01.27
Sapa nak bagi hang duit cash tanpa buat kerja tapi berbelanja? Okey.. aku bukan nak introduce produk MLM naaa…. tapi aku nak share kat hangpa semua apa yang tengah aku praktikkan. Sejak Oktober 2011, aku dah apply Maybankard 2 Card. Maksudnya aku dapat dua kad, satu kad AMEX dan satu lagi Mastercard. Tujuan asal aku apply sebab nak Balance Transferkan hutang kad aku kat bank yang satu lagi.. Lagipun ZERO INTEREST BALANCE TRANSFER.. namun bukan itu yg aku nak ceritakan hari ni.
Main point yang aku nak cerita kat sini ialah sejak aku menggunakan kad AMEX Maybank ni, aku dah kira sedikit berjaya mendapatkan CASH REBATE dari Bank.. Nilai yang aku terima ialah 5% beb… sapa nak bagi duit 5% dari nilai yang aku belanjakan.
Pada 1hb Dec 2011 aku dah sebat RM50.00 cash rebate dari Maybank gara-gara perbelanjaan aku yang tahap gaban menggunakan kad AMEX pada hujung minggu.
Begitu jugak pada 1hb Jan 2012, aku cilok RM29.94 duit Cash Rebate Maybank… ha ha ha.. amek khaw… Dan yang paling BEST IALAH.. MAYBANK tak SEMPAT NAK KENAKAN INTEREST kat aku sebab AKU BAYAR ONTIME… ye laaa.. Dah pakai.. bayar laaaaa.. itu laaa taktik nak manipulasi kad AMEX Maybankard 2 Kad ni tanpa dikenakan sebarang caj atau Interest TAPI yang paling BEST kita CILOK DUIT depa pulak.. kah kah kah… Cilok dengan erti kata cara yang dihalalkan oleh Maybank iaitu CASH REBATE..
1hb Jan 2012, aku cilok RM29.94 duit Cash Rebate Maybank
1hb Dec 2011 aku dah sebat RM50.00 cash rebate
Untuk pengetahuan semua, aku bukan agen maybank atau agen perisikan mana-mana agensi.. Aku kat sini cuma nak hangpa semua CUBA AMBIK PELUANG yang ADA.. Ingat sesetengah KAD KREDIT ini jika ANDA DISIPLIN dan BIJAK MENGURUSKAN PERBELANJAAN.. ANDA PASTI BEROLEH apa yang saya sampaikan pada hari ini.
Seperkara lagi ialah, perbelanjaan dengan AMEX akan melayakkan anda utk dapat 5X Treats point Bonus. Ayat kat bawah ni aku qoute dari forum carigold. TQ Ikeda..
Rebet disini bermaksud cash yang dipulangkan mengikut % ditetapkan..Contoh cash rebet 5%..
Maka 5% dari RM1,000 yg dichargekan pada CC, RM50.00 diberi pada anda..
Cthnya
1)Belanja dapur 400
2)Takaful 400
3)Bil2 200
Perbelanjaan hangus kat atas pun sudah 1k,,so daripada guna cash habis..ada baiknya guna CC…setahun anda bakal dapat RM600..
Orang yang guna cash dapat RM0
Orang yang guna CC dapat RM600
Itu hanya contoh macamana nak dapat duit free..
Begitu juga Point…kebanyakan CC 1RM = 1Point setiap pembelian or pembayaran melalui CC…
10,000Points = RM50.00..end of the year or every 3 month Point terkumpul anda boleh redeem Cash Boucher spt Giant,Parkson,Isetan,Tesco Dll….itu belum lagi kombinasi dengan Bonus Link card..
Last year Cash Boucher Parkson saya berjaya kumpulkan sebanyak RM700,,hasil drpd CC dan Bonuslink..
CC memang sangat uniks,,,
Boleh sampai MUFLIS jika salah guna…
Boleh buat side income jika bijak menggunakan..
Selamat menggunakan TOOLS CC ini sebaiknya…
” Tunjukkan sokongan anda kepada blog ini dengan KLIK pada IKLAN Nuffnang disebelah”
Anda mungkin berminat post ini juga:








