04.28
Khamis 21hb April 2011 aku balik Penang, macam biasa laaa atas tujuan nak jumpa isteri terchenta. Sebenarnya aku balik kali ada misi sikit, Aku plan nak submit Borang Permohonan KWSP bagi Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan. Okey sebenarnya aku bukan terdesak nak guna duit sampai terpaksa menggunakan KWSP akaun II aku bagi tujuan bayaran bulanan pinjaman perumahan aku.. Aku ada projek baik punyaaaa.. InsyaAllah nanti aku ceritakan dalam post akan datang.
Back to main topic, Aku sebenarnya nak ucap tahniah kat KWSP atas kecekapan pengurusan mereka dalam permohonan aku kali ini. Tak sampai satu minggu dari tarikh permohonan aku di Pejabat KWSP cawangan Nibong Tebal Pulau Pinang pada hari ISNIN 25hb April 2011 lepas dalam i-akaun (Sistem online KWSP) permohonan aku telah berstatus “Sedang di proses”. Dan paling best, SELASA 26hb April 2011, permohonan aku telah bertukar status “Diluluskan”.
Dan apabila aku sekali lagi memeriksa i-Akaun KWSP pada hari RABU 27hb April 2011, aku dapati pada bahagian Penyata Semasa 2011 telah ada link tambahan iaitu mengenai pengeluaran tersebut. Dan apabila aku check dalam akaun bank aku, Alhamdulillah jumlah yang dimasukkan adalah tepat. Ini bermakna pembayaran pertama telah berjaya dan aku boleh proceed dengan plan pelaburan Amanah Saham bumiputera aku.. yehaaaa…
Gambar dibawah adalah sejarah pengeluaran aku sebelum ini.
Anda mungkin tertanya, kenapa saya bertindak sedemikian. Pelaburan ASB? bagaimana yang hendak saya buat.. SILA BACA SINI
Anda mungkin berminat post ini juga:




No Comment.
Add Your Comment