11.21
Dalam aku dok ushar tangga gaji pensyarah Uitm, aku kini sedar bahawa Skim Perkhidmatan Pensyarah Uitm (Gred DM) ada kekurangannya berbanding dengan Skim Perkhidmatan Pendidikan (Guru Gred DG). DM adalah bermaksud “Didik Mara”, DG pulak bermaksud “Didik Guru”, DS pulak untuk pensyarah IPTA iaitu “Didik Syarah” dan aku pulak dalam skim DH iaitu “Didik Higher”.
Anda mungkin mencari Gaji Penjawat Awam yang baru (Gaji SSM Minimum Maksimum) seperti yang diumukan oleh PM pada 8hb Mac 2012 di perhimpunan Penjawat Awam 2012 di Putrajaya. SILA KLIK SINI
Sebenarnya aku tertarik kepada satu kertas kerja yang dilampirkan oleh Persatuan Akademik Universiti Teknologi Mara mengenai “KERTAS KERJA 1 UNTUK PERTIMBANGAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI & JABATAN PERKHIDMATAN AWAM POLISI KENAIKAN PANGKAT PENSYARAH UNIVERSITI:
LALUAN KERJAYA YANG LEBIH FLEKSIBEL” Klik sini
Nampaknya perkhidmatan pendidkan perguruan adalah terbaik setakat blog ini ditulis. Ini dapat dilihat dari kertas kerja yang membuat perbandingan gaji yang diperolehi oleh oleh skim DM dan lain-lain skim perkhidmatan kerajaan dalam satu gred yang sama.
Sebagai contoh, lihat jadual dibawah:-
Gaji permulaan pensyarah di gred DS45 (P1T1) ialah RM2546.05 manakala bagi seorang guru pada gred DG44 (P1T1) ialah RM2982.99. Maka secara kesimpulannya, seorang guru yg Gred gaji 44 mempunyai gred gaji yang lebih menarik dari seorang yang berstatus pensyrah di gred yang lebih sedikit 45.
Juga terlibat ialah Gred lantikan 52
Berikut ialah perbandingan gred 54
Tunjukkan tanda sokongan anda pada blog saya dengan KLIK IKLAN Nuffnang di sebelah.. Terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya..
Anda mungkin berminat post ini juga:






Bersyukurlah dengan usaha dan rezeki kita…Saya tetap merasakan kerjaya guru adlah terbaik untuk saya dan keluarga…
Assalamualaikum. Umur saya sudah 31 pada tahun ini. Saya ingin membuat part time Bachelor of Education (Mathematics) di OUM. Ijazah dan master saya dalam bidang kejuruteraan. Apakah had umur untuk menjadi seorang guru siswazah di sekolah kerajaan. Saya harap ada jawapan yang terbaik untuk perkara ini dari anda semua. Minat menjadi guru semakin tinggi apabila menjadi pendidik di sekolah swasta ketika ini. Saya harap cita-cita saya ini dapat direalisasikan. Saya sebelum ini sudah memohon KPLI ttp tidak berjaya. Dan saya merasakan kaedah terakhir belajar dengan pembiayaan sendiri untuk menjadi guru di OUM. Saya ulang kembali, apa had umur untuk menjadi guru kerana, mungkin tamat pengajian pada umur 34 tahun.
Tapi… Guru nak naik gred 44… kalau tak kaki bodek… 10 tahun jugak bang…
Macam mana pun… ramai pensyarah… termasuk Prof sendiri kata, jadik Guru lebih elok dari jadik pensyarah skrg…
Guru boleh luangkan lebih banyak masa dengan keluarga.
Guru tak payah pening sampai botak kepala, dengan kene buat PhD ler, Research itu ini ler dsbagainya…
Masing2 ada pro dan kontra…
Gaji guru MRSM lagi teruk…….dan kerja lagi padat…jadi bersyukurlah apa yang ada. Ada rezeki akan adalah kenaikan gred atau pangkat..
