MaT KeDaH

ALL ABOUT MY LIFE

  • HOME
  • About
  • IKLAN kat MaTKeDaH
  • POLITEKNIK
    • 1L5G
    • DEP S4
  • rss feed
2011
10.01

No Akaun CDS

Category: Macam-Macam / Tag: Financial, Investment, Saham / Add Comment

Semalam aku terima dua surat dari Bursa Malaysia memaklumkan tentang no akaun CDS aku. No akaun CDS penting utk sebarang transaksi Bursa Malaysia. Jika anda nak beli IPO (Initial Public Offer) pun kena ada no akaun ni terlebih dahulu. Tujuan aku buka akaun CDS adalah kerana nak beli IPO Gas Malaysia yg akan ditawar kan tak lama lagi (itupun kalau permohonan IPO aku berjaya).

Cara bagaimana nak dapatkan no akaun CDS ini tak susah pun. Anda pergi kat mana-mana Investment Bank seperti OSK Investment Bank. Kemudian bagitau nak buka akaun CDS, dan bayaran RM 10 dikenakan.

image

Bila dah ada no akaun CDS, mudah lah utk anda nak beli mana-mana saham IPO yg ditawar kepada org awam kelak. PERMOHONAN Pembelian saham IPO boleh dibuat melalui mesin ATM Maybank atau CIMB sahaja. Pembelian secara online melalui website bank tersebut tadi juga boleh dilakukan. Jadi buat semua bumiputera diluar sana rebut lah peluang melabur dlm saham-saham IPO ini sekiranya anda berkemampuan.

Cerita kat bawah ni aku quote dari Mynewstory.net

Central Depository System (CDS) merupakan akaun elektronik yang dikawal selia oleh Malaysian Central Depository (MCD) atau kini lebih dikenali sebagai Bursa Depository. CDS ini bertindak sebagai wakil kepada pemilik saham yang dimiliki yang sedang di dagangkan di Bursa Malaysia. Akaun ini diperlukan bagi segala urusan transaksi jual beli saham serta rekod pergerakan saham.

Secara ringkasnya, saham yang anda beli atau langgan akan dikreditkan ke akaun anda pada tarikh akhir transaksi, dan akan didebitkan ke akaun apabila anda  menjual saham tersebut.

Untuk membuka akaun CDS, anda perlu pergi ke syarikat broker saham yang berdaftar dengan Bursa Malaysia. Mereka ini juga disebut atau dikenali sebagai Authorized Depository Agent (ADA). Senarai syarikat broker berdaftar yang diiktiraf oleh Bursa Malaysia boleh kamu perolehi disini – Senarai Broker.

Terdapat dua akaun yang disediakan untuk membuka akaun CDS iaitu sama ada secara individu ataupun syarikat. Jika anda seorang pelabur individu, anda boleh pergi ke sebuah ADA pilihan dan;

  • Melengkapkan borang Pembukaan Akaun dan dua (2) Contoh Tanda Tangan Kad.
  • Untuk Warganegara Malaysia, dokumen di atas perlu diserahkan bersama dengan dua (2) salinan Kad Pengenalan yang disahkan.
  • Manakala untuk warga asing,  perlu membayar kos Pembukaan Akaun dan menyerahkan dua (2) salinan pasport yang disahkan.

Jika anda seorang pelabur syarikat, anda diminta untuk;

  • Melengkapkan borang Pembukaan Akaun dan dua (2) Contoh Tanda Tangan Kad.
  • Menyerahkan dokumen di atas perlu diserahkan bersama dengan dua (2) salinan semua supporting document yang diperlukan (contohnya Certificate of Incorporation, Resolusi Majlis, dll) bersama-sama dengan kos Pembukaan Akaun.

Selepas semua dokumen terbabit diserahkan dan disahkan, syarikat broker saham akan membuka akaun CDS dan memberikan nombor akaun CDS kamu. Kos untuk membuka akaun CDS RM10.  Jika anda dibantu oleh remisier, pastikan anda mengambil no telefon remiser terbabit untuk rujukan di masa akan datang.

Kaedah Memohon IPO secara Online Banking

Gambar di bawah ini diambil dari laman web Bursa Malaysia. Sebagaimana dinyatakan dalam gambar, ada 2 cara untuk memohon IPO. Kaedah #1 adalah dengan memohon menggunakan borang pendaftaran melalui syarikat broker, dan kaedah #2 adalah menggunakan melalui ATM. Untuk perbankan online, hal ini sama seperti mana memohon secara ATM.

Langkah memohon IPO melalui CIMB Clicks

  1. Login akaun melalui www.cimbclicks.com.my
  2. Pada menu utama, klik pada eIPO dibawah menu Manage My Wealth
  3. Pada menu kiri, klik pada Apply Now
  4. Senarai IPO ditawarkan akan ditunjukkan. Tanda pada  IPO yang diingini dan klik pada butang Apply.
  5. Baca dokumen DECLARATION. Jika aku bersetuju dengannya, tanda  I have read the…. dan klik butangAgree & Submit.
  6. Laman permohonan akan dipaparkan. Masukkan segala maklumat yang diperlukan seperti nombor akaun CDS dan jumlah lot saham yang kamu inginkan dan tekan butang Submit. 1 lot = 100 unit.
  7. Laman Pengesahan akan dipaparkan. Semak segala butiran yang dipaparkan dan tekan butang Submituntuk melengkapkan permohonan.

