas rendah,ramai yang cemerlang peringkat spm,matrikulasi dan ijzah, cuma malas nk sambung sarjana,phd…dan gaji pun perlu dibezakan dengan pensyrah disbbkan kami cikgu…sedangkan 10thn beza,untuk capai tangga gaji itu,—kalau gred 48—cikgu mesti mempunyai 16thn pengalaman,gred 52 cikgu mesti mempunyai 22tahun pengalaman…itu ke yang dikatakan tidak adil….
En Joe jgnlah terlalu emosional dalam hal ini. Ini adalah kajian dan cadangan dari Pihak UITM kepada KPT pada tahun 2011. Tiada yang sempurna dalam semua gred. Masing-masing ada kelebihan dan masing-masing juga ada kelemahan.
Namun tutur kata tulisan tuan tidak menampakkan seperti seorang pendidik yang berhemah… janganlah cepat melatah. Baca dan paham kenapa Kajian ini dikeluarkan oleh pihak tertentu (pastinya bukan saya) dan perbandingan ini bukanlah merendahkan mana-mana pihak tapi adalah untuk mendapatkan kedudukan terbaik dlm sesuatu sektor perkhidmatan.
Isteri saya juga seorang guru, hari ini (setelah pengumuman Timbalan Perdana Menteri sempena hari guru 2012) nampaknya guru-guru akan dikurangkan beban tugas kerana akan ada gred N17 utk membuat kerja-kerja pengurusan (kutipan yuran dan sebagainya) yg selama ni ditanggung oleh guru.
Jadikanlah PERBINCANGAN DISINI adalah PERBINCANGAN ILMIAH bukan PERBINCANGAN untuk menghembur kata-kata kurang manis.
En. Mat Kedah.. Saya rasa En. Joe mgkin sedikit emosi kerana sblm ini sudah banyak membaca atau mendengar cakap2 org yg memperlekehkan guru dan mempertikaikan gaji guru. Kdg2 bila byk sgt tohmahan org terhadap kita, terusik juga perasaan. Mgkin dia tak bermaksud berkasar, tp tanpa sedar meluahkn apa yg terbuku di dada dgn lantang.. Hrp En.Joe bertenang dan En.Mat Kedah faham..
Hahahahah….Mat Kedah Tertipu dgn TPM…mana ada n17 buat keje cikgu..itu omongan semata
ini aku setuju..
Ambik N17 pun x mo wat keje pun sama jugak. Kat tempat aku kerani 4 orang. 2 orang kerani
pompuan je yg wat keje itupun puas bos soh buat pasal nak kejar dateline. Yang 2 kerani laki
asyik menghilangkan diri entah kemana lepas puch card.aku nak minta kunci bukak store ambik
peralatan pembelajaran pun susah. rata2 aku tanya jabatan lain sumer hadapi masalah sama. Hanya
beberapa orang kakitangan sokongan je yang cemerlang. Yang lanin asyik x der dlm opis je sampai
student komplain kat pihak atasan. Bila kita nak kenakan tindakan pulak, punya susah pasal kena sound
dulu pastu warning letter 3 kali pastu baru kenakan tindakan tatatertib. Masalahnya bila wat
camtu ada staf yang kompalin kat cuepacs kata dianiaya dan finally jabatan aku buat bodo je la.
Lantak hang la nak wat apa. Nak ambik tindakan, asyik kena bedal dengan atasan. Last2 pandai2 la
ko pikir sendiri pasal ko dapat gaji bela anak bini sendiri.
Scara tuntasnya…Jadi pada Joe apa kesimpulan yg dapat dibuat?
adakah Kerjaya Menjadi seorang guru adalah pilihan yang bijak?
tolong jelaskan boleh..
saya perlukan maklumat..tq
cuma malas nk smbung bljr?????? woii dengan sbb mls nk belajrlah layak dpt gaji rendah….. kau ni paham ke tidak
pensyarah degan sbb rajin bljrlah patut dpt -gaji lebih, kemudahan lebih, bini coleh he3 … paham.. aku tgk cr kau argue aku dh buleh paham knp pikir bgitu…. pelik btul
opps …satu lagi kau igt lps grad trus jd psyrh… belajr dulu bro 2 3 thun…lps tu bsaing dgn org cerdik2…kalu dpt kls 3 ms BA, universiti mn nk ambik. mestilah mrk pilih yg cerdik2…rajin belajar…kalu yg prsn cerdik sorang2 tapi mls blajo uni mn nak …paham
Bersyukurlah dengan usaha dan rezeki kita…Saya tetap merasakan kerjaya guru adlah terbaik untuk saya dan keluarga…
Assalamualaikum. Umur saya sudah 31 pada tahun ini. Saya ingin membuat part time Bachelor of Education (Mathematics) di OUM. Ijazah dan master saya dalam bidang kejuruteraan. Apakah had umur untuk menjadi seorang guru siswazah di sekolah kerajaan. Saya harap ada jawapan yang terbaik untuk perkara ini dari anda semua. Minat menjadi guru semakin tinggi apabila menjadi pendidik di sekolah swasta ketika ini. Saya harap cita-cita saya ini dapat direalisasikan. Saya sebelum ini sudah memohon KPLI ttp tidak berjaya. Dan saya merasakan kaedah terakhir belajar dengan pembiayaan sendiri untuk menjadi guru di OUM. Saya ulang kembali, apa had umur untuk menjadi guru kerana, mungkin tamat pengajian pada umur 34 tahun.
