07.08
Kejohanan Mountain Bike Dan Mtb Duathlon telah berlangsung di POLISAS, Kuantan, Pahang pada 27-28 Jun 2009. Sebenarnya aku sepatut menjadi pensyarah pengiring kepada seorang pelajar POLIKU sebagai wakil tunggal kejohanan MTB & Duathlon. Namun kengkangan masa, terpaksalah Pegawai Sukan Poliku En. Mohd Rizal Azman b. Rifin (Pensyarah, Jabatan Mekanikal) mengiring Khairul b. Ibrahim (pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Petro Kimia). Kejayaan sememangnya milik Khairul dalam banyak acara yang dipertandingkan. TAHNIAH KHAIRUL kerana berjaya MEMBAWA MARTABAT POLITEKNIK KUCHING SARAWAK ke satu lagi arena sukan MOUNTAIN BIKE. Tahniah juga kepad En. Mohd Rizal kerana berusaha keras untuk bawa wakil tunggal POLIKU terbang ke Johor Bahru dan kemudian memandu ke POLISAS, Kuantan demi membawa misi POLIKU.. (untuk gambar lebih besar, klik pada gambar)
Kejohanan Mountainbike Dan MTB Duathlon Polisas, Pahang pada 27-28 Jun 2009
- Kategori Majlis Sukan KPT
- Juara Lelaki (Khairul b. Ibrahim)
- Kategori Majlis Sukan Politeknik
- Juara Lelaki (Khairul b. Ibrahim)
- Kategori Terbuka Pahang
- Juara Lelaki (Khairul b. Ibrahim)
bersama basikalnya
sebab aku mungkin selepas ini dapat menumpukan perhatian kepada aktiviti sampingan Mountain Bike untuk POLIKU.. InsyaALLAH..











No Comment.
Add Your Comment