MaT KeDaH

ALL ABOUT MY LIFE

  • HOME
  • About
  • IKLAN kat MaTKeDaH
  • POLITEKNIK
    • 1L5G
    • DEP S4
  • rss feed
2011
04.30

Bayar duit kereta dengan ASB????

Category: Macam-Macam / Tag: Investment / Add Comment

Okey.. kita semua perlukan kereta betui dak? nak pi mana pun sure kena guna keta. Ye la tambahan pulak family dah membesar, kalau takde keta susah nak gerak. takkan nak sumbat anak-anak ataih motor saja. Macam satay… (istilah abang aku kalau nampak budak kampung naik motor sebijik tapi yang menunggangnya 3~4 orang)… tak macam satay cucuk.. he he he…

Yang lelaki baru keluar “U”, mesti tergedik-gedik nak beli keta. Ish mana daknya, satgi awek tak pandang kalau takde keta. Pak Mak Mertua sure kata kita sengkek.. ye laa, keluar “U” katakan.. takkan gaji yang bunyi ribu riban tak mampu nak angkat keta kot… aku pun macam ni laa masa tahun 2002 dulu.. tergedik-gedik nak beli keta. Yang pompuannya pulak mesti kata, ish takkan nak naik motor pi tempat kerja.. susah laa, baju kurung nak angkat kaki, nak kangkang tak manis laaa, hand bag yang harga 3~4 ratus ni pulak takkan nak letak dalam basket jer…

Tapi itu lah hakikatnya… namun aku cuba renung kembali 8 tahun lepas. Pada tahun pertama aku kerja sebagai machai kat kilang… Setiap bulan aku saving RM500~700 semata-mata nak bayaq downpayment keta Waja.. Masa tu kira hebat laa kalau pakai Waja.. tapi apa yg hebatnya… nama pun keta, ada 4 bijik tayar juga.. insuran kena bayar juga, traffic jam kena que juga… Service pulak dok kena kelentong dengan pomen juga….

Jadi apa tujuan aku tulih ni…. ce cite ce cite ce cite……

Begini ceritanya…

Ramai dikalangan orang muda yg baru habis belajar kat universiti bertahun-tahun, lepas tu pulak kerja dan gaji yg dpt setiap bulan sama dengan loan PTPTN satu semester. MESTI dah rasa KUASA MEMBELI makin hebat. Lepas tu mula bercadang nak BELI KETA, dan KAHWIN. Dan banyak kesilapan yang saya perhatikan oleh golongan ini ialah MEMBUAT BAD DEBT seperti BELI KERETA dan PERSONAL LOAN utk KAWIN.

Saya dulu simpan duit selama setahun utk bayar Downpayment Keta. Dan simpan duit Bonus kerja Kilang 2 tahun berturut utk Kahwin. Syukur Alhamdulillah tak buat P.L namun bila baca post pasal thread ASB ni, rasa nyesal pun ada. KENAPA MENYESAL…?? Ye laa kalau laa saya tau kaedah nak generate passive income melalui ASB, saya yakin jika saya buat LOAN ASB RM100k atau 200k di awal kerja tahun 2002.

Dalam tempoh setahun selepas itu sure saya dapat bayar Downpayment keta atau guna dividen ASB utk bayar ansuran keta. Dan continous bayar ansuran keta selama 9tahun dengan hanya guna dividen ASB.
bayangkan hari ini setelah 8tahun berlalu. Jika saya masih meneruskan loan ASB dan dividen utk bayarkan ansuran keta saya. Saya sekali lagi yakin, habis saja loan keta tahun depan (tahun ke 9) confirm masa tu LOAN ASB dan boleh cancel dan dapat duit hasil dari balance principal yg dah bayar.

Example
Jan 2011 – baru kerja
BUAT Loan ASB RM120k
Sebulan kena bayar RM700 (anggap ini macam komitmen bayar keta)

Jan 2012
Katakan ASB bayar dividen 7.5%
Maka RM120kX7.5% = RM9000
Dan masa tu dah rasa nak pakai keta, Maka gunalah duit dividen tu utk bayar BULANAN KERETA ANDA dari Jan-Dis setiap tahun. Saya tau mesti ada soklan tanya, DOWNPAYMENT pulak macam mana? Okey cuba deal dengan sales man tu minta jadi 100% loan. Jangan kasi cash sebab kita nak pakai cash utk roling bayaq Ansuran keta tu nanti.

Jadi….
RM9k/12bulan = RM750 sebulan.
kalau boleh beli la keta yg komitment rendah sikit dlm RM600 sebulan (paling practikal keta SAGA FL full spec pun baru RM580 sebulan). Ini bermaksud anda masih ada lebih RM150 sebulan.
Teruskan membayar Loan ASB RM700 sebulan dan utk loan keta hanya dibayar menggunakan Dividen ASB anda.

9 tahun pun berlalu…..
Maka settle la loan keta anda. Tapi ASB apa cerita..
jika anda rasa dah boring nak teruskan loan, dan nak surrender. Pada tika dan saat itu Loan Amortization anda hanya tinggal RM76605 maka dalam

Sijil RM100k – Loan Amortization RM76.605k.

Ini bermakna anda masih mempunyai DUIT baki yang dipulangkan sebanyak RM23.4k lagi.
So kesimpulannya, dalam kes saya tak guna menyesal sebab tahun depan Loan keta dah tamat. Apa yg saya dpt hanyalah RM700 sebulan kerana itu bayaran bulanan kereta saya. Tapi jika anda menggunakan teknik LOAN ASB UTK BAYAR ANSURAN KERETA. Lepas 9 tahun ANDA DAPAT sejumlah WANG..

Tidakkah itu hebat… Fikir dan renungkanlah.. (JIKA KIRAAN SAYA SALAH HARAP RAKAN YANG EXPERT TOLONG BETULKAN)

Ucapan tahniah kepada adik-adik yg baru grad dan sedar tentang KEBAIKAN ASB dan KONSEP PELABURAN YANG BIJAK. TERUSKAN.. dan anda akan menuju jalan lebih cerah di masa hadapan. Aku sedar semua ni setelah baca FORUM CARIGOLD.COM yang dikongsi tips dan maklumat dari TUAN IKEDA. Kredit utk beliau.

Anda mungkin berminat post ini juga:
Takwim Cuti Sekolah 2012
Jalan-Jalan Pulau Langkawi
Urusan Tanah yang tak kesampaian

6 comments so far

Add Your Comment
  1. Reply
    Hazwan said: 2013.03.26 21:33

    Hebat…. Tapi saya tak faham amortized loan tu? Kenapa 100 k – 76 k? Saya faham 76k dapat sebab 700 x 12 x 9 . Tapi cmne dia pulangkan 20 k lebih tu? Berapa lama loan tu diambil?

    • Reply
      Mat Kedah said: 2013.04.15 14:27

      utk pengiraan Amortized Loan yg lebih tepat sila cari Online Calculator utk Mortgage Loan.. anda mungkin akan dpt nilai kahir utk amortized loan setelah ditolak dari sijil ASB dan baki principal.

  2. Reply
    zul said: 2012.06.23 14:03

    tips satu lagi, simpan duit, bayaran insuran kereta dibayar oleh dividen.

  3. Reply
    eidil said: 2011.12.19 09:22

    sy baru saja buat asb loan 200k bulan nie… n sy byr lumsump 14k++ utk sthun pertama…. then later just tolak dividend saja… sy buat ini utk tujuan long term investmnet or lbih kpd retirement plan…. asb loan is a good invetsment…

    “people who is rich has the money, people who is wealthy has the time”

    • Reply
      Mat Kedah said: 2012.06.19 07:48

      Saya tak galakkan bayar lumpsum… kalau boleh bayar sedikit demi sedikit ikut bayaran yg dikenakan oleh bank.. sebabnya CASH yg masih ada tadi boleh disimpan terlebih dahulu dalam Tabung Haji atau mana-mana saham ASNB. keluarkan sedikit demi sedikit utk bayar Loan anda tadi…

      Dengan cara ni, kita akan generate passive income dari ASB Loan + simpanan dlm TH atau mana-mana saham ASNB

  4. Reply
    Zyash said: 2011.12.09 23:23

    Terima kasih share info yg menarik tu. Saya pun buat Loan easy rhb RM100K mase tahun 2009, time tu keje lagi. Masuk pertengahan tahun sy sambung belajar. Ne sekarang sy roling je dividen bayar bulan2. Habis belajar pertengahan 2013. Saya cume bayar faedah selama 5thn sebanyak RM430 sebulan je. hehe, lebuh kurang mcm tu lah… pendek kata, lepas habis study ne leh ade sebijik kete, wet belanjer+shopping….huhu, berbaloi2.

Your Comment

Change mind? Click here to cancel.

  • Iklan kejap


     Powered by Max Banner Ads 
  • Hadis


    Random Hadith Widget
  • LIKE it OKAY..

  • Tinggalkan Komen FB anda

  • Tweet Me

  • Where I am

  • Tag

    2013 AirAsia Alor Star ASNB Berita Bisnes DIY Education Emas Evamatik FGVH Financial Gadjet Gold Government HAK KITA Investment IPO Jalan Jalan Jamboree Kedah Kerajaan Kuching Makan-makan MITI Mountain Bike MOVIE REVIEW MTB Challenge MTB review MTB Trails My Family NEWS Pelaburan Pemandangan Penang Penjawat Awam Politeknik Promotion Rakan-rakan Saham Sarawak Sport Tanah Tikar Tiket
  • Komentar terkini

    • www.vegetablejuicingrecipesforweightloss.com on Bos AirAsia memang BIJAK…
    • Mat Kedah on Beli, Tambun, dan Bina…
    • Mat Kedah on Skim Pengeluaran KWSP Bagi Pekerja Berpencen
    • farra on Skim Pengeluaran KWSP Bagi Pekerja Berpencen
    • azli on Beli, Tambun, dan Bina…
  • Post terdahulu

  • Post Terkini Mat Kedah

    • Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pinang
    • Derma Darah Kali ke 27
    • Urusan Tanah yang tak kesampaian
    • Selamat Hari Guru (Pendidik)
    • Jalan Jalan HomePro Hatyai, Thailand
    • IKLAN BLOG anda DI matkedah.com
    • Interior Look of New Toyota Vios 2013
    • Tanah Oh Tanah…..
    • Sistem Saraan Transformatif 2013
    • Borang BE bagi Cukai Pendapatan Individu 2012
    • FGVH bagi 8.5sen Final Dividen
    • Beli, Tambun, dan Bina…
    • Jalan Jalan Cari Makan – Restoran Arabian Mendy
    • Jalan Jalan Pak Bara, Thailand
    • Borang Permohonan Perjalanan Pegawai Awam Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian
  • M’sia Cycling Event & Blogs

  • Visitor tracking

    eXTReMe Tracker
  • Live visitor

  • Meta

    • Register
    • Log in
    • Entries RSS
    • Comments RSS
    • WordPress.org
  • Current Online


    widgeo.net
© MaT KeDaH. Powered by Montres and Replique Montre.