Betui.. setuju dgn rezeki Allah, mudahan kita tidak tergolong dlm org yg kufur nikmat…
perjuangkan la NUTP guru yang ada master naik dg44 terus huhu..ni nak tunggu 8 tahun jenuh 5 tahun ok la..
Tunggu pengumuman DS Muhyidin Yasin pada hari guru ini…
Saya faham keperitan tanpanama apabila dibandingkan gaji guru dengan pensyarah universiti. Saya juga membaca penulisan Lisa yang mengatakan bahawa mereka perlu buat research dan publish; dan dengan itu mereka layak dapat gaji yang lebih tinggi berbanding dengan guru. Tapi Lisa lupa bahawa ramai guru (terutamanya guru yang bergelar “pensyarah maktab” di Institusi Perguruan) yang walaupun membuat research dan publish, masih lagi DG44. Saya kenal pensyarah maktab yang telah produce 20 lebih artikel jurnal (berwasit) dan melaksanakan research di sekolah/maktab/institut, di samping mengajar banyak kursus kat maktab/institut, tapi masih dalam DG44. Saya berani bertaruh Dr. Lisa punya jurnal artikel yang terbit pun tak sampai 20. In fact, boleh lihat cv pensyarah-pensyarah DS52 di IPTA yang terpapar kat website dan ramai yang mempunyai bilangan jurnal yang boleh dikira dengan jari tangan, tak perlu tambah jari kaki. Saya juga dengar yang ramai pensyarah terbit dalam kononnya “international” jurnal, tapi adalah jurnal cikai kerana terpaksa membayar yuran penerbitan dan artikel yang diterbit sebegini penuh dengan kepincangan dan kesalahan tatabahasa dan metodologi. Di Forum sini, mereka bukan angkuh nak kata mereka buat banyak research, dan buat apa banyak research when there is so little publication kalau dibanding dengan guru (pensyarah maktab) yang hanya menerima gaji DG44.
Jadi, saya berpandangan, kalau pensyarah universiti berPhD layak dapat DS52, maka guru sekolah yang mempunyai PhD juga harus diberikan DG52 terus. Apa beza PhD yang dipegang oleh pensyarah universiti dengan PhD yang dipegang oleh guru sekolah? Kalau tiada perbezaan, maka ianya harus diiktiraf secara saksama dengan pemberian gred yang setaraf.
terima kasih mat kedah.. sy bru lepas tgok page pinjaman pendidikan tu.. tp em maaf ye, sy tak perlu amek diploma pendidkan ke ye? ataupun mohon gstt dulu?
Tahniah Nadhrah, sebab minat menjadi seorang pendidik. Menjadi PENDIDIK tugas mulia. Tidak kiralah sebagai guru atau pensyarah.. Biarlah kita menjadi pendidik bukan guru yg mengajar subjek matapelajaran semata.. tapi mendidik dlm aspek kerohanian dan sosial sivik pelajar kita.
Jika anda betul berminat, cuba mohon Pinjaman Pendidikan. InsyaAllah bila dah dpt pinjaman pendidikan dari KPM, automatik anda akan di panggil utk berkhidmat dgn Kementerian Pelajaran Malaysia bila dah graduate kelak.
Jika sekarang ini anda menggunakan PTPTN mungkin laluan utk menjadi guru agak sukar kerana kebiasaan KPM akan beri peluang pemegang pinjaman KPM terlebih dahulu.
Namun rezeki Allah swt yg maha mengetahui. Mungkin niat saudari yg mendalam utk menjadi seorang guru akan dipermudahkan urusan oleh Allah swt dalam mengejar cita-cita.. Teruskan niat yg mulia ini dan sama-samalah berdoa semoga saudari menjadi seorang guru.