Tapi… Guru nak naik gred 44… kalau tak kaki bodek… 10 tahun jugak bang…
Macam mana pun… ramai pensyarah… termasuk Prof sendiri kata, jadik Guru lebih elok dari jadik pensyarah skrg…
Guru boleh luangkan lebih banyak masa dengan keluarga.
Guru tak payah pening sampai botak kepala, dengan kene buat PhD ler, Research itu ini ler dsbagainya…
Masing2 ada pro dan kontra…
Saya setuju..
Saya tak fikir gaji yang tinggi dapat menjamin masa hadapan yang baik..
yang paling penting keikhlasan kita dalam melakukan setiap apa pekerjaan yang kita ceburi..
Walaupun saya hnya seorang student, pada saya Guru adalah permulaan yang baik.
Kerana, tanpa guru…tiada Pensyarah..
Ingat..niat kita hanya cari nafkah buat keluarga yang tercinta…
bukan kerana wang ringgit semata2..
jika bekerja hanya untuk mendapat pulangan (gaji) yg tinggi…
maka kuranglah keberkatan disitu..
akan tetapi…ia bergantung pada niat seseorang itu..
Sekian…Salam..
klu tiada pensyarah pun tiada guru juga..
x perlu nak berbalah mana yg baik coz sume ada sumbangan masing2..
Jom la jadi cikgu.. dpt gaji tinggi..
Gaji guru MRSM lagi teruk…….dan kerja lagi padat…jadi bersyukurlah apa yang ada. Ada rezeki akan adalah kenaikan gred atau pangkat..
Betui.. setuju dgn rezeki Allah, mudahan kita tidak tergolong dlm org yg kufur nikmat…
perjuangkan la NUTP guru yang ada master naik dg44 terus huhu..ni nak tunggu 8 tahun jenuh 5 tahun ok la..
Tunggu pengumuman DS Muhyidin Yasin pada hari guru ini…
Saya faham keperitan tanpanama apabila dibandingkan gaji guru dengan pensyarah universiti. Saya juga membaca penulisan Lisa yang mengatakan bahawa mereka perlu buat research dan publish; dan dengan itu mereka layak dapat gaji yang lebih tinggi berbanding dengan guru. Tapi Lisa lupa bahawa ramai guru (terutamanya guru yang bergelar “pensyarah maktab” di Institusi Perguruan) yang walaupun membuat research dan publish, masih lagi DG44. Saya kenal pensyarah maktab yang telah produce 20 lebih artikel jurnal (berwasit) dan melaksanakan research di sekolah/maktab/institut, di samping mengajar banyak kursus kat maktab/institut, tapi masih dalam DG44. Saya berani bertaruh Dr. Lisa punya jurnal artikel yang terbit pun tak sampai 20. In fact, boleh lihat cv pensyarah-pensyarah DS52 di IPTA yang terpapar kat website dan ramai yang mempunyai bilangan jurnal yang boleh dikira dengan jari tangan, tak perlu tambah jari kaki. Saya juga dengar yang ramai pensyarah terbit dalam kononnya “international” jurnal, tapi adalah jurnal cikai kerana terpaksa membayar yuran penerbitan dan artikel yang diterbit sebegini penuh dengan kepincangan dan kesalahan tatabahasa dan metodologi. Di Forum sini, mereka bukan angkuh nak kata mereka buat banyak research, dan buat apa banyak research when there is so little publication kalau dibanding dengan guru (pensyarah maktab) yang hanya menerima gaji DG44.
Jadi, saya berpandangan, kalau pensyarah universiti berPhD layak dapat DS52, maka guru sekolah yang mempunyai PhD juga harus diberikan DG52 terus. Apa beza PhD yang dipegang oleh pensyarah universiti dengan PhD yang dipegang oleh guru sekolah? Kalau tiada perbezaan, maka ianya harus diiktiraf secara saksama dengan pemberian gred yang setaraf.
mmmmm…..ini lagi sorang….mana sama research University dengan IPGM….Kuantiti Journal tidak melambangkan kualiti Journal…..Anda perlu faham,1 journal IEEE lebih bernilai daripada 10 procedding….itu dalam bidang electrical engineering, dalam bidang yang lain pun sama…
Phd duduk di sekolah dan di Universiti mestila berbeza….sebab setakat ada phd pun setakat duduk sekolah tk ada kesannya…jgn salah faham….saya pun ajar di sekolah dan ada master pun, tk pertikai pun kenapa master di Universiti dan di sekolah tidak sama!
terima kasih mat kedah.. sy bru lepas tgok page pinjaman pendidikan tu.. tp em maaf ye, sy tak perlu amek diploma pendidkan ke ye? ataupun mohon gstt dulu?
