MaT KeDaH

ALL ABOUT MY LIFE

  • HOME
  • About
  • IKLAN kat MaTKeDaH
  • POLITEKNIK
    • 1L5G
    • DEP S4
  • rss feed
2011
09.21

Tips Membeli Tiket AirAsia dengan MURAH

Category: Macam-Macam / Tag: AirAsia, Berita, Jalan Jalan / Add Comment

Ramai tak percaya bila aku bagitau yang aku beli tiket AirAsia lebih murah dari tiket bas ekspress Penang-Kuala Lumpur. Selalu soalan dok tanya kat aku, “Macam mana hang dapat tiket?”, “Kena beli awal kaaa?”, “Apa caranya?”. Ok lah bagi merungkai persoalan dan kemalasan aku nak explain berkali-kali, ada baik nya aku berkongsi pengalaman bagaimana cara nak dapatkan tiket murah tu…

Langkah 1.

step1

Pilih destinasi anda pergi dan pulang atau pergi tak kembali.. he he he..

Langkah 2

step2

Semasa tempoh promosi, biasa nya line server AirAsia ni busy, so dia suruh hangpa dok sat kat waiting room.

Langkah 3

step3

selepas penat dok kat waiting room, webpage di atas akan display. Pilihlah harga tiket yang paling murah contohnya PROMO kat atas tu RM0.00

Langkah 4

Jika anda pernah mendaftar (sebaiknya daftar awal sebelum promosi berlangsung). Tick pada nama penumpang yang telah anda SAVE sebelum ini atau jika anda first time, buka tab TETAMU1 tambah penumpang.

step4

Langkah 5

Kat sini trick AirAsia bermula, jangan pilih bagasi jika anda bercadang travel sebagai backpackers yang tidak melebihi 7kg. Beg tersebut boleh dibawa masuk dalam kapal terbang. namun jika beg anda berat dan melebihi amount berat yang dibenarkan, anda HARUS beli BAGASI bagi mengelakkan kos berganda ketika check in di kaunter nanti. Dalam kes saya ini akan pilih TIADA BAGASI, so dapatlah jimat RM0.00

step6

Langkah 6

AirAsia akan trick anda dengan pilihan tempat duduk. Hot Seat RM30 dan pilihan seat biasa RM5. Namun jika anda tidak kisah untuk ditempat di mana-mana kerusi. KLIK OK pada kedua-dua pop up seperti tertunjuk dibawah.

step8

Langkah 7

Ini satu lagi taktik AirAsia nak cari untung, AA akan auto set up pembelian AirAsia Insurance. Anda boleh batalkan insurance ini jika tidak perlu. Saya akan batalkan dengan klik pada perkataan “BATAL” yang kecil TERTERA di dalam kotak oren yang telah saya bulatkkan.

step9

Pop Up menu akan keluar mengingatkan anda utk membeli insuran. Saya tetap tidak membeli, jadi pada ketika ini KLIK butang CANCEL.

step10

Kemudian page seterusknya akan memaparkan kepastian pembelian insuran. jadi TERUSKAN jika anda pasti tidak mahu insuran.

step11

Langkah 8

Langkah penjimatan terakhir ialah dengan membuat pembayaran secara DEBIT LANGSUNG. Sekiranya anda menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT, AirAsia akan mengenakan caj bagi bayaran pemprosesan. Jadi bayarlah dengan DEBIT LANGSUNG jika anda berkemampuan. Namun jika anda kaya dan tak kisah berhutang dengan kad kredit atau Kad debit.. di persilakan…

step12

Pilihlah bank yang anda miliki.

step13

Akhir sekali, setelah semua urusan berjaya, paparan dibawah akan menunjukkan anda telah DISAHKAN berjaya membeli tiket AirAsia ini dengan harga yang murah.

step14

Sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan anda. Tekan butang share di bawah dan SUDI-SUDIlah KLIK IKLAN Nuffnang saya kat SIDEBAR tu bagi menunjukkan TANDA TERIMA KASIH ANDA.. Wassalam.