Jika rakan-rakan pembaca mempunyai jawapan lebih bernas dan positif utk adik nadhrah ini. Marilah kongsi bersama.
salam… saya nak tny,, sy ni pelajar utm taun 2 fakulti sains,, skrg bwat part time ckgu tuisyen.. ble lama2 ajar ni,, timbul minat nak jd cikgu dan sy dah nekad. jd sy nak tny kpd yg tahu di sini.. macam mane sy nak apply jd ckgu sekolah menengah ye? pointer kena dapat berapa? sy risau sgt2 sbb sy bkn la plajar yg pandai.. tp sy nak sgt jd seorang guru..
Salam,
Bagi sya, apa yg perlu dibuat skrg adalah menyamakan nilai tangga gaji DS 52 dan DG 52.
Banyak sangat bezanya tu (Refer pada Blog MAt Kedah). Pasal workloads DS dan DG x kisah lah, sape suruh pilih kerje tu…kalau rasa beban berhenti ajer…..
Secara ikhlasnya, kerja sebagai pensyarah kanan dan gaji yg diterima adalah x berbaloi, dgn kata lain kerja yg dibuat x sama dengan ganjaran yg dapat. Naikkan lah tangga gaji DS 52 supaya setara dengan jawatan2 lain.
saya sgt setuju dgn tanpanama…kini ds45 dan ds51 boleh dinikmati orang muda asalkan ada master dan phD. x perlu tunggu time-based…sedangkan guru bermati-matian kerja, naik pangkat tpaksa tunggu 8 tahun..kemudian master untuk phD bagi guru x diiktiraf kecuali mohon utk jd pensyarah IPG atau matrikulasi dan juga kolej2 di bawah kpm bg post DG 44 dgn syarat ada master dan mesti 5 tahun time-based. cuma saya nmpk cikgu boleh skip jadual gaji guru biasa dan untung sikit bila ada phD dan mohon jawatan pensyarah DS51…tu pon kalo mohon masa muda2..kalo nk tunggu DG52 lambat la ceritanya…
Terimakasih Ustaz Saiful, pandangan tuan memang bernas.. saya setuju dengan tuan… Setiap seseorang telah ditentukan rezeki oleh Allah swt.. Background tuan cukup menginsafkan kami semua.. Tahniah atas kedudukan tuan hari ni.. semoga Allah merahmati tuan sekeluarga..
Salam…skim yang disediakan memang ada lebih dan kurangnya…mustahil untuk mencapai kesempurnaan. Itu hanya hak Allah sahaja. Walaupun demikian, kesemua skim tersebut menekankan usaha, komitmen dan kesungguhan untuk mencapai tahap yang lebih baik. Berpadalah dengan apa yang diperoleh selepas berusaha kerana itulah rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah dan bersyukurlah di atas nikmat yang diberikan. Kadang-kadang kita alpa bahawa rezeki yang diberikan itu adalah hak Allah, bukan hak kita. Ada yang dah usaha, belum dapat dan ada juga sebaliknya. Kalau ada sedikit sebanyak rasa tidak puas hati tu…cuba cubalah lihat kepada yang tidak bernasib baik…akan terasalah betapa beruntungnya diri kita…pandangan saya sebagai abang sulung kepada anak yatim 8 orang dan seorang ibu…yang pernah bekerja sebagai attendan pam minyak, penjual buah pasar malam, guru sandaran 6 tahun, pensyarah dm 45 dan pensyarah kanan dm52.
manusia tidak akan puas selagi masih hidup…bersyukur dengan apa yang ada
Mat Kedah hang banding matrik tang nak naik berapa tahun nak sampai DG52 hang tak banding plak….buat perbandingan jangan satu angle je Der…..
takd cikgu takd pensyarah… ke takda pensyarah takda cikgu….