Langkah memohon IPO melalui Maybank2U

  1. Login akaun melalui www.maybank2u.com.my
  2. Pada header menu, klik pada Investment atau menu Investment di laman utama.
  3. Pada laman All Invesment, klik pada eShare.
  4. Senarai IPO ditawarkan akan ditunjukkan. Tanda pada  IPO yang diingini dan klik pada butang Apply.
  5. Laman permohonan akan dipaparkan. Masukkan segala maklumat yang diperlukan seperti nombor akaun CDS dan jumlah lot saham yang kamu inginkan dan tekan butang Submit. 1 lot = 100 unit.
  6. Laman Pengesahan akan dipaparkan. Semak segala butiran yang dipaparkan dan tekan butang Submituntuk melengkapkan permohonan.

Thanks to bebas hutang web for this tips.

Posted from WordPress for Android

Anda mungkin berminat post ini juga:
Jalan - Jalan SABAH (PART VI ~ Jesellton Point, Pulau Mamutik, Pulau Sapi, & Pulau Manukan)
Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands
MRTA vs MLTA

4 comments so far

Add Your Comment
  1. Reply
    mdlaili said: 2012.07.25 08:43

    mat kalau saya nak jual saham tapi akaun cds saya lama tak aktif, macamana nak tau akaun tu masih boleh guna. Lagi satu kalau nak jual saham boleh pergi ke wakil2 broker saham mcm kenanga Inv. tu ke. Saya lama x main saham IPO dah lupa lah.

    • Reply
      MAT KEDAH said: 2012.07.25 22:18

      CDS kalau dah 3 tahun tak ada transaksi better buka akaun CDS baru.. Kalau nak jual boleh gunakan remisier, tapi permohonan IPO melalui MITI kena buat sendiri atau permohonan melalui eshare ONLINE banking atau ATM pun sendiri dan bila dah berjaya CDS akan ada allocation unit yg dapat.. Masa tu boleh laa jual sendiri tanpa guna remisier dan caj nya lebih murah

  2. Reply
    Khairul said: 2012.07.04 11:00

    Berapa caj beli IPO melalui maybank2u?

    • Reply
      Mat Kedah said: 2012.07.05 09:57

      RM 1 sahaja

Your Comment

Change mind? Click here to cancel.

  • Iklan kejap


     Powered by Max Banner Ads 
  • Hadis


    Random Hadith Widget
  • LIKE it OKAY..

  • Tinggalkan Komen FB anda

  • Tweet Me

  • Where I am

  • Tag

    2013 AirAsia Alor Star ASNB Berita Bisnes DIY Education Emas Evamatik FGVH Financial Gadjet Gold Government HAK KITA Investment IPO Jalan Jalan Jamboree Kedah Kerajaan Kuching Makan-makan MITI Mountain Bike MOVIE REVIEW MTB Challenge MTB review MTB Trails My Family NEWS Pelaburan Pemandangan Penang Penjawat Awam Politeknik Promotion Rakan-rakan Saham Sarawak Sport Tanah Tikar Tiket
  • Komentar terkini

    • cars on Tips Membeli Tiket AirAsia dengan MURAH
    • Sheri on Perutusan Hari Raya dari MATKEDAH.COM
    • reviews on Bos AirAsia memang BIJAK…
    • Nitric Power Reviews on Kayuhan lepas pantang
    • Recipes For Juicing on Bos AirAsia memang BIJAK…
  • Post terdahulu

  • Post Terkini Mat Kedah

    • Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pinang
    • Derma Darah Kali ke 27
    • Urusan Tanah yang tak kesampaian
    • Selamat Hari Guru (Pendidik)
    • Jalan Jalan HomePro Hatyai, Thailand
    • IKLAN BLOG anda DI matkedah.com
    • Interior Look of New Toyota Vios 2013
    • Tanah Oh Tanah…..
    • Sistem Saraan Transformatif 2013
    • Borang BE bagi Cukai Pendapatan Individu 2012
    • FGVH bagi 8.5sen Final Dividen
    • Beli, Tambun, dan Bina…
    • Jalan Jalan Cari Makan – Restoran Arabian Mendy
    • Jalan Jalan Pak Bara, Thailand
    • Borang Permohonan Perjalanan Pegawai Awam Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian
  • M’sia Cycling Event & Blogs

  • Visitor tracking

    eXTReMe Tracker
  • Live visitor

  • Meta

    • Register
    • Log in
    • Entries RSS
    • Comments RSS
    • WordPress.org
  • Current Online


    widgeo.net
© MaT KeDaH. Powered by Montres and Replique Montre.