Anda mungkin berminat post ini juga:
Eid D'Fitri d' POLIKU
"GAMELAN INDONESIAN RESTAURANT & LOUNGE"
MIDF Research sets FGVH post-listing target price at RM5.30

43 comments so far

Add Your Comment
  1. Reply
    zyzye wiwin said: 2013.02.05 01:09

    tiket dah abis ke ?

  2. Reply
    feyfey_yayish said: 2013.01.20 05:40

    wah ! best la mcm tu kan mat kedah ? saye pon nak pergi holiday dgn family , 14 org, tp xtau nak pergi mana lagi, maybe ke bandung. tapi , kalau nak ke oversea boleh dpt murah jgak ke ?

  3. Reply
    azri said: 2013.01.09 09:28

    salam.boleh tlg ajar mcm mna nk booking murah.ada promosi ke 2012.mohon tunjuk ajar huhu

  4. Reply
    nadia said: 2012.12.31 18:24

    Info menarik :)
    sekarang bisa akses tiket penerbangan sendiri seperti agen tiket pesawat. trus dapat keuntungan pula dari setiap komisi pembelian tiket. Masuk ke sistem cuma daftar Rp.100.000,- gw kira nipu ehh ga tau nya bukan :p
    very recomended! silahkan cek link dibawah ini
    http://kiostiket.com/?id=tripbaru

  5. Reply
    mat kedah jugak said: 2012.12.23 11:46

    terima kasih banyak2 mat kedah, anda memang terer.. info anda sangat sangat berguna pada saya.. kalau saya jumpak anda, saya nak belanja ayaq dengan roti canai..

  6. Reply
    muz said: 2012.12.12 06:07

    pembayaran secara debit langsung ni,mcm mana kita nak pastikan yg bank kita ni,dan online kah blum..klw blum mcm mana nak buat perbankan secara online…??

    • Reply
      MAT KEDAH said: 2012.12.12 10:49

      Akan ada pengesahan secara Log Masuk semasa nak bayar… just follow step by step dan jgn refresh atau back button jer semasa proses pembayaran sedang berjalan..

  7. Reply
    muz said: 2012.12.12 06:02

    pembayaran secara debit langsung ni,mcm mana kita nak pastikan yg bank kita ni,boleh buat perbankan cara online atau x..
    Klw x,mcm mana nak aktifkan perbankan cara online…??

  8. Reply
    elan edora said: 2012.11.16 13:03

    salam che mat…akk mmg dok tgh nak book ke kuching 7hb 3 2013 n nak blik ke kl 9hb tu. nak kena daftar dulu ya utk dpt tiket murah? akk still x brp faham laaa..he he maaf ya

  9. Reply
    laily said: 2012.09.17 19:30

    sebelum step 1 tu kena log in dulu x?

    • Reply
      Mat Kedah said: 2012.09.21 15:49

      lebih baik log in dahulu…

  10. Reply
    tyra said: 2012.08.30 10:02

    salam. . pasal step 1 tu kan. . just isi je ke destinasi. .ta payah pegi page mane2 dulu ke??

  11. Reply
    merpati biru said: 2012.08.29 15:07

    salam…saya xberapa nk paham la..saya pun tgh cari tiket murah ni tuk 12 org mcm tu…tp mahal la…bajet lari sikit…boleh tolong ajaq x? dari kota kinabalu ke penang…12hb-17hb…:)

  12. Reply
    merpati biru said: 2012.08.29 15:03

    salam…saya xpandai sngat nk booking tiket ni…saya pun tgh duk cari tiket yg murah2 sikit tuk 12 org..dr kota kinabalu ke sabah..12hb-17hb.boleh tolong ajar x??hihi..:)

  13. Reply
    Fizy Perlis said: 2012.07.26 02:42

    ASKUM,step yang ke2 tu saya xbrp paham? ade kena klik mn2 ke untk ke waiting room?
    untuk tiket murah xsemua destinasi murah kan, jadi mcmn kita nak tau tiket tu murah selain tgu promosi AA,cara mn lg blh kita jumpa tiket murah?