Mana-mana jawatan pun sama je…kalau da kerajaan itu je based line kita pun…nak lebih kena la wat part time job hehe…nak pertikai lebih2 pun bukan berubah setakat berapa percent je lain la jusa A, B, C memang kenaikan gempak…kita ni setakat cukup mkan..banyak pun habis sikit pun lagi cepat habis…kita yang memainkan peranan untuk pilihan kerjaya masa depan kita jadi terima saja la apa yang da termaktub…okey la tu 10tahun 8 tahun da naik yang kerja kerajaan lain dalam gred kejuruteraan contoh J17, J29, J41 dan J44 walau 10tahun, 15 tahun pun belum tentu dapat naik walaupun ada master, phD…kelulusan apa lagi yang tak de..mat kedah cuma buat research utk share sama2 so kita baca renung pastu paling kuat fikir dan tak dapat buat apa2 pun…bila tension tutup je hehe..
saya rasa tak perlu kita persoalkan kerja siapa yang lebih…kerja siapa yang kurang…CIKGU atau PENSYARAH…kalau dah tahu kerja tu ‘lebih’ kenapa kita pilih juga…jadi, kita sebenarnya yang memilih kerja yang ‘lebih’ tu….ramai di luar sana yang menganggur dan kerja yang tak setaraf dengan taraf pendidikan mereka…cthnya ada Ijazah tapi hanya mampu berada di KFC, McD dan sebagai penghantar Pizza pun ada. Jadi renungkanlah wahai sahabat2 sekalian. Semoga anda tenang dengan ujian ALLAH dengan membuat kerja “lebih”.
eh2 kau orang ni memang jakun le.saya pun pensyarah jugak. walaupun pensyarah kerjar lebih berat berbanding guru.saya berpuas hati sebab pensyarah tak perlu tunggu lama,semua pensyarah buat untuk naik gaji cepat.dari segi tempoh perkhidmatan guru kena keje lame untuk naik gred gaji.perbezaan pensyarah keje 10 thun dan guru keja 10 tahun dah tentu gaji pensyarah lg banyak sebab DS ni naik dengan cepat.kesimpulanya gaji pensyarah lagi banyak.guru ni buat keje banyak tp kena tggu lama jugak nak naik pun.bersyukurle apa yang ada..orang bodoh pun boleh dapat gaji besar dari pensyarah dan guru.jadi tak payah buat perbandingan,semua orang tahu
memang la tanpa cikgu, takde la perdana menteri, takde la pensyarah, dan sebagainya.. habis kalau nak berdasarkan sebab itu, gaji cikgu kena tinggi la? kalu camtu, gaji perdana menteri pon bagi macam gaji cekgu je la..
cikgu dan pensyarah ni boleh diumpamakan macam driver teksi dan driver kapal terbang (aka pilot)… memang la dua2 sibuk.. tapi tanggungjawab yang dipikul? pikir lah sendiri.
yes cikgu memang banyak aktiviti, sukan, mentadbir, dan lain lain.. tapi pensyarah lagiii sibuk.. dengan research, mengajar, mentadbir sesuatu pusat atau research centre, urusan luar negara, attend conference, journal dan sebagainya…
kepada cikgu-cikgu, sila jangan sesuka hati nak kata gaji pensyarah perlu sama atau lebih kurang ngan gaji korang ye.. tanggungjawab pensyarah jauh lebih besar dari anda.
Respek la.. memang benar pensyarah byk tugasnya.. dah la cuti tahunan <30 hari setahun, kena buat research, antar paper dan journal, selia student PSM, student Master, PHD.. lepas tue pensyarah kena buat tugas MQA dan EAC (Engineering). nak naik pangkat bukan ikut time based.. ikut pada kelulusan dan jumlah research dan pelbagai lagi.. syabas atas draft ini
apa pun ade pro n kontranye…usaha lebih dapat lebih..The more you pay , the more you get..cikgu ke pensyarah ke, pada saya sama, kedua-duanye ade tugasan yang sama dan ade yang berbeza, ade lebih dan ade yang kurang…kurang elok dipertikaikan…paling penting adalah perlaksnaan amanah dan tanggungjawab…ikhlas dan amanah adalah kunci untuk rasa bersyukur dan rasa bertuhan…InsyaAllah hidup mencukupi dan diberkati..
