10.20
Apa itu 61 COY RASC? Bermaksud 61 Company Royal Army Service Corp. Apa hubungkaitnya dengan penulisan blog aku hari ini.
Semuanya bermula semasa aku di sekolah rendah, aku ada pernah terjumpa gambar-gambar lama arwah bapa aku semasa beliau berkhidmat untuk “British Army” di Singapura sekitar tahun 1957-1967. Menurut cerita lisan emak aku, arwah bapa pernah berkhidmat di Utara Borneo (Sabah) semasa tempoh perkhidmatan tersebut dan emak aku terpaksa ditinggalkan di Singapore/ Kedah ketika itu membesarkan kakak-kakak dan abang aku yang masih kecil pada awal tahun 1960-an

Catatan pen pada gambar menunjukkan tarikh 11.1.1962

Yang ini pulak ketika beliau berkhidmat sebagai guru pada tahun 1954

Ini mungkin ketika beliau baru masuk tentera. Tarikh gambar 10.1957. arwah bapa (Jamaluddin Ahmad) pernah memegang kad pengenalan Tentera British bernombor 9681

Ini juga gambar beliau 11.12.1961 (Catatan belakang gambar ketika beliau berada di Soton Camp Kota Belud)

Catatan pada gambar di Ayer Raja Road, Singapore 27.11.1958

pada tahun 1961 mungkin beliau pernah berada di Utara Borneo

1.12.1959 di KAHANG, Johor

Catatan belakang gambar di HQ 61 Coy RASC, Ayer Raja Road, Singapore

Pada akhir tahun perkhidmatan beliau. Dec 1965

Tiada catatan…





No Comment.
Add Your Comment