Tahniah Nadhrah, sebab minat menjadi seorang pendidik. Menjadi PENDIDIK tugas mulia. Tidak kiralah sebagai guru atau pensyarah.. Biarlah kita menjadi pendidik bukan guru yg mengajar subjek matapelajaran semata.. tapi mendidik dlm aspek kerohanian dan sosial sivik pelajar kita.
Jika anda betul berminat, cuba mohon Pinjaman Pendidikan. InsyaAllah bila dah dpt pinjaman pendidikan dari KPM, automatik anda akan di panggil utk berkhidmat dgn Kementerian Pelajaran Malaysia bila dah graduate kelak.
Jika sekarang ini anda menggunakan PTPTN mungkin laluan utk menjadi guru agak sukar kerana kebiasaan KPM akan beri peluang pemegang pinjaman KPM terlebih dahulu.
Namun rezeki Allah swt yg maha mengetahui. Mungkin niat saudari yg mendalam utk menjadi seorang guru akan dipermudahkan urusan oleh Allah swt dalam mengejar cita-cita.. Teruskan niat yg mulia ini dan sama-samalah berdoa semoga saudari menjadi seorang guru.
Jika rakan-rakan pembaca mempunyai jawapan lebih bernas dan positif utk adik nadhrah ini. Marilah kongsi bersama.
salam… saya nak tny,, sy ni pelajar utm taun 2 fakulti sains,, skrg bwat part time ckgu tuisyen.. ble lama2 ajar ni,, timbul minat nak jd cikgu dan sy dah nekad. jd sy nak tny kpd yg tahu di sini.. macam mane sy nak apply jd ckgu sekolah menengah ye? pointer kena dapat berapa? sy risau sgt2 sbb sy bkn la plajar yg pandai.. tp sy nak sgt jd seorang guru..
Salam,
Bagi sya, apa yg perlu dibuat skrg adalah menyamakan nilai tangga gaji DS 52 dan DG 52.
Banyak sangat bezanya tu (Refer pada Blog MAt Kedah). Pasal workloads DS dan DG x kisah lah, sape suruh pilih kerje tu…kalau rasa beban berhenti ajer…..
Secara ikhlasnya, kerja sebagai pensyarah kanan dan gaji yg diterima adalah x berbaloi, dgn kata lain kerja yg dibuat x sama dengan ganjaran yg dapat. Naikkan lah tangga gaji DS 52 supaya setara dengan jawatan2 lain.
saya sgt setuju dgn tanpanama…kini ds45 dan ds51 boleh dinikmati orang muda asalkan ada master dan phD. x perlu tunggu time-based…sedangkan guru bermati-matian kerja, naik pangkat tpaksa tunggu 8 tahun..kemudian master untuk phD bagi guru x diiktiraf kecuali mohon utk jd pensyarah IPG atau matrikulasi dan juga kolej2 di bawah kpm bg post DG 44 dgn syarat ada master dan mesti 5 tahun time-based. cuma saya nmpk cikgu boleh skip jadual gaji guru biasa dan untung sikit bila ada phD dan mohon jawatan pensyarah DS51…tu pon kalo mohon masa muda2..kalo nk tunggu DG52 lambat la ceritanya…
Terimakasih Ustaz Saiful, pandangan tuan memang bernas.. saya setuju dengan tuan… Setiap seseorang telah ditentukan rezeki oleh Allah swt.. Background tuan cukup menginsafkan kami semua.. Tahniah atas kedudukan tuan hari ni.. semoga Allah merahmati tuan sekeluarga..
Salam…skim yang disediakan memang ada lebih dan kurangnya…mustahil untuk mencapai kesempurnaan. Itu hanya hak Allah sahaja. Walaupun demikian, kesemua skim tersebut menekankan usaha, komitmen dan kesungguhan untuk mencapai tahap yang lebih baik. Berpadalah dengan apa yang diperoleh selepas berusaha kerana itulah rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah dan bersyukurlah di atas nikmat yang diberikan. Kadang-kadang kita alpa bahawa rezeki yang diberikan itu adalah hak Allah, bukan hak kita. Ada yang dah usaha, belum dapat dan ada juga sebaliknya. Kalau ada sedikit sebanyak rasa tidak puas hati tu…cuba cubalah lihat kepada yang tidak bernasib baik…akan terasalah betapa beruntungnya diri kita…pandangan saya sebagai abang sulung kepada anak yatim 8 orang dan seorang ibu…yang pernah bekerja sebagai attendan pam minyak, penjual buah pasar malam, guru sandaran 6 tahun, pensyarah dm 45 dan pensyarah kanan dm52.
manusia tidak akan puas selagi masih hidup…bersyukur dengan apa yang ada
Mat Kedah hang banding matrik tang nak naik berapa tahun nak sampai DG52 hang tak banding plak….buat perbandingan jangan satu angle je Der…..
takd cikgu takd pensyarah… ke takda pensyarah takda cikgu….