“Dah ler pensyarah tu mengajar budak2 pandai,”
lol. Masih ramai guru ada persepsi camni terhadap pensyarah. Kesian…
Nak tanya, kalau saya ada Master, masuk sebagai cikgu, adakah gaji saya still gaji permulaan degree?
Ya gaji degree… Tapi kalau Skim DH ada kenaikan 3 tangga.
Niatkan dengan ilmu yg kita ada tu utk pembangunan ummah.cari beza gaji n kerja antara skim2 yg tersebut makin lalai lah kita.
setuju ngan tanpa nama…apapun guru perlu menunggu selama 8tahun -sekarang ni untuk kenaikan DG 44 kalau masuk keje umur 30…umur 38 baru dapat kenaikan gred..sdgkan pensyarah universiti masuk keje je terus dapat DS45.. tak perlu nak tunggu lapan tahun cam guru…tak de lebih dan kurangnya pada mana2 skim,,,sama sahaja…jadi jangan kecoh-kecoh…tak de cikgu tak delah pensyarah,pengawai hatta perdana menteri sekalipun..keje ngan ikhlas dan jadikannya sebagai satu ibadat…
mmgla terus dpt DS45..dh penat2 perah otak belajar smpi master..mmg layak la..tp cikgu xde
master pn bole dpt DG44..syukur la tu wahai cikgu2..
bak kata adik…cikgu kalau bising2 lagi nampak sangat tak bersyukur…orang lain semua kerja separuh mati…dan hidup mcm tak de live…pensyarah lagi kesian…dah gaji tak seberapa..conference kene pakai duit sendiri kalau tak ditanggung, ajar sampai 20-24 jam seminggu…kene advisee student lagi…kene pantau student lagi…dan yang paling teruk…kerja2 admin kene buat jugak…rangka silibus MQA…kene involve dengan NGO…kene bentang paper…kene buat reserach…..kalau tak perform SKT rendah…nak ke kanan pun bukan senang…kene sambung PHD…dan banyak lagi…betul seperti kata yang di atas..menagajr budak besar lagi susah…subjek pulak bukan satu dua…kadang2 sampai 3 ke empat kod kene expert…hari2 kene study sebelum mengajar…jadi cikgu sila bersyukur….
betul tu cikgu2..bersyukurla gaji naik..lg besar plak tu dr graduan ijazah lain..gaji dorg 2500 je..
cikgu dh la cuti banyak,gaji jalan..keja separuh hari..org kilang tu bermati2an kerja..mengajar pn
ntah berapa jam je seminngu..pensyarah sampai >24 jam..wekend pn kene ngajar lg..ckgu ngajar pulak
1 mata pelajaran je..ulang2 bende tu je..pensyarah bertukar2 subjek setiap sem..setiap sem ye bkn
setiap tahun!! kalo gaji ckgu naik lg..xtau la den nak kato apo..huhu
Meminjam kata Cikgu Ramli Jusoh di SMK Kota Marudu Sabah pada tahun 1989, kepada guru lepasan STPM yang komplain Guru Ijazah bergaji lebih besar tapi buat kerja yang sama: ” Kalau awak rasa awak layak jadi Guru berijazah, masuk Universitilah, dan keluar jadi guru berijazah” === Kalau dah ada Master, mohonlah jadi pensyarah, mana tahu dapat diterima.
Saya teruja dengan semangat Encik Tajul Ahmad yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan (dari Sekolah ke Peringkat Pengajian inggi). Terima kasih atas komentar anda dan juga rakan-rakan yang lain..