    • Reply
      MAT KEDAH said: 2012.07.26 07:41

      Step kedua.. kena tunggu saja.. sampai dia tunjuk access utk booking

  14. Reply
    apit said: 2012.07.21 13:26

    boleh tak masukkn n3 tentang prosedur sebelum naik flight..

    • Reply
      MAT KEDAH said: 2012.07.21 21:53

      InsyaAllah jika ada kesempatan saya akan buat..

    • Reply
      MAT KEDAH said: 2012.07.23 21:51

      Okay.. mungkin ini yg anda cari.. saya dah siapkan hari ni http://matkedah.com/blog/2012/07/23/how-to-self-check-in-your-airasia-boarding-pass/

  15. Reply
    apit said: 2012.07.21 12:51

    selepas disahkan..tiket nak dapat kat mana..

    • Reply
      MAT KEDAH said: 2012.07.21 21:53

      Selepas disahkan.. anda boleh buka “mengurus tempahan” dan check in boleh dibuat seminggu sebelum penerbangan.. lepas dah check in, boleh print boarding pass (tiket) dan bawa ke airport semasa hari nak naik kapal terbang

      • Reply
        apit said: 2012.07.23 12:25

        owh..macam to0..so masa kat airport nnti just tunjuk boarding pass yg dh print tu la..tak kene pegi kaunter la macam tu?..

        • Reply
          MAT KEDAH said: 2012.07.23 12:55

          Jika tiada bagasi utk di check in, jadi tak perlu lah ke Kaunter…

  16. Reply
    sue said: 2012.07.17 16:37

    sekarang AA tgh ada promo untuk perjalanan dari Jan-Mei 2013…tambang sehala RM24….saya dah berjaya book untuk 10 orang untuk perjalanan tahun depan…

    • Reply
      MAT KEDAH said: 2012.07.20 16:43

      Tahniah.. memang terbaeklah……

    • Reply
      elan edora said: 2012.11.16 13:07

      salam sue…tmbg tu sue nak ke mana? akkak try ggle ke Kuching dr Kl pd 8hb 3 2013. Cmna yee na dpt murah cam tu jg. nak bw anak2…tlg akk skit dik…buat cmna tu

    • Reply
      Embun Pagi said: 2013.05.03 10:03

      bolih tunjuk ajar sye tak macamana cara2 nak dapatkan tiket promo tu, sy dah cuba berkali-kali tapi asik dapat yang harga biasa je….

  17. Reply
    boy said: 2012.07.04 20:57

    Dengar kat hotfm..nak tanya sikit,macamna nak tau AA ada buat promo?biasanya bulan bila ada tempahan untuk promo?

    • Reply
      Mat Kedah said: 2012.07.05 09:59

      kena register dgn AA dan pastikan email dikemaskini

      • Reply
        boy said: 2012.07.05 20:35

        thanks.baru siap register.

  18. Reply
    LUQ said: 2012.07.02 21:42

    Assalam, mana nak click page “promo” dalam website air asia? thanks

    • Reply
      MAT KEDAH said: 2012.07.03 20:48

      tunggu sampai AirAsia buat promosi

  19. Reply
    adam said: 2012.06.29 08:34

    Wah dh masuk Radio Hot FM td, terus aku masuk sini, pandai wat pengiklanan ye..

    Nak tanya, biasanya pukul brp en beli tiket ni.. td dlm radio en ckp beli pada pukul 4pg, btul ke? atau waktu lain, dpt ke tiket murah ni?

    • Reply
      Mat Kedah said: 2012.06.29 19:36

      Biasanya jualan murah AA ni bermula jam 12tgh mlm.. Tapi biasa laa semua org berpusu-pusu masuk server AirAsia sampai jammed.. Jadi the best time to buy at 4am

  20. Reply
    ana said: 2012.05.14 12:08

    Nak tanya, no penempahan selepas booking ticket disahkan kita perlu dapatkan dr mana?untuk online check in? TQ

    • Reply
      MAT KEDAH said: 2012.05.15 08:10

      tengok kat MENGURUS TEMPAHAN..