Mana-mana jawatan pun sama je…kalau da kerajaan itu je based line kita pun…nak lebih kena la wat part time job hehe…nak pertikai lebih2 pun bukan berubah setakat berapa percent je lain la jusa A, B, C memang kenaikan gempak…kita ni setakat cukup mkan..banyak pun habis sikit pun lagi cepat habis…kita yang memainkan peranan untuk pilihan kerjaya masa depan kita jadi terima saja la apa yang da termaktub…okey la tu 10tahun 8 tahun da naik yang kerja kerajaan lain dalam gred kejuruteraan contoh J17, J29, J41 dan J44 walau 10tahun, 15 tahun pun belum tentu dapat naik walaupun ada master, phD…kelulusan apa lagi yang tak de..mat kedah cuma buat research utk share sama2 so kita baca renung pastu paling kuat fikir dan tak dapat buat apa2 pun…bila tension tutup je hehe..
saya rasa tak perlu kita persoalkan kerja siapa yang lebih…kerja siapa yang kurang…CIKGU atau PENSYARAH…kalau dah tahu kerja tu ‘lebih’ kenapa kita pilih juga…jadi, kita sebenarnya yang memilih kerja yang ‘lebih’ tu….ramai di luar sana yang menganggur dan kerja yang tak setaraf dengan taraf pendidikan mereka…cthnya ada Ijazah tapi hanya mampu berada di KFC, McD dan sebagai penghantar Pizza pun ada. Jadi renungkanlah wahai sahabat2 sekalian. Semoga anda tenang dengan ujian ALLAH dengan membuat kerja “lebih”.
eh2 kau orang ni memang jakun le.saya pun pensyarah jugak. walaupun pensyarah kerjar lebih berat berbanding guru.saya berpuas hati sebab pensyarah tak perlu tunggu lama,semua pensyarah buat untuk naik gaji cepat.dari segi tempoh perkhidmatan guru kena keje lame untuk naik gred gaji.perbezaan pensyarah keje 10 thun dan guru keja 10 tahun dah tentu gaji pensyarah lg banyak sebab DS ni naik dengan cepat.kesimpulanya gaji pensyarah lagi banyak.guru ni buat keje banyak tp kena tggu lama jugak nak naik pun.bersyukurle apa yang ada..orang bodoh pun boleh dapat gaji besar dari pensyarah dan guru.jadi tak payah buat perbandingan,semua orang tahu
memang la tanpa cikgu, takde la perdana menteri, takde la pensyarah, dan sebagainya.. habis kalau nak berdasarkan sebab itu, gaji cikgu kena tinggi la? kalu camtu, gaji perdana menteri pon bagi macam gaji cekgu je la..
cikgu dan pensyarah ni boleh diumpamakan macam driver teksi dan driver kapal terbang (aka pilot)… memang la dua2 sibuk.. tapi tanggungjawab yang dipikul? pikir lah sendiri.
yes cikgu memang banyak aktiviti, sukan, mentadbir, dan lain lain.. tapi pensyarah lagiii sibuk.. dengan research, mengajar, mentadbir sesuatu pusat atau research centre, urusan luar negara, attend conference, journal dan sebagainya…
kepada cikgu-cikgu, sila jangan sesuka hati nak kata gaji pensyarah perlu sama atau lebih kurang ngan gaji korang ye.. tanggungjawab pensyarah jauh lebih besar dari anda.
Ye betul cik/pn atie.. kpd cikgu2, jgn kata kerja pensyarah tu senang.. dan kpd pensyarah2 juga, jgn kata kerja cikgu tu tak sesibuk kerja pensyarah.. saya cikgu dan saya sgt sibuk, suami saya yg merupakan seorang pensyarah (dan sebelum ini pernah mjadi guru selama 7 thn) pun adalah seorang pensyarah yg sgt sibuk. Dia memahami beban tugas saya sehingga terpaksa bawak balik kerja sekolah ke rumah, sama seperti dia yg juga terpaksa bawak balik kerja2nya ke rumah. Saya juga memahami kerja suami saya yg sgt sibuk, yg selalu ke luar negara buat presentation, buat research dan jd supervisor thesis, sama seperti saya yg terpaksa ke luar daerah dan negeri buat presentation, buat analisis peperiksaan dan action research di sekolah, serta menjadi mentor kpd beberapa org mentee.. kesimpulannya ialah kerja cikgu dan pensyarah sama2 sibuk, sama2 ada problem, tak boleh nk kata kerja ni teruk, kerja tu tak teruk sgt, kerja ni stress sikit je, kerja tu sgt stress, sbb hanya org yg berada dlm kerjaya itu yg tau bgimana rasanya.. bab gaji, itu rezeki masing2.. Alhamdulillah kerana gaji cikgu skrg dinaikkan sbb dh lama kami menantikan saat2 ni, baru skrg kami mdapat.. Pd pensyarah pun, hrpnya adalah nnti berita baik dlm sifir gaji.. Fahamilah bahawa setiap kerja ada kesusahan yg tersendiri, tak perlu dibanding2 gajinya.. Saya rasa kerja dan gaji suami saya setimpal dan suami saya juga rasa gaji saya yg baru ni juga setimpal dgn kerja saya.. tp kami pelik kerana ramai pensyarah yg kami kenal asyik mempertikaikan gaji guru yg naik tak seberapa ni..