salam,
Ada benar dan ada tidak benarnya tentang kenyataan yang dibuat. Dulu saya seorang guru (16 tahun di sekolah) sekarang dah 5 tahun sebg pensyarah di IPTA. Memang banyak perbezaan dia antara guru dan pensyarah. Namun untuk ke DS51 seperti di dakwa akan diberikan kepada pemohon yang memiliki ijazah Phd, tidak semua IPTA yang melaksanakannya. Di setengah2 IPTA yang lama, untuk menjadi pensyarah biasa, memerlukan kelayakan Phd, kalau tidak akan dilantik sebagai tutor sahaja, ada satu kes di tempat saya masuk dengan masters dan dapat DS45, baru seminggu daftar dah terus sambung buat PhD. dan bila balik PhD masih kekal di DS45 tetapi di berikan HPG (hadiah Pergerakan gaji) sebanyak 3 mata tangga ke depan. sampai sekarang masih belum dpt DS52 (Pensyarah kanan). Mungkin pihak uni melihat keseluruhan sumbangan dia kepada uni masih belum ada, dan paper yang dipublish sama ada di conference atau journal masih tidak mencukupi. Rasanya sekarang kelayakan masuk untuk menjadi pensyarah pun telah diperkatatkan iaitu mesti menggunakan ijazah PhD.
Di peringkat perguruan, mereka mempunyai time-based di mana sama ada cikgu tersebut perform atau tidak, tidak menjadi masalah untuk naik ke gred. Mereka juga mempunyai kaedah merit-based yang mana jika mereka cemerlang mereka boleh naik gred lebih awal lagi (laluan untuk guru cemerlang) tanpa menunggu tempoh masa tertentu seperti guru yang naik gred dengan menggunakan laluan time-based.
Berbeza dengan pensyarah di IPTA. mereka hanya ada merit-based sahaja di mana jika dah cukup point2 tertentu dalam PnP, penyelidikan, penulisan dan penerbitan, perundingan serta perkhidmatan. Yang mana tidak di lakukan oleh guru keculai Pengajaran dan Pembelajaran sahaja. Ini lah yang menyebabkan ada sesetengah pensyarah yang berpencen di gred DS45 sahaja tanpa kenaikan pangkat. Bukan mudah untuk dapat gelaran pensyarah kanan/penolong prof, prof madya, nak sampai gred VK7 untuk Prof apa tah lagi.
Namun setiap kerja ada pro dan cons je. Tapi ini semua adalah pilihan kita, kalau kita tak mampu nak buat sesuatu kerja, jangan kita kata kerja org lain lebih relaks dan rehat. Kalau kita nak kerja seperti mereka yang kita anggap kurang bebanan, letak jawatan dan mohon lah jawatan tersebut. Bukan susah pun nak paham.
Untuk makluman rakan2. Dlu sy bermula dari bawah. Dengan ada kelayakan SPM sy layak dan diterima belajar di UiTM (dlu ITM). tetapi kena korbankan itu semua kerana keluarga saya bukan org berada. Sy keluar dari UiTM tersebut dan masuk ke maktab perguruan dan keluar dengan gaji SPM pada masa itu sebanyak RM475 (tidak termasuk elaun), Bila kerajaan convert sijil perguruan ke diploma perguruan, dapat lah kenaikan sikit. Saya belajar lagi dan sambung sehingga ke peringkat masters dengan duit sendiri. Saya di lantik sebagai guru DG41 pada tahun 2004, saya abes masters tahun 2005 dan tahun 2006 sy memohon memasuki IPTA sebagai pensyarah DS45. saya kaji syarat2 kenaikan pangkat di IPTA tempat saya bekerja, saya banyakan penyeliaan pelajar, penulisan buku dan paper, banyak kan buat khidmat masyarakat, banyak kan resesearh dan perundingan. Alhamdulilah, selepas 4 tahun bekerja sebagai pensyarah DS45, saya memohon jawatan ke pensyarah kanan DS52 dan dapat. Bukan susah pun. yang penting usaha. Jika saya masih di seklolah, kawan2 yg sama dengan saya baru dapat DG44. Kini saya sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD dan dh nak abes. target saya ialah penulisan paper dan journal untuk sy bawa balik sebagai point untuk saya memohon jawatan seterus nya ke DS54 sebagai prof madya. Jika ada rezeki. Tuhan pun suruh kita berusaha, berusaha je lah, doa dan tawakal. insya ALLAH ada ganjaran untuk kita. AMIN
Jika dibandigkan antara DG44 & DS 45 memanglah nampak gaji DG 44 lebih tinggi. Tapi untuk ke DG 44 memerlukan minimum 8 tahun time based. Tapi skim DS 45 adalah untuk persyarah lantikan pertama dgn kelulusan master. Tp kalau dalam skim DG ada master atau PHD sekalipun, masih DG 41dan untuk kenaikan pangkat ke DG 44 masih perlu melalui prosedur biasa kenaikan pangkat dalam skim DG. Jadi pada pandangan saya (yang bukan guru ni), skim DG ni lebih diwarwarkan oleh pihak2 atasan. Kalau dibandingkan dgn skim M @ J (pada masa sekarang), 8 tahun tu mungkin dah dapat 48.
