02.19
Kalau hangpa dah sampai SABAH ni, tak lengkap kalau tak singgah Kundasang & Hot Spring Poring. Perjalanan dengan kereta dari Kinabalu National Park ke Kundasang cuma ambik masa tak sampai setengah jam. Perjalanan ini seolah menuruni bukit, namun bila sampai di Kundasang, suasana masih dingin dan sejuk serta nyaman.
Kundasang
Bila sampai Kundasang, aku perhatikan ada banyak deretan kedai / gerai binaan dari papan/kayu tersusun panjang di kiri dan kanan jalan. Seperti kawasan tanah tinggi yang lain, suasana nyaman dan dingin memang cukup menarik di Kundasang. Kami singgah sat kat sini, tengok apa yang menarik….
Paling menarik ialah hasil jualan pertanian yang amat segar. ini mengingatkan aku seperti di Cameron Highland.Tapi bila difikirkan nak beli hasil sayuran yang dijual rasa macam tak berbaloi pulak sebab takutkan nanti sayur-sayur hilang kesegarannya.
Semua sayuran dan buah-buahan dijual dalam packet dan boleh dibeli dengan harga yang cukup murah dan amat segar.
Poring Hot Spring
Setelah hampir 15 minit menjamu mata di Kundasang, kami meneruskan lagi xpdc bujang recond ke Poring. Pelikkan nama tu, macam omputih punya pun ada “pouring” atau tuang/curah. mungkin ada air terjun yang mencurah-curah di kawasan ini kot. Sampai saja di sini kami terus ke kuanter tiket. Seperti yang aku katakan dalam post sebelum ini, tiket yang dibeli di Taman Negara Kinabalu berharga RM3 tu janganlah dibuang. Kita boleh menggunakan tiket yang sama untuk masuk ke Poring Hot Spring. Kat sini ada air mata air panas.
Kalau dah sampai Poring ni, jika sempat dan rajin nak berjalan masuk ke dalam hutan. Anda mungkin boleh mencuba Kebun Kupu-Kupu, Canopy walkaway, Air Terjun, dan gua Kelawar.
Selepas lepak dan bersantai rendamkan kaki dalam air panas, kami bertolak pulang ke kota Kinabalu semula. Perjalanan pulang meneruni kawasan pergunungan Sabah ni memang menarik sebab kabus tebal meliputi jalan raya.
Tamparuli
Ingat kalau dah mai Sabah tak lengkap kunjungan hangpa kalau tak singgah Tamparuli. Nama tempat ni memang sinonim dengan lagu Jambatan Tamparuli. Syukur pada Allah sampai juga aku ke tempat-tempat menarik di Sabah. Subhanallah.
Laluan single lane bagi kenderaan dibawah jambatan. kalau air sungai naik melebihi paras jambatan konkrit ini sure semua kenderaan terpaksa berpatah balik dan ambil satu lagi jambatan besar.
hujan turun renyai-renyai tidak memungkin kami utk berhenti dan mengambil gambar dengan lebih jelas.
InsyaAllah aku akan kembali untuk sentuh jambatan tamparuli.
Karambunai
dan destinasi terakhir kami utk hari pertama di Sabah ialah Karambunai. Karambunai memang terkenal dengan resort –resort serta hotal-hotel mewah. Malah Karambunai juga mempunyai lapangan golf yang terkemuka.
………………….…
Anda mungkin berminat post ini juga:buat pembaca post ini, anda juga dgalakkan untuk berkunjung ke
- Part I (naik kapal terbang baru MAS)
- Part II jalan Nabalu
- Part III Kinabalu National Park,
- Part IV Kundasang, Poring, Tamparuli, & Karambunai
- Part V Hari Terakhir (Sekitar Kota Kinabalu, Pasar Filipina, Tamu Gaya, Jesellton Point,
- Part VI Tunku Abdul Rahman Marine Park ~ Pulau Mamutik, Pulau Sapi dan Pulau Manukan





terima kasih atas maklum balas..Sebenarnya sy hanya mahu ke sana day trip je. tapi boleh kah sy mahu tahu tentang detail mcm maner nk ke sana..adakah ada kaunter dkat Jessolton Point utk ke sana dan berapakah kosnya? adakah berbaloi untuk ke sana?
Tiada yg menarik kerana pantai privasi utk hotel sahaja
salam..saya mahu tanya mcm maner caranya en ke karambunai? adakah bermalam di sana atau hanya day trip?
terima kasih
Karambunai tak jauh dari KK. Just a day trip.. Unless you have plenty of money to stay at 5 star hotel. Saya pergi utk beberapa jam sahaja.
di mana lagi kita boleh pegi tempat best di ranau…
Maaf sebab saya pun hanya melalui Pekan Ranau ketika dlm perjalanan ke Poring Hot Spring