Respek la.. memang benar pensyarah byk tugasnya.. dah la cuti tahunan <30 hari setahun, kena buat research, antar paper dan journal, selia student PSM, student Master, PHD.. lepas tue pensyarah kena buat tugas MQA dan EAC (Engineering). nak naik pangkat bukan ikut time based.. ikut pada kelulusan dan jumlah research dan pelbagai lagi.. syabas atas draft ini
apa pun ade pro n kontranye…usaha lebih dapat lebih..The more you pay , the more you get..cikgu ke pensyarah ke, pada saya sama, kedua-duanye ade tugasan yang sama dan ade yang berbeza, ade lebih dan ade yang kurang…kurang elok dipertikaikan…paling penting adalah perlaksnaan amanah dan tanggungjawab…ikhlas dan amanah adalah kunci untuk rasa bersyukur dan rasa bertuhan…InsyaAllah hidup mencukupi dan diberkati..
“Dah ler pensyarah tu mengajar budak2 pandai,”
lol. Masih ramai guru ada persepsi camni terhadap pensyarah. Kesian…
Nak tanya, kalau saya ada Master, masuk sebagai cikgu, adakah gaji saya still gaji permulaan degree?
Ya gaji degree… Tapi kalau Skim DH ada kenaikan 3 tangga.
Niatkan dengan ilmu yg kita ada tu utk pembangunan ummah.cari beza gaji n kerja antara skim2 yg tersebut makin lalai lah kita.
setuju ngan tanpa nama…apapun guru perlu menunggu selama 8tahun -sekarang ni untuk kenaikan DG 44 kalau masuk keje umur 30…umur 38 baru dapat kenaikan gred..sdgkan pensyarah universiti masuk keje je terus dapat DS45.. tak perlu nak tunggu lapan tahun cam guru…tak de lebih dan kurangnya pada mana2 skim,,,sama sahaja…jadi jangan kecoh-kecoh…tak de cikgu tak delah pensyarah,pengawai hatta perdana menteri sekalipun..keje ngan ikhlas dan jadikannya sebagai satu ibadat…
mmgla terus dpt DS45..dh penat2 perah otak belajar smpi master..mmg layak la..tp cikgu xde
master pn bole dpt DG44..syukur la tu wahai cikgu2..
bak kata adik…cikgu kalau bising2 lagi nampak sangat tak bersyukur…orang lain semua kerja separuh mati…dan hidup mcm tak de live…pensyarah lagi kesian…dah gaji tak seberapa..conference kene pakai duit sendiri kalau tak ditanggung, ajar sampai 20-24 jam seminggu…kene advisee student lagi…kene pantau student lagi…dan yang paling teruk…kerja2 admin kene buat jugak…rangka silibus MQA…kene involve dengan NGO…kene bentang paper…kene buat reserach…..kalau tak perform SKT rendah…nak ke kanan pun bukan senang…kene sambung PHD…dan banyak lagi…betul seperti kata yang di atas..menagajr budak besar lagi susah…subjek pulak bukan satu dua…kadang2 sampai 3 ke empat kod kene expert…hari2 kene study sebelum mengajar…jadi cikgu sila bersyukur….
betul tu cikgu2..bersyukurla gaji naik..lg besar plak tu dr graduan ijazah lain..gaji dorg 2500 je..
cikgu dh la cuti banyak,gaji jalan..keja separuh hari..org kilang tu bermati2an kerja..mengajar pn
ntah berapa jam je seminngu..pensyarah sampai >24 jam..wekend pn kene ngajar lg..ckgu ngajar pulak
1 mata pelajaran je..ulang2 bende tu je..pensyarah bertukar2 subjek setiap sem..setiap sem ye bkn
setiap tahun!! kalo gaji ckgu naik lg..xtau la den nak kato apo..huhu
saya cikgu sekolah rendah ja. Alhamdulilah… jadual 32 waktu seminggu = 16 jam. Alhamdulillah…Kerja mula 7.00pg smpai 1.45 ptg dan sambung semula 4.30 ptg smpai 6.30 ptg setiap hari (program 1 murid 1 sukan – ramai orang buat2 tak tahu bila komplen kerja guru) Alhamdulillah…Subjek 3 ( tahun depan mungkinberubah)… Murid tahun 1, 5 dan 6.( tahun depan mungkin berubah) Alhamdulillah…hujung minggu, kelas tambahan…Alhamdulillah…Cuti sekolah, kelas tambahan…Alhamdulillah…cuti tahunan 7 hari dipruntukkan mg khas untuk bawak anak p klinik, kalo abih cuti tu tak tau la…malam, 2 kali seminggu, kelas tambahan…Alhamdulillah…Saya bukan nk merungut kerja banyak tp nk cerita sedikit tugas guru blum tmasuk lain2 tugas pengkeranian. hrp pihak ain dpt sedikit gmbaran. setiap bidang kerja ada kesukaran masing2.