  21. Reply
    Rajesh Jaafar said: 2012.02.09 21:50

    itu untuk seorang, bagaimana plak kalu ramai, boleh dapat gak ke tambang murah & pilihan tempat duduk setempat.

  22. Reply
    nory zoulkefle said: 2011.12.26 11:37

    lepas langkah terakhir “tempahan disahkan”, apa yg perlu di print? ke x perlu print ape2, boleh terus saje ke lcct ke???

    • Reply
      Mat Kedah said: 2011.12.26 12:16

      Gunakan nombor penempahan utk check in secara online bagi penjimatan RM 10 jika dibuat melalui kaunter check in

  23. Reply
    Fauziah said: 2011.10.21 19:54

    naK tanya laa… apa beza wat pembayaran menggunakan kad kredit dengan debit langsung??

    • Reply
      Mat Kedah said: 2011.10.22 15:03

      debit langsung ialah pemotongan secara terus dari akaun Bank, maksud nya dia akan direct ke M2U atau mana-mana bank secara online dan TIDAK DIKENAKAN SEBARANG CAJ TAMBAHAN. Tapi pembelian dengan kad kredit akan dikenakan caj tambahan RM10.

  24. Reply
    Mat Kedah said: 2011.09.29 17:54

    Saya guna aplikasi skyscanner.

  25. Reply
    Stonezz said: 2011.09.21 20:40

    Ade cube http://fleapy.com x? :)

Your Comment

Change mind? Click here to cancel.

  • Iklan kejap


     Powered by Max Banner Ads 
  • Hadis


    Random Hadith Widget
  • LIKE it OKAY..

  • Tinggalkan Komen FB anda

  • Tweet Me

  • Where I am

  • Tag

    2013 AirAsia Alor Star ASNB Berita Bisnes DIY Education Emas Evamatik FGVH Financial Gadjet Gold Government HAK KITA Investment IPO Jalan Jalan Jamboree Kedah Kerajaan Kuching Makan-makan MITI Mountain Bike MOVIE REVIEW MTB Challenge MTB review MTB Trails My Family NEWS Pelaburan Pemandangan Penang Penjawat Awam Politeknik Promotion Rakan-rakan Saham Sarawak Sport Tanah Tikar Tiket
  • Komentar terkini

    • Sheri on Perutusan Hari Raya dari MATKEDAH.COM
    • reviews on Bos AirAsia memang BIJAK…
    • Nitric Power Reviews on Kayuhan lepas pantang
    • Recipes For Juicing on Bos AirAsia memang BIJAK…
    • www.vegetablejuicingrecipesforweightloss.com on Bos AirAsia memang BIJAK…
  • Post terdahulu

  • Post Terkini Mat Kedah

    • Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pinang
    • Derma Darah Kali ke 27
    • Urusan Tanah yang tak kesampaian
    • Selamat Hari Guru (Pendidik)
    • Jalan Jalan HomePro Hatyai, Thailand
    • IKLAN BLOG anda DI matkedah.com
    • Interior Look of New Toyota Vios 2013
    • Tanah Oh Tanah…..
    • Sistem Saraan Transformatif 2013
    • Borang BE bagi Cukai Pendapatan Individu 2012
    • FGVH bagi 8.5sen Final Dividen
    • Beli, Tambun, dan Bina…
    • Jalan Jalan Cari Makan – Restoran Arabian Mendy
    • Jalan Jalan Pak Bara, Thailand
    • Borang Permohonan Perjalanan Pegawai Awam Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian
  • M’sia Cycling Event & Blogs

  • Visitor tracking

    eXTReMe Tracker
  • Live visitor

  • Meta

    • Register
    • Log in
    • Entries RSS
    • Comments RSS
    • WordPress.org
  • Current Online


    widgeo.net
© MaT KeDaH. Powered by Montres and Replique Montre.