2008
01.06

Pertama-tama sekali aku nak ucap terima kasih kat geng TRM sebab ajak aku join kayuh hari ini. Memang enjoy kayuh dengan hangpa.. Aku bagi “A++” atau Bintang 10/10 sebab trail hari nie memang best.. Aku enjoy sangat kayuh dengan group TRM. Terima kasih sekali lagi untuk semua atas layanan dan keramahan geng TRM.

Ok laa malas nak cite panjang.. lagipun kamera masih kat kedai.. so kena laa curik code html dari blog zankx.

Berikut summary yang sempat aku catat untuk kayuhan kali nie.

Detail:
Total distance : 38.14km
Status : Off Road & On Road
Rider : 15 orang

6.40am Zankx hantar sms kat aku kejut subuh… dia tak tau yang aku dah lama mangkit (bangun) dari tidur.. Mak aku buat nasi goreng sebab nak bagi aku power..
7.00am mula bertolak ke Kangar ikut Jln biasa Jln Putera dari simpang Alor Janggus
7.35am sampai simpang Bintong, sms Zankx dan depa semua dah tunggu kat kedai Kopi.
8.00am baru nak mula kayuh dari rumah Zankx.
12.00pm sampai Bukit Ayaq, kat sini aku pulun mandi.
1.30pm sampai rumah Zankx.. tumpang mandi dan sembahyang..

Berikut adalah catatan yang aku ambik dari blog zankx
http://zankx.blogspot.com

Hari ni Sabtu 5 Januari 2008 group TRM sekali lagi mengatur kayuhan yang dirancang beberapa hari yang lalu. 730 pagi aku bangun untuk membuka gate rumah, kelibat RamlySP (yang berbasikal dari Utan Aji setelah bermalam di rumah abg iparnya) dah pun tersenyum di depan rumah aku. Dia yang paling awal tiba di meeting point di depan rumah aku bersama Ron Jr. Tanda disiplin navy masih kuat di jiwanya.
Selepas beberapa riders lain sampai, kami beramai2 pekena teh tarik serta roti canai dan nasi lemak di gerai berhampiran. 740 Mat Kedah info dia dah sampai kat Kangar. Aku terpaksalah guilde dia sampai kat meeting point.
Aku maleh nak tulih banyak2… Hangpa tengok sendiri lah…

Masa berlepas: 815

Penyertaan: 15 orang

Jarak keseluruhan: 38km (28km tarmac/10km offroad setelah membatalkan stage Bukit Bintang)

Masa keseluruhan: 5 jam


Mat Kedah akhirnya mengotakan janjinya untuk turun ke Perlis…
Posing di depan rumah aku… Senyuman anak teruna (betui ka?)

Seorang demi seorang hadir… Oi Asri, awat hang mai naik motor?


Tu dia.. penuh jalan


Le Tua… Lambaian bukit menyatoh menanti kami

Kaki Wang Angin

ManMPK bekerja keras di pendakian terakhir Wang Angin

Di kaki Wang Panjang

Salah satu 6 bolts rotor Shuib tercabut

Ron & Mat: Awat berhenti, hangpa penat ka?

RamlySP derita berhempas pulas hari ini…! Muntah keluar nasi lemak

Kepenatan yang teramat sangat

Cikgu Zul & Mat Kedah
Hang dahsyat la Mat… Kuat, aku ingat hang lembik… Haha

Bro Ramly, bukan lu sorang teruk ari ni, wa pun mau pengsan…!


Ron dan Pakcik Mail yg baru kembali dari Kancanaburi turut kayuh

memberi sokongan

Masih terdengar rintihan dan keluhan sadis RamlySP,

“adueh, aku habih nyawa ari ni”

Aksi tanggung basikal… Kalau bini suruh menarah depan
rumah sanggup ka?

Melepasi parit atau orang tua dulu2 sebut katok

RamlySP mencuba downhill yg paling ekstrem di Wg Panjang…
berjaya lepas
Kelihatan jauh di bawah riders yg turun dulu

Mat, perut tu awat macam tu…! Tadi awat yg hang tuntun? Dah la naik pun tuntun,

turun pun tuntun ka? Tak pa, aku tau hang buleh buat.. Mai sekali lagi
mesti buleh…!

Selain Sohaimee, Mazlan turut tersungkur di downhill tadi


Selamat tiba di Bukit Ayer
Mat tidak melepaskan peluang terjun ke dalam kolam

Ramly sedang pekena bekai pulut lauk pekasam. Ada ka orang makan
pulut dengan pekasam? Ish,tak penah tengok aku aih…!

Shuib, tak jatuh hari ni no?

Mat Kedah mendahului dari awal hingga akhir sewaktu

perjalanan pulang… Betui dak aku kata, dia memang kuat

Saksikan aksi2 menarik yang sempat divideo-clipkan:



video
Aksi terlampau Sohaimee sewaktu downhill di Wang Panjang…!
*Jangan tiru aksi ini



video
Aksi aku juga sempat dirakamkan di tempat yang
sama, TQ RamlySP kerna tolong snap kan, kalau tidak.. hampeh
Gambar di belakang ialah Pakcik Mail yang tuntun

gerek… play safe la pulok…!



video
Aksi Mat Kedah menolak beskal… Hehe Mat, gerek orang naik la, bukan tolak.
Keterujaan downhill… layannn

Tahniah dan syabas kepada semua Kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi Kalau ada umur yang (wg) panjang, lain masa boleh berjumpa & mengata lagi

No Comment.

Add Your Comment

You must be logged in to post a comment.