Meminjam kata Cikgu Ramli Jusoh di SMK Kota Marudu Sabah pada tahun 1989, kepada guru lepasan STPM yang komplain Guru Ijazah bergaji lebih besar tapi buat kerja yang sama: ” Kalau awak rasa awak layak jadi Guru berijazah, masuk Universitilah, dan keluar jadi guru berijazah” === Kalau dah ada Master, mohonlah jadi pensyarah, mana tahu dapat diterima.
Saya teruja dengan semangat Encik Tajul Ahmad yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan (dari Sekolah ke Peringkat Pengajian inggi). Terima kasih atas komentar anda dan juga rakan-rakan yang lain..
salam,
Ada benar dan ada tidak benarnya tentang kenyataan yang dibuat. Dulu saya seorang guru (16 tahun di sekolah) sekarang dah 5 tahun sebg pensyarah di IPTA. Memang banyak perbezaan dia antara guru dan pensyarah. Namun untuk ke DS51 seperti di dakwa akan diberikan kepada pemohon yang memiliki ijazah Phd, tidak semua IPTA yang melaksanakannya. Di setengah2 IPTA yang lama, untuk menjadi pensyarah biasa, memerlukan kelayakan Phd, kalau tidak akan dilantik sebagai tutor sahaja, ada satu kes di tempat saya masuk dengan masters dan dapat DS45, baru seminggu daftar dah terus sambung buat PhD. dan bila balik PhD masih kekal di DS45 tetapi di berikan HPG (hadiah Pergerakan gaji) sebanyak 3 mata tangga ke depan. sampai sekarang masih belum dpt DS52 (Pensyarah kanan). Mungkin pihak uni melihat keseluruhan sumbangan dia kepada uni masih belum ada, dan paper yang dipublish sama ada di conference atau journal masih tidak mencukupi. Rasanya sekarang kelayakan masuk untuk menjadi pensyarah pun telah diperkatatkan iaitu mesti menggunakan ijazah PhD.
Di peringkat perguruan, mereka mempunyai time-based di mana sama ada cikgu tersebut perform atau tidak, tidak menjadi masalah untuk naik ke gred. Mereka juga mempunyai kaedah merit-based yang mana jika mereka cemerlang mereka boleh naik gred lebih awal lagi (laluan untuk guru cemerlang) tanpa menunggu tempoh masa tertentu seperti guru yang naik gred dengan menggunakan laluan time-based.
Berbeza dengan pensyarah di IPTA. mereka hanya ada merit-based sahaja di mana jika dah cukup point2 tertentu dalam PnP, penyelidikan, penulisan dan penerbitan, perundingan serta perkhidmatan. Yang mana tidak di lakukan oleh guru keculai Pengajaran dan Pembelajaran sahaja. Ini lah yang menyebabkan ada sesetengah pensyarah yang berpencen di gred DS45 sahaja tanpa kenaikan pangkat. Bukan mudah untuk dapat gelaran pensyarah kanan/penolong prof, prof madya, nak sampai gred VK7 untuk Prof apa tah lagi.
Namun setiap kerja ada pro dan cons je. Tapi ini semua adalah pilihan kita, kalau kita tak mampu nak buat sesuatu kerja, jangan kita kata kerja org lain lebih relaks dan rehat. Kalau kita nak kerja seperti mereka yang kita anggap kurang bebanan, letak jawatan dan mohon lah jawatan tersebut. Bukan susah pun nak paham.
Untuk makluman rakan2. Dlu sy bermula dari bawah. Dengan ada kelayakan SPM sy layak dan diterima belajar di UiTM (dlu ITM). tetapi kena korbankan itu semua kerana keluarga saya bukan org berada. Sy keluar dari UiTM tersebut dan masuk ke maktab perguruan dan keluar dengan gaji SPM pada masa itu sebanyak RM475 (tidak termasuk elaun), Bila kerajaan convert sijil perguruan ke diploma perguruan, dapat lah kenaikan sikit. Saya belajar lagi dan sambung sehingga ke peringkat masters dengan duit sendiri. Saya di lantik sebagai guru DG41 pada tahun 2004, saya abes masters tahun 2005 dan tahun 2006 sy memohon memasuki IPTA sebagai pensyarah DS45. saya kaji syarat2 kenaikan pangkat di IPTA tempat saya bekerja, saya banyakan penyeliaan pelajar, penulisan buku dan paper, banyak kan buat khidmat masyarakat, banyak kan resesearh dan perundingan. Alhamdulilah, selepas 4 tahun bekerja sebagai pensyarah DS45, saya memohon jawatan ke pensyarah kanan DS52 dan dapat. Bukan susah pun. yang penting usaha. Jika saya masih di seklolah, kawan2 yg sama dengan saya baru dapat DG44. Kini saya sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD dan dh nak abes. target saya ialah penulisan paper dan journal untuk sy bawa balik sebagai point untuk saya memohon jawatan seterus nya ke DS54 sebagai prof madya. Jika ada rezeki. Tuhan pun suruh kita berusaha, berusaha je lah, doa dan tawakal. insya ALLAH ada ganjaran untuk kita. AMIN
betul saya setuju sangat dengan apa yang ditulis oleh tajul ahmad…masing2 ada kelebihan masing2…kalau asyik mempertikaikan sesama sendiri bukan ada guna…kalau nak rasa macam orang lain rasa kena la berusaha lebih dan buat pilihan…jangan anggap saiz kasut kita sama macam saiz kasut orang lain…kalau x penah pakai kasut orang lain jgn berckp tentang kehebatan dan kesedapan kasut orang lain…belum tentu kasut orang lain itu terbaik berbanding kasut kita…bsyukur dengan apa yang ada…nak minta apa2 itu hak masing2…jgn mempertikaikan hak orang…
Jika dibandigkan antara DG44 & DS 45 memanglah nampak gaji DG 44 lebih tinggi. Tapi untuk ke DG 44 memerlukan minimum 8 tahun time based. Tapi skim DS 45 adalah untuk persyarah lantikan pertama dgn kelulusan master. Tp kalau dalam skim DG ada master atau PHD sekalipun, masih DG 41dan untuk kenaikan pangkat ke DG 44 masih perlu melalui prosedur biasa kenaikan pangkat dalam skim DG. Jadi pada pandangan saya (yang bukan guru ni), skim DG ni lebih diwarwarkan oleh pihak2 atasan. Kalau dibandingkan dgn skim M @ J (pada masa sekarang), 8 tahun tu mungkin dah dapat 48.