Assalamualaikum,
Dua-dua kerjaya ada lebih dan kurang.. kita tak boleh nak simpulkan kerjaya guru lebih mencabar + susah + etc drpd pensyarah.. begitu juga sebaliknya.. Jika “Tanpanama” lebih bias kepada Cikgu. Saya akan memberi contoh dari pandangan pensyarah pula. Contoh perbezaan:
Syarat2 sah jawatan pensyarah;
1) min 3 tahun berkhidmat 2) markah SKT mesti ada kenaikan walaupun hanya 1 setiap tahun 3) menghasilkan thesis 4) lulus induksi 5) SKT atas 75% 5) hadir kursus asas pengajaran.
Scope pekerjaan:
1) waktu bekerja:
Teaching hour – min 16 hours per week. Selalunya 18 – 20 hours per week. 18 jam seminggu akan digunakan untuk mengajar sahaja. Tidak termasuk jadi advisor student research (min 6 students setiap pensyarah) + supervisor utk praktikal student + AJK untuk persatuan / majlis etc. + menghasilkan thesis, journal + menyertai conferences, proceedings
Situation: Isnin – Jumaat ditugaskan untuk mengajar 4-6 jam sehari, so ada balance 2 – 4 jam sehari untuk settlekan urusan seperti dinyatakan diatas. Untuk advise student research memerlukan 1 jam setiap student. darabkan dengan min 6 students. Ada sesetengah pensyarah diberi tanggungjawab untuk supervise 15 students research. Masa memang tidak cukup, kadang2 banyak kelas perlu dibatalkan untuk menyiapkan kerja2 yang lain. Di universiti, pensyarah perlu menggantikan kelas yang dibatalkan. Oleh itu antara waktu yang free antara student & pensyarah ialah waktu malam / weekend. Tugas2 untuk marking quiz, test, individual assignment, project assignment, presentation, final paper, exercise / revision, report praktikal, final project (thesis) perlu dibawa pulang kerumah. Pada cuti semester, pensyarah perlu mengajar pelajar intersesi dan pulun habis untuk hasilkan thesis & journal.
2) Job responsibility
Lebih kurang macam cikgu. Mengajar budak-budak tp dah dewasa dan tak semestinya pandai. Siapa kata budak2 U ni pandai2? kalau pandai2, takkan ada kes khalwat, buang bayi etc. Diorang pandai +bijak memanupulasi keadaan. Jika tanpanama point out cikgu perlu basuh berak pelajar, itu hanya merangkumi pelajar darjah 1-2.. bagaimana dengan yang lain? Saya dulu pun cikgu panggil suruh basuh berak adik saya. Dia tak basuh pun. Student2 U ada hak untuk menyuruh pihak fakulti untuk melakukan penyemakkan semula jika mereka tak berpuas hati. student U lebih open untuk mempertahankan diri. Lecturer need to treat them as an adult and at the same time as a child.
Jika cikgu boleh tidak dtg kerja pada cuti sekolah melainkan ada meeting or so whatever, berlainan dgn pensyarah yang masih perlu datang ke pejabat walaupun cuti semester.