Assalamualaikum,
Dua-dua kerjaya ada lebih dan kurang.. kita tak boleh nak simpulkan kerjaya guru lebih mencabar + susah + etc drpd pensyarah.. begitu juga sebaliknya.. Jika “Tanpanama” lebih bias kepada Cikgu. Saya akan memberi contoh dari pandangan pensyarah pula. Contoh perbezaan:
Syarat2 sah jawatan pensyarah;
1) min 3 tahun berkhidmat 2) markah SKT mesti ada kenaikan walaupun hanya 1 setiap tahun 3) menghasilkan thesis 4) lulus induksi 5) SKT atas 75% 5) hadir kursus asas pengajaran.
Scope pekerjaan:
1) waktu bekerja:
Teaching hour – min 16 hours per week. Selalunya 18 – 20 hours per week. 18 jam seminggu akan digunakan untuk mengajar sahaja. Tidak termasuk jadi advisor student research (min 6 students setiap pensyarah) + supervisor utk praktikal student + AJK untuk persatuan / majlis etc. + menghasilkan thesis, journal + menyertai conferences, proceedings
Situation: Isnin – Jumaat ditugaskan untuk mengajar 4-6 jam sehari, so ada balance 2 – 4 jam sehari untuk settlekan urusan seperti dinyatakan diatas. Untuk advise student research memerlukan 1 jam setiap student. darabkan dengan min 6 students. Ada sesetengah pensyarah diberi tanggungjawab untuk supervise 15 students research. Masa memang tidak cukup, kadang2 banyak kelas perlu dibatalkan untuk menyiapkan kerja2 yang lain. Di universiti, pensyarah perlu menggantikan kelas yang dibatalkan. Oleh itu antara waktu yang free antara student & pensyarah ialah waktu malam / weekend. Tugas2 untuk marking quiz, test, individual assignment, project assignment, presentation, final paper, exercise / revision, report praktikal, final project (thesis) perlu dibawa pulang kerumah. Pada cuti semester, pensyarah perlu mengajar pelajar intersesi dan pulun habis untuk hasilkan thesis & journal.
2) Job responsibility
Lebih kurang macam cikgu. Mengajar budak-budak tp dah dewasa dan tak semestinya pandai. Siapa kata budak2 U ni pandai2? kalau pandai2, takkan ada kes khalwat, buang bayi etc. Diorang pandai +bijak memanupulasi keadaan. Jika tanpanama point out cikgu perlu basuh berak pelajar, itu hanya merangkumi pelajar darjah 1-2.. bagaimana dengan yang lain? Saya dulu pun cikgu panggil suruh basuh berak adik saya. Dia tak basuh pun. Student2 U ada hak untuk menyuruh pihak fakulti untuk melakukan penyemakkan semula jika mereka tak berpuas hati. student U lebih open untuk mempertahankan diri. Lecturer need to treat them as an adult and at the same time as a child.
Jika cikgu boleh tidak dtg kerja pada cuti sekolah melainkan ada meeting or so whatever, berlainan dgn pensyarah yang masih perlu datang ke pejabat walaupun cuti semester.
Jika cikgu bising dengan workload (meeting, kursus, marking paper, panitia etc). Sama juga dgn pensyarah, apa yang cikgu perlu buat pensyarah juga perlu buat. Cuma pensyarah ada extra work lagi la. pensyarah perlu sentiasa publish journal, research etc. Pensyarah bukan hanya tanda kertas peperiksaan atau kerja rumah pelajar. ditambah pula untuk menilai quiz, test, individual assignment, project assignment, presentation, final paper, exercise / revision, report praktikal, final project (thesis).
3) kenaikan gred
I think, berbaloi la dengan usaha yang perlu dilakukan untuk naik pangkat. Untuk menghasilkan research bukannya senang. It takes a lot of time. Pensyarah terpaksa mengorbankan masa bersama family untuk menghasilkan research yang berkualiti. 1 research standard mengambil masa 2-3 tahun. This task will be never ending sampailah bersara. mengajar + hasilkan research + guide student untuk hasilkan research. Why not buat memorandum untuk cikgu-cikgu sekolah supaya layak mendapat kenaikan pangkat seperti pensyarah (Prof Madya, Prof). Tapi perlu menghasilkan research2 berkenaan pendidikan and keep track with the latest journals & articles yang berkaitan dengan bidang.
Kesimpulannya, kerja cikgu & pensyarah lebih kurang. Jika pensyarah mempunyai lebih benefits, relatekan dgn tahap apa yang dia perlu buat. Jika cikgu pula mempunyai kelebihan, relatekan pula dengan challanges yang mereka hadapi. wassalam.
cuba en.mat kedah wat perbandingan ngn skim DH lak..sy rs DH lg kesian huhu+plus2 kn skali elaun yg kite xdpt dr skim DS n DG
betul…keja kena buat lebih kurang sama mcm cikgu…ramai yg tak tau pensyarah politeknik dulu adalah cikgu (gred DG) sbb berada dibawah kementerian pelajaran (masa zaman paklah) dan berada dibawah kementerian pendidikan (masa zaman mahathir) skrng jer baru masuk KPT…pastu skrng pakai gred DH…gred DH nie sebenarnya adalah gred guru jgk la mcm DG cuma rebranding jer sbb dah masuk KPT….bukan sama mcm gred pensyarah kat IPTA lain pun…semua orang salah anggap…level gred DH pun x sama dengan gred DM atau DS di universiti…sama jer ngan gred DG…ada master dan phd pun bukan boleh dapat gred DM45 atau DS45 mcm di universiti…masih jgk pakai gred DH41 walaupun ada master dan phd…cuma beza pada T jer…
Pensyarah universiti sekarang, umur bwh 30, kelulusan phd, masuk terus dpt pensyarah kanan (ds51). Gaji sama dgn ds52 (pensyarah kanan). Cuma ds51 ialah gred lantikan.
Jika guru, nak dpt dg44 rasanya kena umur 32 tahun.
Setuju dgn tuan
Bagi guru, masa mula2 stat keje, dapat gaji DG41 P1T4 -kelulusan bidang sastera (dlm RM1967…) Nak naik DG44 kena keje 10 tahun (time-based), terkini 8 tahun, baru dapat gaji DG44 P1T1 (RM2982…). Tapi bagi pensyarah universiti yang baru start keje (mempunyai Master), terus dapat DS45, dengan tangga gaji P1T1 (RM2546…).
Katakan si A baru posting pada 2011 jadi cikgu kat pedalaman Sarawak (eg: Mukah, Kapit dll), dapat gaji P1T4 RM1967 (ada Master pun gaji kat sekolah masih sama). Manakala kawannya yg berijazah Master dapat jadi pensyarah kat universiti pada tahun 2011 di tengah bandaraya dapat gaji DS45 bergaji RM2546. Setelah 5 tahun, gaji guru tadi baru P1T9 (RM2419…) manakala kawannya dalam tempoh yg sama dah berada di tangga DS45 P1T6 (RM3005…)
Dah ler pensyarah tu mengajar budak2 pandai, yg kawannya pulak mengajar budak darjah 1 yg kadang2 nak berak pun kena cikgu basuhkan. Kekadang2 tu ada yg terberak dalam kelas, berbanding pensyarah universiti yg tak pernahpun bau kentut pelajarnnya…
Nasib baik ada time-based, cikgu dapat merasa gred 44, tapi setakat 44 je la, nak naik 52? Boleh kira berapa ramai kat sekolah berbanding dgn universiti yang rata2nya dapat Prof Madya (DS52) dalam usia yg muda.
Jadi gaji siapakah yang lebih besar antara seorang guru dengan seorang pensyarah?
Terima kasih atas komen anda yg “TANPA NAMA”.. namun di ingatkan kepada semua sila masukkan email saudara yg betul. Jika tidak pada masa akan dtg saya terpaksa unapprove sebarang komen.
kau ingat buat master siap satu hari satu malam ke?? biasenya 2thn setgh beb”’
waktu tu kawan2 yg sebaya jadi cikgu dah lama gomo gaji….. faham
satu lagi org yg mls smbg bljr … ngajo budak tak pandailah… kalu korang nk ngajo budok pandai pilah sambung bljr…llll apa susahnya…. baru korang fhm knp pensyrah marah sgt skrg….sbb kami teruk2 belajar… +++perabih masa 2-3 tahun lagi+++bersaing dgn org cerdik2 ms mohon jd pensyrah +++ lbh cerdik pulak tu…. tiba2 smpai masa gaji jadi sama… kene ke tu bro???
satu lagi yg ckp syukur tu aku rase tak paham ttg konsp syukur…..