Jika cikgu bising dengan workload (meeting, kursus, marking paper, panitia etc). Sama juga dgn pensyarah, apa yang cikgu perlu buat pensyarah juga perlu buat. Cuma pensyarah ada extra work lagi la. pensyarah perlu sentiasa publish journal, research etc. Pensyarah bukan hanya tanda kertas peperiksaan atau kerja rumah pelajar. ditambah pula untuk menilai quiz, test, individual assignment, project assignment, presentation, final paper, exercise / revision, report praktikal, final project (thesis).
3) kenaikan gred
I think, berbaloi la dengan usaha yang perlu dilakukan untuk naik pangkat. Untuk menghasilkan research bukannya senang. It takes a lot of time. Pensyarah terpaksa mengorbankan masa bersama family untuk menghasilkan research yang berkualiti. 1 research standard mengambil masa 2-3 tahun. This task will be never ending sampailah bersara. mengajar + hasilkan research + guide student untuk hasilkan research. Why not buat memorandum untuk cikgu-cikgu sekolah supaya layak mendapat kenaikan pangkat seperti pensyarah (Prof Madya, Prof). Tapi perlu menghasilkan research2 berkenaan pendidikan and keep track with the latest journals & articles yang berkaitan dengan bidang.
Kesimpulannya, kerja cikgu & pensyarah lebih kurang. Jika pensyarah mempunyai lebih benefits, relatekan dgn tahap apa yang dia perlu buat. Jika cikgu pula mempunyai kelebihan, relatekan pula dengan challanges yang mereka hadapi. wassalam.
cuba en.mat kedah wat perbandingan ngn skim DH lak..sy rs DH lg kesian huhu+plus2 kn skali elaun yg kite xdpt dr skim DS n DG
Pensyarah universiti sekarang, umur bwh 30, kelulusan phd, masuk terus dpt pensyarah kanan (ds51). Gaji sama dgn ds52 (pensyarah kanan). Cuma ds51 ialah gred lantikan.
Jika guru, nak dpt dg44 rasanya kena umur 32 tahun.
Setuju dgn tuan
Bagi guru, masa mula2 stat keje, dapat gaji DG41 P1T4 -kelulusan bidang sastera (dlm RM1967…) Nak naik DG44 kena keje 10 tahun (time-based), terkini 8 tahun, baru dapat gaji DG44 P1T1 (RM2982…). Tapi bagi pensyarah universiti yang baru start keje (mempunyai Master), terus dapat DS45, dengan tangga gaji P1T1 (RM2546…).
Katakan si A baru posting pada 2011 jadi cikgu kat pedalaman Sarawak (eg: Mukah, Kapit dll), dapat gaji P1T4 RM1967 (ada Master pun gaji kat sekolah masih sama). Manakala kawannya yg berijazah Master dapat jadi pensyarah kat universiti pada tahun 2011 di tengah bandaraya dapat gaji DS45 bergaji RM2546. Setelah 5 tahun, gaji guru tadi baru P1T9 (RM2419…) manakala kawannya dalam tempoh yg sama dah berada di tangga DS45 P1T6 (RM3005…)
Dah ler pensyarah tu mengajar budak2 pandai, yg kawannya pulak mengajar budak darjah 1 yg kadang2 nak berak pun kena cikgu basuhkan. Kekadang2 tu ada yg terberak dalam kelas, berbanding pensyarah universiti yg tak pernahpun bau kentut pelajarnnya…
Nasib baik ada time-based, cikgu dapat merasa gred 44, tapi setakat 44 je la, nak naik 52? Boleh kira berapa ramai kat sekolah berbanding dgn universiti yang rata2nya dapat Prof Madya (DS52) dalam usia yg muda.
Jadi gaji siapakah yang lebih besar antara seorang guru dengan seorang pensyarah?
Terima kasih atas komen anda yg “TANPA NAMA”.. namun di ingatkan kepada semua sila masukkan email saudara yg betul. Jika tidak pada masa akan dtg saya terpaksa unapprove sebarang komen.